Nama: Wani
Jantina: Perempuan
Assalamualaikum.
Saya dah bercinta 2 tahun lebih dan skrg kami tidak ada apa-apa lagi cuma kawan. Dia tinggalkan saya sbb dia kata dia dah penat dengan perempuan, tapi skrg saya masih menunggu dia. Patut ke saya tunggu dia? Adakah dia akan terima saya balik bila tgk effort saya?
Sebab saya masih sayangkannya. Dia dah buat saya sayang dia sangat2. Apa patut saya lakukan?
Sumber: Website Online Form
Waalaikumsalam Wani. Tentu penat bukan perasaan Wani sekarang ni? Dah dua tahun bercinta, tiba-tiba diputuskan begitu sahaja. Alasan penat dengan perempuan pulak tu! Boleh percaya ke tu?
Apabila lelaki yang bersuara bahawa dia penat, mahu break, pada pandangan saya lebih baik dilepaskan sahaja hubungan itu. Kenapa? Saya teguh dengan pandangan saya bahawa lelaki bukanlah seorang yang pandai berkias. Mereka adalah kaum yang berterus terang. Straight to the point. Bila mereka kata A, maka A. Tidaklah pula apabila mereka katakan A, maksudnya D. Jarang berlaku.
Move on. Sayangi diri sendiri. Wani, awak seorang anak yang baik, awak seorang wanita yang berharga. Maka tidak perlulah awak buang masa mengingati seorang lelaki yang tidak mampu menghargai cinta yang awak tabur. Dia sudah penat, bukan? Lebih baik awak menjadi seorang yang baru, yang mampu membahagiakan diri awak sendiri tanpa dia ada di sisi awak pun, yang lebih positif, yang lebih tenang, lebih cantik, lebih sophisticated, dan lebih disayangi.
Self love. Cintai diri sendiri. Tak susah sebenarnya nak self love ni. Ianya bermula dari saat kita bangun tidur. Yes, seawal itu. Bangun tidur, senyum. Ucapkan kesyukuran. Kemas bilik tidur, mandi, buat skincare routine, pandang cermin dan katakan kata-kata positif yang awak ingin jadi. Contohnya; aku cantik, aku tenang, aku sayang diri aku, aku kuat, aku yakin diri. Bagi saya, yakin diri itu adalah kata-kata positif yang penting kerana keyakinan yang tinggi akan menyerlahkan kecantikan seorang wanita. Ok selepas awak ucapkan kata-kata positif, kalau boleh buatlah senaman. Atau hobi. Banyak hobi yang mampu menyibukkan diri awak daripada mengingati lelaki yang sudah penat dengan cinta awak. Hobi membaca. Hobi berkebun. Hobi memasak. Banyak lagi! Blend in nature iaitu bermain dengan alam, adalah amat berkesan ya dalam self-love ni kerana ia suatu bentuk terapi. Jangan lupa untuk minum lapan gelas air kosong sehari dan sentiasalah senyum.
Akhir kata, sentiasalah positif dan pandang terus kehadapan. Insha Allah, ada pelangi yang muncul selepas hujan.