Nama: Aiman
Jantina: Lelaki
Macamana nk dptkan hati gf yg dah tawar hati? Dia plk ada org lain. Tpi org lain tu kawan baik saya sendri. Kami dh brcinta 4 tahun. Mcm2 kami lalui. Kami tiga org duduk dekat2. Cuma kwan sy dgn awek saya satu universiti. Org ketiga tu boleh brtolak ansur dgn saya, tpi gf saya sndri xnak. Dia keras hati. Sy dah try pujuk bgi gmbar lama2 ingt kembali kenangan lama. Dia bole jawab dia x rasa apa dah.
Pnjng lagi sy nk luah tpi tulah, sy ckp saya tetap xkan putus asa. Sy akan tnggu smpai bila2. Tak kira berapa lama, tak kira apa berlaku. Sy tetap nak dia seorang. Sbb mmg xdak dah org mcm dia kt dunia ni.
Sy nk mntk pndpt, sy xtaw sy kuat ka lemah.
Sumber: Website Online Form
Hi, Aiman. Sihat? Tawar hati ini, susah nak diubat. Hati manusia ni, Aiman, susah untuk dijangka sebab ia boleh berubah bila-bila masa sahaja dan itu lumrah yang tak boleh kita halang. Saya faham perasaan kecewa yang bertakung didalam hati awak, iyalah, bercinta 4 tahun, pasti sudah banyak masa, usaha dan duit yang telah dilaburkan ke dalam perhubungan ini kan? Tapi cinta, memang tak boleh dipaksa. Saya risau, kalau awak terlalu memaksa, bekas kekasih awak jadi benci dan semakin tawar hati. Betul, jodoh perlukan usaha, tetapi perkataan memaksa sepatutnya tidak ada didalam kamus cinta.
Faham sangat, bila sudah cinta, memang susah nak pandang orang lain. Tetapi, kenapa nak cari cinta yang sama? Dan setia dalam percintaan ini bagus, tapi biarlah bertempat. Jangan sampai kesetiaan tidak bertempat awak pada cinta yang sudah mati, jadi sauh yang menenggelamkan masa depan awak. Cubalah, lupakan cinta ini biarpun sukar. Memang, move on ni susah tapi kalau awak boleh istiqamah dan cekalkan usaha, insya-Allah hari-hari yang mendatang akan lebih mudah. Mungkin si dia bukan jodoh awak, tabahkan lah hati dan berdoalah. Isi doa terpulang pada awak, tapi saya harap awak muhasabah dan berfikir secara matang dan waras.