24 September 2025

Ego Akhirnya Memakan Diri Dan Aku Ditinggalkan.

Nama: Sam

Jantina: Perempuan

Hi doktor cinta. Saya dengan pasangan saya sudah bersama untuk 3 tahun. Saya faham saya mmg seorang yg kuat ego dan kuat marah. Satu minggu lepas, pasangan saya tinggalkan saya. Saya memang tahu ia terjadi kerana saya. Saya mengaku. Kadang kala, saya tidak boleh kawal ego saya dan asyik bergaduh dgn pasangan saya. Kdg2 perkara kecik pun saya buat2 kan besar. Sampai saya terguna bahasa yang boleh menyakitkan hati dia. Saya mmg salah kan ego saya. Memang sudah lama saya sendang cuba fix it tapi susah. Sampai la skrg, hingga saya kehilangan pasangan saya.

Saya amat menyesal dgn kelakuan saya. Dia meninggalkan saya pada satu hari itu bila saya tengah betul2 letih dari keje, dan dgn tk sengaja saya terkasar dgn dia. Hingga dia tidak boleh tahan lagi dan tinggal kan saya. Saya amat menyesal dan saya tengah bercuba untuk pikatnya dia kembali. Tapi agak susah kerana pasangan saya tidak balas msg saya langsung.

Saya stress taktau ape lagi yg boleh saya laku kan untuk fix his heart. Sudah hari ke-empat saya tgh berusaha tapi susah.

Sumber: Website Online Form

Hi Sam.

Ramai yang mengakui bahawa punca penghalang kebahagiaan selalunya adalah EGO. Kerana ego, kita menghalang diri kita memaafkan kesalahan orang lain. Kerana ego, kita sering melihat salah orang lain. Kerana ego juga, kita merasakan diri sendiri lebih baik dari orang lain. Perasaan-perasaan sebegini membawa kepada rasa besar daripada orang lain, lalu terkeluarlah pelbagai kata-kata kasar yang bakal menyakiti hati orang lain. Tak bagus, bukan?

Apabila pasangan awak sudah tidak lagi membalas mesej awak, awak harus mengetahui bahawa si dia agak terluka dengan sikap awak. Berilah dia tempoh bertenang. Tempoh untuk berfikir, tempoh untuk mengumpul kekuatan sebelum memaafkan awak. Tidak mudah untuk menelan semua kata-kata yang mengusik emosi, awak pun pasti faham kan?

Sewajarnya jika sayangkan perhubungan, perlulah meletakkan ego di tepi. Ego tak sewajarnya dibela sehingga menjadi besar begitu. Cubalah cuci hati, cubalah beristigfar selalu apabila timbul rasa mahu marah di dalam hati, atau berterus terang dengan pasangan (kelak) bahawa awak sedang mahu marah dan perlukan ruang supaya keadaan tak menjadi semakin keruh. Mungkin daripada peristiwa ini, awak kehilangan dia, tapi awak boleh mengambil pengajaran daripada kejadian ini.

Walaupun dia tidak lagi membalas mesej awak, awak tetaplah juga menghantar mesej kepadanya. Supaya dia tahu kesungguhan hati awak, dan awak masih benar-benar sayang kepadanya. Jangan mudah berputus asa untuk mendapatkan sesuatu yang kita sayang, OK? Namun, awak juga perlu berusaha mengubah diri awak jika awak benar-benar sayangkan dia dan hubungan ini.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.