17 April 2024

Menyepi Dua Bulan Hanya Kerana Telefon Rosak. Patut Atau Tak?

Nama: Hati Tisu

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum. Hai doktor.

Saya nak bertanya pendapat dari doktor. Saya mempunyai kekasih hati. Pada waktu itu, handphone dia ada masalah mungkin rosak agaknya. Jadi kami tak berhubung selama 2 bulan lebih macam itu. Dia langsung tiada cari saya untuk memberitahu hal yang terjadi. Dan pada tak lama lepas itu, saya sangat risau kan tentang dia jadi saya segera untuk mencari dia akhirnya ketemu juga. Alasan yang dia bagi disebabkan tak cari saya kerana sibuk kerja. Selepas handphone dia sudah dibaiki, dia pula jarang contact saya. Dia selalu mengabaikan saya. Kadang2 sampai berhari-hari. Whatsapp/Telegram online je tapi chat saya langsung dia tak hiraukan untuk balas. Saya hantar berjela2 chat pun dia hanya reply sepatah dua kata je. Saya paling tak suka bila mana tengok last seen dia atau dia hanya bluetick je chat saya.

Saya rasa macam ada kekasih tapi macam tak ada. Rasa kosong je. Macam saya nie tak penting dalam hidup dia. Dia juga selalu meghilangkan diri bila ada masalah. Susah nak bawa bincang bersama. Harap doktor dapat memperjelaskan.

Terima kasih.

Sumber: Website Online Form

Waalaikumussalam Hati Tisu!

Bila saya baca permasalahan awak ni, all I see are red flags after red flags sis. Soalan pertama saya: Boyfriend jenis apa tak contact girlfriend dia selama dua bulan atas alasan handphone rosak? Aigoo cannot brain. Susah sangat ke nak pinjam telefon member, takpun pakai komputer lepastu mesej awak dekat media sosial ke. Ni bukan zaman purba. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Dan selepas saya baca huraian awak yang seterusnya, terus terang saya katakan memang saya tak heran. Sis, memang patut pun awak rasa macam takde kekasih. Ni bukan kekasih, ni batu bersurat.

Hati tisu, di sini pada amatan saya awak ada dua pilihan. Samada awak ingin terus cuba untuk berkomunikasi dengannya – dengan cara bertanya apakah sebenarnya masalahnya, dan minta kata putus darinya. Ataupun, you can just pack your bags and leave this relationship. Kalau ikutkan hati saya nak je suruh awak pilih yang kedua. Tapi kita logik sikit, since awak dan kekasih masih official jadi saya lebih cenderung kepada yang pertama, sebab awak ada mention kekasih awak jenis suka menghilangkan diri dan sukar dibawa bincang apabila dia dilanda masalah. Mungkin masalah tersebut tiada kaitan dengan awak dan dia sedang menghadapi sesuatu yang besar.

Jadi, awak sampaikan mesej kepadanya bahawa jika dia mempunyai apa-apa masalah, dia patut berkomunikasi dengan awak sebagai kekasihnya. Paling tidak pun jika dia perlukan ruang, dia patut beritahu awak supaya awak tahu dan boleh memberikan ruang kepadanya. Takdela awak terkontang-kanting sorang-sorang. Awak juga punya hati dan perasaan, kan? Tanya kekasih setulusnya jika dia mahu lagi atau tak menyambung hubungan ini, kerana awak tidak mahu lagi membuang masa dan sudah penat diabaikan.

Jika kekasih boleh dibawa bincang, baguslah. Tetapi jika dia terus-terusan mengabaikan awak sebegini, saya nasihatkan awak bawa diri sahaja. Bagi saya tiada gunanya lagi. Ramai lagi manusia di luar sana yang boleh memberikan kita bahagia. If the energy doesn’t match, it’s time to leave.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.