Nama: TajMan
Jantina: Lelaki
Pertama sekali harap Admin boleh membantu saya. Saya telah alami 2 bulan depression tentang dia. Saya telah dlm hubungan dengan beliau selama 3 tahun setengah. Hubungan kami serious telah berjumpa keluarga kedua belah dan belajar sama-sama. Semasa dia bekerja komitmen terhadap hubungan kami makin sedikit dan tiada masa lapang. Dia mulai tawar hati dan minta putus sebab dia terlalu stress kerja dan seterusnya tawar hati dengan saya .Saya cuba memujuk ia balik kerana saya sedikit sibuk dan beliau pun turut sama. Relationship kami boleh dikatakan seminggu sekali berjumpa kerana Long Distance Relationship. Dan apabila berlaku sebegini saya pelik dan cuba ingin mendapatkan dia balik dengan memberi hadiah dan sebagainya dan selepas itu dia berbalas text saya untuk memberi tahu terima kasih seperti appreciation dan seterusnnya apabila ingin memanjangkan conversation dengan beliau dia tidak ingin membalas dan apa-apa. Tapi masa PKP ini beliau tidak balas message saya dan memberi alasan tngok movie berpanjangan. Ada kala beliau pada masa sekarang mengucapkan selamat berpuasa dan juga seperti mengajak saya main game bersama.
Apa yang berlaku ini semuanya bermula semenjak GF saya bekerja bahagian HR. Dia mulai stress dan tidak biasa dgn keadaan. Dia perlu cover position kawan dia selepas kawan dia resign di situ dan sebagainnya. Seolah-olah membuatkan diri beliau busy. Semasa beliau di sana ada seorang kawan lelaki beliau yang selalu disisi dan sering juge melihat laki ini kerana laki ini kawan kepada abang dia. Lelaki ini ada jawatan yang tinggi sebagai HR juge. Beliau sering mengikuti GF saya. Dan baru-baru ini sambutan birthday beliau, dia telah membuat keputusan untuk putus dengan saya. Saya pelik di sini apabila birthday dia tu, wabak penyakit ini sudah menular dan saya sudah berkata untuk tidak menyambut hari jadi beliau. Saya telah berkata penyakit ini merbahaya.
Tapi pada malam itu juge saya datang ke rumah beliau. Sebagai tanda menghargainya, saya membeli makanan untuk ajak berbincang. Namun abang dia kata bagi dia ruang kerana dia terlalu stress dan selepas itu abang dia berkata supaya saya back-off dan tidak lagi menganggu adiknya seperti memberi warning dan menggertak saya.
Apabila saya ajak berbincang saya bertanya dia sekarang ni dia ada sape-sape dia berkata tidak. Kawan lelaki itu ialah kawan close office friend katannya. Apa-apa dia cari related dengan kerja shj sebab bekerja sama. Kedua dia kata nnti saya akan tahu juga sekarang mungkin tidak nampak. So saya pelik di sini. Dia seolah olah memberi harapan saya kekal dgn dia bersama di sini.
Adakah saya masih perlu di sisi beliau? Dan adakah beliau benar benar single? Ini kerana saya masih mencintai beliau dan kami dah putus anggaran 2 bulan. Saya mengharapkan beliau kembali dan ingin bersama 😔.
Adakah perluang itu masih ada? San bagaimana untuk memikat hati beliau balik kerana sekarang ni saya seorang yang beria. Beliau tidak seperti dahulu kala 😔.
Sumber: Facebook Doktor Cinta
Hi TajMan.
Apa khabar kesihatan emosi Tajman sekarang? Saya berharap, emosi Tajman beransur pulih di PKPB ini. Tambahan pula PKPB sudah pun banyak kelonggaran.
Setelah saya membaca kekeliruan Tajman, saya pun ikut keliru dengan perasaan si dia. Mungkin benar si dia stress dengan persekitaran kerja. Stress, dan perlukan ruang. Saya percaya awak juga perlukan ruang jika awak di dalam situasi dia. Mungkin ini peralihan zaman kepadanya yang dia rasa tak boleh nak atasi, atau tak boleh nak adaptasi. Begini, ada perkara yang kita rasakan kecil, namun besar bagi sesetengah orang. Dan ada juga perkara yang besar bagi kita, namun tak cukup besar bagi sesetengah orang. Begitulah juga dengan apa yang si dia sedang hadapi. Stress di tempat kerja sehingga terbawa-bawa ke perhubungan awak dan dia. Stress yang dia hadapi mungkin terlalu dasyat baginya. Hal ini kerana setiap orang mempunyai variasi terhadap toleransi terhadap stress. Kalau semua orang sama, mungkin semua orang membunuh diri kerana stress. Atau semua orang OK je dan menganggap stress itu tak apa-apa bagi mereka. Apa yang penting, jika mereka (atau dalam masalah ni, si dia) datang mengadu, pinjamkanlah telinga. Tak perlu menawarkan penyelesaian pun tidak mengapa, cukuplah kata-kata semangat dan kata-kata yang menenangkan. Itu lebih dihargai, Insha-Allah.
Tak perlu perasaan curiga tehadap si dia. Si dia tentu lebih menghargai jika TajMan mempercayai bahawa lelaki tersebut cuma rakan sekerja & rakan rujukan kerja. What we focus, will become bigger and bigger. Cuba alihkan fokus TajMan terlebih dahulu. Fikir yang baik-baik, buang segala prasangka. Apa yang kita fikir juga boleh menjadi doa. Sebab, contohnya, sedar tak sedar kita semua pernah ada angan-angan (iaitu apa yang kita fikirkan apa yang kita mahu di masa akan datang) lalu kita secara tak sedar pergi menggapai angan-angan itu. Ya, jika TajMan fokus bahawa awak dan dia akan bersatu, insha Allah, suatu hari akan tercapai impian. Sekarang, cuma perlu percaya, dan berdoa.
Pada waktu sekarang ini, saya percaya istikharah boleh menenangkan hati TajMan. Istikharah bukanlah hanya apabila kita berdepan dengan banyak pilihan. Namun, istikharah mampu menyuluh dan mempermudahkan urusan kita. Melalui istikharah lah kita boleh berkomunikasi dan meminta macam-macam dengan pencipta kita. Maka, mohonlah dipermudahkan urusan hati TajMan dan si dia. Percaya, tuhan maha berkuasa, dia yang memegang hati setiap insan.
Saya berharap setiap perkataan yang saya coretkan buat TajMan mampu merungkai kekusutan di fikiran TajMan, dan semoga juga TajMan bertemu sinar dalam hidup TajMan. Akhir kata, stay safe, stay alert.