Nama: Lina
Jantina: Perempuan
Hi, saya buntu and dilemma. Saya dgn kekasih dah bercinta almost 2 tahun. Tapi lately, saya dah jaadi tawar hati dengan dia, and makin bertambah rasa tawar hati tu. Puncanya, dia sangat ego. Dia tak pernah nak appreciate hati dan perasaan saya. Buat saya ni macam tak ada perasaan. Tiap kali gaduh atau saya merajuk, dia takkan pernah cuba pujuk saya. Dia akan diam membisu tanpa cakap apa-apa sampai la saya sendiri yang cari and contact dia. Saya pernah cakap pada dia, tak boleh ke cuba pujuk saya. Saya bukanlah seorang yg susah nak pujuk. Cukup dgn ucapan maaf dah buat saya okay.
Tapi dia langsung tak cuba and marah saya dia cakap dia orang nya tak reti pujuk. Apa yang jadi cukup buat saya rasa tawar hati. Almost 2 tahun, takkan langsung tak belajar untuk improve hal tu. Tak salah kalau belajar untuk faham saya dan hargai perasaan saya.
Sumber: Website Online Form
Hi Lina,
Pertama sekali I’m really sorry you’re feeling this way. Tentu pedih apabila kekasih kita tidak reti untuk back down, kita juga yang kena cari dia. Ego ni sesuatu yang setiap manusia perlukan, tetapi ia juga boleh menjadi racun jika tidak dikawal dengan sempurna. Saya bukan ingin menjadi stereotipikal, tetapi memang ramai lelaki di luar sana mempunyai masalah dengan ego mereka dan membuatkan pasangan mereka tersakiti. Dalam sesuatu hubungan jika seseorang sedang panas, yang sorang lagi patut sejukkan. Dua-dua tak boleh jadi api pada masa yang sama, kalau tak sampai bila-bila tak setel masalah. Tapi menjadi masalah juga jika sorang tu berapi sokmo, macam kekasih awak. End up awak tak terpujuk. Kalau salah awak, awak pujuk. Salah dia pun awak tukang pujuk. Mana taknya awak tak tawar hati. Sesiapun akan merasa benda yang sama so I can imagine your frustration.
Nasihat saya untuk awak adalah untuk berkomunikasi, but I can see that you have tried. Adakah awak rasa awak telah mencuba sepenuhnya untuk berkomunikasi tentang layanannya kepada awak? Mungkin awak boleh cuba pendekatan yang berbeza. Instead of bagitahu dekat dia, ‘Tak boleh ke awak begini begini’, cuba guna ayat ‘Apa yang awak buat ni menyakitkan hati saya. Saya juga punya ego dan perasaan, bukan awak sorang.’ Cuba lihat apa responnya. Sebab bila kita membuatkan benda tu lebih personal (awak menyakitkan hati saya) instead of tuding jari pada dia (tak boleh ke awak jadi macamni) kadang-kadang ia lebih menyedarkan orang itu. Dia akan jadi cam oh, selama ni awak terseksa ke? Bunyi sangat pelik kan tapi percaya lah, setengah orang dah dikaburi dengan ego complex mereka sendiri, mereka tak sedar perbuatan mereka itu menyakitkan hati orang sekeliling.
Dua tahun tu lama sis. Kalau awak rasa awak dah cuba yang terbaik untuk membuatkan dia sedar, saya rasa cukuplah sampai di sini sahaja. Trust me, you don’t want to marry a man who doesn’t know how to say sorry.