26 June 2025

Rendahkan Egomu Jika Masih Sayang Padanya.

Nama: Aminaa

Jantina: Perempuan

Saya gadoh dgn partner sya, sbb sya ego dan kuat cemburu. 3 kali kami gado dan 3 kali tu jgk sya mntk putus. Tapi saya x snggup lepaskan dia. Kali ke 3 kmi gado sya ckp bnda yg sma nk berbaik blik tapi dy x nk and nk jdi kwn sj. Dah sebulan sya cuba bgi dia sedar, tapi dy mcm ego, x nk terima sya. Layan sya mcm benci, tapi bila tnya dia ckp tak.

Apa patut saya buat? Saya prlukn pendapat.

Sumber: Online Form Submission

Hai Aminaa.

Awak sendiri yang cari pasal sebab ego dan kuat cemburu, awak sendiri yang minta putus, tapi awak pulak tak sanggup lepaskan dia. Macam awak sendiri tak tahu apa yang awak nak. Sebenarnya, apa ya yang awak mahukan dalam perhubungan di antara awak dan dia ni?

Mungkin partner awak pun dah penat kerana kerap sangat awak ulang perkara yang sama sehingga dia buat keputusan nak jadi kawan awak sahaja.

Iya, dia memang tak bencikan awak, tapi saya percaya dia bukan ego sebab tak terima awak semula. Dia cuma penat bergaduh dengan awak dan dengan dengan tindakan awak yang ego dan kuat cemburu itu.

Pendapat saya, sekiranya ingin mengambil semula hati si dia, awak harus berubah. Rendahkan ego dan sikap kuat cemburu itu. Berpada – pada lah jika cemburu pun. Berbincang baik – baik dengan si dia sekiranya ada perkara yang perlu di jelaskan. Tunjukkan awak Dah buerubah dan bukan diri awak yang dulu.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.