13 December 2019

Aku Sering Diabaikan Dan Si Dia Mula Serabut Dan Rimas. Masihkah Ada Harapan?

Nama: Unknown

Jantina: Perempuan

Hi salam. Saya ada masalah dengan boyfriend saya. Baru baru ni kami bergaduh sebab dia mula abaikan saya bila di sibuk. Tetapi ada jugak dia whatsapp saya cuma saya tak dapat perhatian sepenuhnya. Perkara ini berlarutan hingga dia mula serabut dan rimas terhadap saya. Tetapi kami masih contact walaupun dia selalu ignore saya jugak. Saya cuba ajak dia berbaik tetapi dia taknak. Dia mula buang gambau saya di laman sosial dia. Dan dia suruh saya pergi tapi tidak pernah pula mintak kata putus. Jadi, masih ada harapan kah saya usaha untuk dapatkan dia semula? boleh saya tahu usaha apa perlu saya berikan tehadap lelaki sebegini? Adakah lelaki akan cair setelah pasangannya datang berjumpa dengannya? Saya buntu.

Salam dan hai.

Percintaan ni sebenarnya memerlukan effort dari dua belah pihak. Kalau salah sorang je yang beriya tak boleh jugak. Perlu balance, adil dan saksama. Dalam erti kata lain, bukan semuanya perlu berikan sepenuh perhatian pada satu masa dan ada kalanya perlu untuk diberikan perhatian sepenuhnya. Bak kata pepatah Inggeris, “There is a time and place for everything”.

Mengenai harapan, pastinya ada harapan. Ini bukannya perkara yang amat kritikal dan parah. Kami yakin hubungan sebegini rupa masih boleh diselamatkan lagi. Teruskan contact si dia dan pastikan topik dan perkara yang dibualkan menarik, bukannya topik yang berat dan semestinya bukan perkara yang membosankan. Jangan paksa si dia untuk buat keputusan yang drastik dan beri ruang untuk si dia sedar betapa pentingnya saudari dalam hidupnya.

Paksaan dan desakan bukan pilihan yang bijak. Cuba berikan si dia masa dan ruang ok.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *