Nama: Ira
Jantina: Perempuan
Hi doktor cinta. Sye sudah putus dngn ex bf sye. Sye hanya sebatas scandal. Sye putus dngn die bila sye thu isteri die mengadung dan akhir keguguran.
Kami satu tmpt kerja. Sekarang masalahnye kenape dia selalu menggangu sye dan suka cari pasal dngn saya? Ada shja perkara yg die nak kacau. Tpi die suka bila sye mrh die. Sye letih dngn smua ini. Sye binggung dgn perasaan sye trhadap die. Adakah die masih syg kn sye? Dan mengapa die buat sye mcm ini? Apa yg dia mahukan sebenarnye?
Sumber: Website Online Form
Hi, Ira.
Pada pandangan awak, adakah wajar menjalinkan hubungan sebagai orang ketiga, apatah lagi apabila mereka sudahpun mendirikan rumah tangga. Awak harus menilai baik buruk sesuatu situasi dan bertindak secara matang. Sekiranya pun dia masih menyayangi awak, adakah awak sanggup merampas kebahagiaan orang lain? Mencintai seseorang itu indah, tetapi adakah perasaan cinta menghalalkan menyakiti orang lain? Awak harus menyoal diri sendiri secara rasional. Mengenai sakatannya pula, kadangkala, dalam mencari perhatian orang, memang akan ada yang sengaja “menjengkelkan” kita untuk dapat reaksi dan sekaligus perhatian, awak harus menilai sendiri sama ada awak suka untuk dikacau atau tidak dan bertindak dari situ. Jika tidak suka, jangan endahkan langsung sakatannya dan belajar untuk move on.
Tepuk dada, tanya hati, Ira, apa sebenarnya yang awak mahukan? Hidup ini masih panjang dan masih banyak episod cinta yang bakal menanti awak, buatlah pilihan yang mampu membahagiakan diri awak sendiri secara jangka masa yang yang panjang.
Semoga berjaya!