Nama: Aiman
Jantina: Lelaki
Macam ni. Ex gf tu nama dia Athirah. Kami couple lebih 3 tahun. 2 tahun tu oke je tapi setahun lebih tu, dia mula berubah. Dia reply lambat and bila saya tanye dia reply sape dia ckp kawan, kawan dan kawan. Saya ok. One day, saya just ckp yang saya hack phone dia dan saya ckp la yg dia bnyak chat laki lain tpi saya xhack pun sebnrnya. Sya just nk tengok dia jujur ke x.
Then dia jujur yang id ammg ada chat dgn laki lain and dia ckp sorry dan pastu kami gaduh. Aiman ngan dia setiap malam call. Ada sekali tu, seminggu x call, hati Aiman Allah je tahu mcamana perasaannya. Aiman sabar je. Then ada laki dm dia, iaitu crush dia. Aiman jadi patah hati. Aiman mintak break. Lepas tu Aiman tinggalkn dia tpi jauh di sudut hati, Aiman masih cinta. Hampir setiap malam Aiman mimpi dia. Hari demi hari. Sampai satu tahap hati Aiman xthn dan Aiman amik kptusan utk getback. Dia ckp yg dia ada laki lain and ini buat Aiman terus patah hati. Dan dia tulis kt status yg ditujukan kt Aiman, dia ckp dia nak setia ngan bf dia. Hati Aiman ckp, knp time kita dulu dia xnk setia. Aiman nak dia balik and aiman call tp dia xnk angkat. Dan dia ckp dia dah benci Aiman. Aiman xmakan langsung harini sebab tunggu dia call.
Apa harus Aiman buat? Hati Aiman ni sakit sangat. Mood xde, selera makan pun xde. Tolong saya. Saya sayangkan dia.
Sumber: Facebook Doktor Cinta
Assalamualaikum Aiman!
Tahniah sebab berjaya bertindak untuk membongkarkan rahsia yang disimpan oleh ex-girlfriend awak! Kalau awak tak berusaha untuk bertindak begitu, awak tak akan tahu sampai bila-bila dan lebih lama dia merahsiakan perkara itu dari awak, lebih perit luka yang awak akan rasa bila kebenaran itu muncul akan datang.
Sentiasa ingat, insan yang benar-benar menghargai dan menyayangi kita dengan ikhlas adalah insan yang akan berusaha untuk lakukan yang terbaik untuk hubungan dia dan pasangan.
Bersyukurlah kerana awak ditunjukkan ‘wajah sebenar’ ex-girlfriend lebih awal. Mungkin ini adalah cara untuk Tuhan menyelamatkan awak dari insan yang tidak layak bersama dengan awak. Memang sakit rasa di hati apabila insan yang kita benar-benar sayang akhirnya melukakan hati kita. Tetapi, awak berpeluang untuk belajar mencintai insan yang benar-benar inginkan awak dalam hidupnya berbanding dengan kita menagih cinta insan yang tidak merasakan kita penting pun dalam hidupnya.
Awak semestinya tidak mahu menjadi seperti peribahasa Melayu “hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong”. Maksudnya, orang dah tak mahu, kita pula yang meminta-minta. Laburkan cinta dan masa awak kepada insan yang bijak untuk menghargainya. Nasihat dan cadangan saya, awak move on dengan membina kehidupan awak dahulu yang lebih baik. Insan yang terbaik untuk awak akan hadir dengan sendiri tanpa disangka-sangka. Jadikan sayang yang masih ada itu untuk membina dan mencipta kebahagiaan awak sendiri. Sayangilah diri sendiri dahulu. Insya-Allah insan baru akan lebih menyayangi awak.
Walaupun pahit untuk move on, percayalah, awak akan berterima kasih kepada diri awak yang sekarang.