Nama: Sofree Tome Endo
Jantina: Lelaki
Hello doktor cinta. Saya nak tanya ada seorang perempuan ni di tempat kerja saya dia tunjuk tanda tanda yang dia suka saya. Dari cara dia memandang saya dan senyuman dia saya pasti dia suka saya. Rakan2 perempuan yang sekerja pun tak tumpu atau senyum macam dia. Setiap masa mata dia melirik ke arah saya. Tapi bila saya cuba chat whatsapp, dia reply 2 ke 3 kali je lepas tu tak reply langsung.
Tapi bila kat tempat kerja dia selalu pandang senyum saya. Kadang2 kami bertegur sapa bincang hal kerja. Kenapa ya dia hambar masa chatting? Apa pendapat doktor cinta?
Sumber: Facebook Doktor Cinta
Hi, Sofree!
Soalan yang penting, pada saya ialah apa perasaan awak sebenarnya terhadap dia? Adakah awak dalam diam meminati si dia atau disebaliknya? Kadangkala, bisikan naluri kita tepat tetapi, ada masanya, ianya dihasut oleh kemahuan kita sendiri tanpa kita sedari. Seandainya awak meminati si dia, bukankah lebih mudah awak meluahkan sahaja atau bertanya pada tuan punya badan daripada berteka-teki dengan diri sendiri? Lebih baik rasanya jika awak mengambil pendekatan yang ini sekiranya rasa ingin tahu didalam diri awak membuak-buak.
Semoga berjaya ya.
Apa punya doktor cinta bagi ayat “syok sendiri”.
tak puas hati ke?