Nama: Nur Aisyah
Jantina: Perempuan
Asslamulaikum. Umur saya 28 tahun. Sy putus cinta tahun lepas dan ex saya baru 22 tahun. Punca putus sbb dia teman kawan dia pergi Desaru. Dia bgi tahu sya katanya dia nk teman kawan dia pergi Desaru katanya nk byr saman. Sy pon ckplah oklah pergilah teman kawan awk tu. Sewaktu dia pergi sana dia ada hntr beberapa mesej kat saya tapi sy tak balas sbb masa tu sy kerja sebagai customer service. Saya ada ckp tak apelah awk teman dulu kawan awak. Untuk pengetahun doktor saya dengan dia kerja sekali di bawah satu bumbung. Kitrorang keje dekat pasaraya TESSCO extra plentong.
Kawan2 sekerja saya bgi tahu bini kawan dia tu ada ikut sya pon agak terkejut masa tu sbb sy tak tahu pon kawan bini dia ikut. Saya pon abaikan jelah perasaan cemburu tu sbb sya percayakan dia. Saya ada update moments kat Whatsapp yang berbunyi menipulah selagi menipu dan dia pulak terasa moments saya. Padahal moments saya tak ada kena mengena dengan dia pon. Yang paling sakit dia pergi tunjuk moments saya kat kawan dia. Setelah putus beberapa bulan dia ada up status yang berbunyi silent love dan confuse, ramai yang kata status tu untuk saya sbb sampai skrg dia blum ada pengantin.
Klau doktor nk tahu dia selalu ckp sy tak pernah berubah. Sy tak tahu apa maksudnya brubah mcm mana selama dengan dia saya setia je tak layan pon mana2 jantan. Setiap kali sy tgk muka dia hati saya sakit dengan hinaan dan caci maki dia yang dia lemparkan. Saya sanggup jadi orang bodoh suruh dia jangan lepaskan saya tapi dia tak ada perasaaan pon. Sya dapat tahu dia ada up status mcm sya ckpkan tadi silent love and cofused, ramai yang kata status tu untuk saya tapi sy kuatkan hati ni kata bukan untuk saya.
Sumber: Website Online Form
Hi Nur Aisyah.
Perpisahan sememangnya menyakitkan, bukan? Cuma masa yang mampu mengubati segalanya. Saya respek dan kagum kepada wanita yang berani keluar dari hubungan yang “toksik” iaitu sebuah hubungan yang menyakitkan kepala, tidak membawa kebahagiaan, dan hanya memberikan perasaan kemurungan kepada diri sendiri. Tahniah Nur Aisyah! Kagum saya dengan awak.
Saya percaya perpisahan ini adalah kerana awak mahu lebih bahagia dengan kehidupan, dan tak mahu lagi keliru dengan suatu perhubungan yang dicemari dengan cacian dan penipuan. Kadang-kala tindakan melepaskan diri dari perhubungan yang toksik sebegini adalah perlu dan wajar, atas alasan kita menjaga diri kita sendiri. Bagaimana saya boleh katakan begitu? Begini, saya percaya bahawa walaupun apa sahaja keutamaan kita dalam kehidupan, contohnya wang ringgit, kekayaan, result exam 4 flat, suami yang handsome atau apa-apa sahaja yang kita kejar, namun akhirnya ketenangan jiwa yang kita cari. Tenang itu syurga dunia. Setuju? Kita tak bahagia kalau kita tak tenang. Macamana nak bahagia, macamana nak tenang, kalau kita masih lagi terperangkap dalam perhubungan yang memberi impak negatif kepada kita.
Sebagai seorang wanita, awak perlu berpandangan lebih jauh. Adakah awak mahu bersuamikan dia yang mudah terasa dengan status whatsApp awak yang rawak? Adakah awak mahu bersuamikan dia yang membuat status whatsApp yang mengusik, dan tak jelas serta nyata, walaupun sebenarnya boleh je dia datang pada awak dan berterus terang sekiranya dia masih sayangkan awak? Tak gentleman, kan? Pilih bakal suami awak betul-betul. Set kan kriteria yang tepat, supaya awak tidak lagi terperangkap dalam hubungan yang toksik. Malah, jika sudah terikat dengan ikatan perkahwinan, hubungan toksik itu menjadi lebih payah untuk dilepaskan, tahu? Jadi, bagi saya tak perlu pun mengambil pusing tentang status whatsApp dia. Move on lebih baik.
Carilah kebahagiaan yang tidak bersyarat. Bahagia sebenarnya ada di dalam diri. Awak tak perlu pun seorang lelaki untuk membahagiakan awak, Nur Aisyah. Jika awak mampu tersenyum dan bersyukur dengan kecukupan makan, minum, kesihatan awak yang baik, kawan-kawan yang supportive, anggota tubuh yang sempurna, wajah yang menarik, itu semua akan membahagiakan awak. Percayalah. Cinta yang sebenar akan datang walaupun awak tidak mencari. Lebih baik datangnya cinta yang sebenar pada waktu yang tepat, berbanding cinta yang salah dan menyakitkan di waktu yang awak pun belum bersedia. Cintai diri sendiri dahulu, OK? Insha-Allah, cinta akan datang nanti.