20 April 2024

Masa Silamnya Buat Aku Ragu – Ragu Untuk Teruskan Hubungan.

Nama: Alisa Sabri

Jantina: Perempuan

Hi. Selamat petang.

Saya dalam dilema. Saya mempunyai teman lelaki yang telah mengaku pernah ‘check in’ beberapa kali dengan bekas teman wanitanya. Dia mengaku perbuatannya selepas kami sebulan menjalinkan hubungan. Saya terima dia kerana itu masa silamnya dan itu antara dia dengan tuhan. Dia janji dia sedang berubah dan saya boleh nampak usahanya untuk hubungan kami. Walau bagaimanapun, saya selalu ‘overthink’ kerana saya tahu dia masih ‘friends’ di Facebook dan follow each other di Instagram.

Benda ni selalu membuatkan kami bergaduh kerana saya sering kali memikirkan mereka masih berhubungan. Baru-baru ni kami bergaduh lagi tetapi dia hanya diam. Sudah dua minggu kami tidak berhubungan tapi apa bila saya tanya still mahu teruskan hubungan atau tidak, dia tidak jawab mesej saya sampai sekarang. Patutkah saya fight for this relationship?

Sepanjang kami sama-sama selama 5 bulan, dia memang tunjukkan yang dia komited dengan hubungan ni dan ingin menghalalkan saya. Cuma saya selalu berfikiran negatif dan overthink.

Tolong bagi pendapat kepada saya 😔

Terima kasih.

Sumber: Email Doktor Cinta

Hai Alisa Sabri.

Pernah dengar tak dekat ceramah – ceramah mana mana – mana ustaz atau ustazah berkenaan mengakui kesilapan dan dosa lalu dengan pasangan terdahulu? Dalam Islam sendiri tidak menggalakkan kita bercerita tentang masa silam kita kepada pasangan. Bukan niat kita untuk menipu pasangan, dan bukan juga untuk terus melupakan kesilapan itu tanpa bertaubat. Akan tetapi lebih kepada untuk menjaga keharmonian rumah tangga supaya tiada prasangka buruk dan syak wasangka terhadap pasangan.

Begitulah sepertinya yang terjadi di antara awak dan si dia. Benar, si dia telah berubah. Awak sendiri nampak perubahannya. Awak sendiri nampak usahanya untuk menghalalkan awak. Awak sendiri nampak usahanya untuk mengekalkan hubungan awak dan dia. Tetapi, deep inside ada sebahagian diri awak tidak dapat menerima apa yang berlaku di masa silamnya. Mungkin awak hanya menerima masa silamnya di bibir sahaja. Jika tidak, takkan lah ada peluang untuk awak overthinking?

Saya faham, perempuan seorang yang mudah cemburu. Jika tiada masa silam buruk antara si dia dan bekas kekasih pun, tetapi si dia masih ada follow each other di facebook atau instagram pun tentu awak masih cemburu kan? Oleh sebab itu, mungkin ada beberapa berkara yang boleh saya suggest untuk awak.

Pertama, sekiranya awak masih sanggup meneruskan hubungan, dan masalah overthinking awak hanyalah kerana si dia dan bekas kekasihnya adalah kawan di media sosial, cuba ambil satu masa pujuk si dia untuk remove bekas kekasihnya itu dari media sosial, dari hidup. Tiada rugi dan manfaat pun pada si dia jika dia dan bekas kekasihnya itu masih berhubungan sekiranya dia sedang dalam proses menghalalkan awak. Beritahu padanya awak cemburu. Saya rasa, tiada masalah kiranya awak menyuarakan kecemburuan awak, dan cemburu awak berasas. Tapi jangan sampai bergaduh pula ya. Cakap elok – elok secara berhemah atau nada bergurau manja mengatakan awak cemburu. Sekiranya dia masih mahu bertegas meneruskan persahabatan di alam maya itu, mungkin itu tanda awak perlu move on?

Kedua, sekiranya hati awak masih berat dan tetap akan overthinking sekiranya si dia telah remove bekas kekasihnya daripada media sosial, saya rasa masalah itu berpunca daripada awak. Sampai bila – bila pun awak mungkin tak dapat terima si dia dan akan mengungkit kisah silamnya. Untuk mengekalkan sesebuah perhubungan, adalah penting untuk tidak mengungkit kisah silam masing – masing dan terus fokus pandang ke depan dan membina masa depan bersama – sama. Awak tahu apa yang awak perlu lakukan sekiranya ini lah yang awak rasa. Tinggalkan si dia. Berilah si dia peluang untuk berbahagia dengan insan lain yang boleh menerima kekurangan dirinya.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.