27 June 2025

Terganggu Dengan Masa Silam Kekasihku, Namun Aku Tetap Hormat Dan Sayangkannya.

Nama: Harith

Jantina: Lelaki

Hi Doktor Cinta.

Baru-baru ni saya ada kecewa sedikit dengan pasangan saya. Saya berkenalan dengan pasangan saya hampir 6 bulan. Sepanjang pengenalan tu tiada sebarang masalah, even dia sangat excited utk saya datang ke rumah dia berjumpa dgn family. Dia excited dgn perancangan hidup yg saya dah explain selepas kahwin. Karakter pasangan saya, bekerja sebagai HR Executive, bertudung sopan, tidak berapa kisah pasal cinta sebelum ni, jenis tidak berapa kisah kalau keluar tanpa make up dan dia tak kisah apa orang nak cakap pasal diri dia. Dia mengatakan bahawa saya adalah cinta pertama dia sepanjang 25 tahun.

2 hari lepas, pada pukul 1.30 pagi, saya terlihat ‘dia’ post satu video berdurasi 5 saat di IG story. Gambar dia tidak bertudung, memakai bra dan buat aksi mulut yg melampau. Pada hemat saya, pasangan saya jarang utk stay up selepas pukul 12 malam dan selalu tidur awal. Selepas menyedari posting tersebut, saya terus call dia berulang kali dan terus memarahi dia. Saya suruh dia check IG Story dan posting tersebut sudah ‘dipadam’. Seiingat saya posting tu dah appear di IG story tu selama 1 jam. Pasangan saya yg sedang mamai dari tidur, dia mengatakan bukan dia yg post, sebab memang dia tidur sejak dari pukul 11mlm. Selepas saya memarahi dia, saya mendapati posting tersebut sudah tiada, dan pasangan saya sendiri pun belum sempat utk lihat. Katanya. Pada fikiran saya mulanya, mmg pasangan saya yg membuat posting itu, sebab takkan ada orang nak hack IG pasangan saya sebab dia mengatakan memang dia tiada lelaki lain sebelum ni dan dia bukan ‘people attention’ utk orang buat khianat padanya. Saya buat 2nd call dan terus menghentam dia dan mengatakan ‘Im very disappointed and you better make sure you clear of this mess’. Dia hanya berdiam tak sempat nak explain apa-apa.

Pada pukul 8 pagi, saya menghantar wasap mengatakan saya nak jumpa dia face to face, slowtalk, dengar explaination dan clarification dari dia. Pada pukul 11 pagi, saya sampai dia kawasan parking kawasan shop lot dia rumah nya. Saya memanggil dia masuk ke kereta saya dan start utk berbincang secara baik. Selepas dengar explaination dari pasangan saya, dia mengesyaki ada seoarang kenalan lelaki pada tahun lepas yg melakukan posting tersebut. Dia hanya sempat berkenalan dengan lelaki tersebut selama 2 bulan dan 5-6 keluar dating berdua tapi berapa rapat antara dia dan lelaki tersebut tidak diberitahu. Selepas itu, lelaki itu hilang tanpa khabar berita dan pasangan saya mengambil kira lelaki tersebut sudah bosan dan tinggalkan nya. Dan pasangan saya ada mengaku memang ada share gambar dan video pendek ‘unbehave’ dia pada lelaki tersebut sepanjang 2 bulan perkenalan itu. Saya menasihati dia terus block nombor lelaki tersebut dan jika dia ada cuba contact utk buat benda tidak baik lagi, saya minta pasangan saya utk lapor pada pihak polis. Betapa saya kecewa dgn diri nya, saya mengatakan sepanjang perkenalan kami, saya tidak pernah pegang tangan pasangan saya setiap kali keluar dating, saya hormat dia, saya jaga kehormatan diri dia. Saya juga tidak pernah cakap atau cerita benda benda kotor selama pengenalan kami. Betapa saya hormat pasangan saya.

Selepas selesai dengar penjelasan dari dia. Hati saya mula settle down dan mula utk bertenang. Saya dapat terima hakikat memang bukan salah dia 100%, bukan dia yg melakukan posting tersebut. Saya tak mampu utk memarahi dia lagi. Saya mengatakan yang apa yg terjadi, saya terima dia seadanya, I’m in the position to defend our relationship, dan saya minta dia utk jangan aktif IG utk seketika. Tukar email baru, dan jangan integrated account IG dengan nombor phone dan FB dia. Untuk mengelakkan lelaki tersebut cari pasangan saya balik. Selepas 1 jam slow talk and having a mature discussion, saya memaafkan dirinya dan saya minta utk pasangan saya dont take for granted privacy dirinya. Saya lihat dirinya hampir utk menangis takut jika saya tinggalkan nya dan terus memburukkan dirinya. Dan dia sgt appreciate sebab saya understand dan defend relationship kami. Dia juga bersyukur yg saya antara terawal menyedari posting tersebut dan inform sebelum emak dia tahu. Mak dia juga follow account IG pasangan saya. Selepas kejadian tu, saya cuba utk melupakan dari even selepas itu, kami berbaik semula, saya tak menunjukkan kekecewaan saya dan chat seperti biasa. Untuk doktor cinta, sebenarnya saya masih ragu-ragu dgn pasangan saya. Dan kalau boleh saya nak minta tips utk hilangkan perasaan ragu ragu itu.

Antara perasan ragu ragu tersebut:

1. Saya merasakan posting tersebut dilakukan ‘purposely’ oleh pasangan saya utk dia dapatkan point saya tinggalkan dia. Mungkin dia sudah ada yg lain atau sudah bosan dgn saya. Saya tak tahu isi hati nya.

2. Sejak dari kejadian ni, saya eager nak tahu kisah silam pasangan lagi dalam saya tapi saya takut jika dia fikir saya sudah tak percayakan nya lagi.

Untuk pasangan saya, saya sayang dan cinta padanya. Saya menghormati dirinya, masa dan pilihannya. Saya tak tahu apa didalam isi hatinya, tapi semakin saya push dia, semakin dia hilang keyakinan pada saya. Saya nak hilangkan perasaan ragu ragu saya dengan segera, sebab saya bercadang utk bertunang dengannya selepas PKPB ini.

Sumber: Website Online Form

Hi Harith,

Bila melibatkan soal maruah, harga diri, dan kisah silam seseorang, it can be very challenging. But you have done a very good job in managing it, dan untuk itu tahniah. Awak berjaya mengawal perasaan awak dan bawa berbincang elok-elok dan come up with solution instead of melatah atau mengamuk. Keep it up.

Saya boleh bayangkan perasaan awak. Awak mention awak kesal kerana awak hormatkan dia tapi dia tidak ‘menghormati’ dirinya. But Harith, you respect people because you choose to respect them. You chose to respect this woman as your girlfriend and future wife (as you should). So it should have nothing to do with who she used to be. Mungkin lelaki lain tidak tahu untuk menghormati kekasih awak. But also, no man should ever feel that he is giving a lot to a woman by not touching or saying obscene words to her. Because that’s basic respect and how it should really be.

With regards to your concerns. Kita pergi kepada yang kedua itu dahulu, di mana awak mengatakan awak nak tahu lebih tentang kisah silamnya. Perkara ini biasa, kita sebagai manusia mesti curious tentang kisah silam pasangan kita. Tetapi awak harus ingat that you have no right to someone’s past. Rumusan awak berkenaan dengan takut pasangan tidak lagi yakin dengan awak jika awak push tentang kisah silamnya is very legit. Nobody is obliged to share what they did or who they used to be in the past. What you have is what you currently see: A self-respecting career woman. Memang, kita boleh jana 1001 narratif dalam kepala kita tentang seseorang. And we could even be right! Tetapi Islam ajar kita untuk sentiasa bersangka baik dan tidak menyibukkan diri dengan perkara yang tak membawa faedah kepada kita. Bukan untuk mereka semata, tapi untuk ketenangan hati kita sendiri juga. Unless she does something right under your nose, or you found out that she has done something bad while being in a relationship with you, the past is the past. Memang sukar untuk terima, hati kecil awak mesti merasakan why me? But her past has nothing to do with you. Yang awak nampak sekarang adalah layanannya pada awak sama, dia masih sayangkan awak, dan dia ingin menghabiskan sisa hidupnya dengan awak. And to me that’s all that matters.

Berkenaan dengan concern awak yang pertama itu, saya merasakan bahawa ia terlalu far-fetched. Mengapa saya katakan begitu, kerana why would a HR executive (who has her Mom as one of her IG followers) do such a self-sabotage? Post that story for every single person to see? Hatta dia hide story tersebut daripada semua orang kecuali awak seorang, don’t you think it’s a bizzare way of telling someone they don’t want to have anything to do with the person anymore? I don’t know, you be the judge. It sounds amusing and ridiculous, doesn’t it? She could have just told you straight on. Or you would see a change in her behaviour. Something. Not this. If it is, then she has some major issues.

Harith, kita takkan dapat tahu isi hati seseorang itu. Hanya Allah SWT yang mempunyai akses kepada hati kita semua. Begitulah lumrah hidup. Saya nasihatkan Harith untuk teruskan being the man that you are. Continue having conversations about your future with her. Apa yang awak expect daripada dia, dan vice versa. Make her know that you are her safe space dan dia boleh berterus-terang dan jujur dengan awak tentang apa jua perkara selepas ini. I know this must have been quite a scare and a shock for you, but life is to be lived forwards. Banyakkan bangun malam dan berdoa minta petunjuk dan ketenangan hati. Banyakkan istikharah. Allah SWT nampak usaha dan doa kita, and He will not forsake us. Minta keredhaan dan doa daripada ibu bapa juga. Apa pun keputusan awak dengan dia, saya ucapkan tahniah in advance dan semoga berbahagia.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.