26 June 2025

Aku Trauma Dan Perlu Move On Secepat Mungkin!

Nama: Nurathirah

Jantina: Perempuan

Saya kenal seorang laki ni 3 tahun. Banyak kali saya gaduh putus baik balik banyak sangat sampai satu tahap rasa macam give up sangat dengan dia. Penat rasa lelah rindu semua ade. Baru masuk seminggu putus saya dapat tahu dia dah ade awek baru.

Saya rasa macam patah hati sangat sampai penat trauma gila dengan cinta sekarang, tapi saya rindu dia πŸ™

Tolong ajar saya move on.

Hai Nurathirah,

Semoga Nurathirah berada dalam keadaan baik – baik sahaja. Saya tahu, tempoh 3 tahun bukan suatu tempoh yang sekejap. Perasaan kasih dan sayang yang disemai tak mungkin mudah dibuang begitu sahaja. Alangkah bagus kalau kita macam computer yang boleh tekan, β€œDelete” dan β€œEmpty Recycle Bin” kan?

Seperti yang awak ceritakan, awak dan si dia telah berkali kali putus dan getback semula. Sepertinya dalam tempoh 3 tahun tersebut, awak lebih banyak sakit daripada gembira. Betul tak? Dan disebabkan setiap kali putus, awak mengharapkan sesuatu (pujuk dan berbaik semula) daripada si dia, maka untuk perpisahan kali ini, awak juga masih mengharapkan si dia, maka atas sebab itu awak tersangat kecewa dan patah hati apabila si dia dah move on dan ada pengganti.

Okay, sebelum kita bermula, saya beri peluang kali terakhir untuk lepaskan semua kesedihan yang terbuku di hati awak. Dengan syarat, ini adalah kali terakhir awak menangisi si dia. Janji! Masuk dalam shower, di bawah pancuran tu, menangis dan lepaskan semua rasa. Bersihkan diri, dan anggaplah awak membuang semua kesakitan, semua kenangan perit yang ada dalam diri awak. Spiritual activities might help. Berwudhu’ dan buat solat hajat mohon bantuan daripada yang Esa untuk beri kekuatan kepada awak.

Now, you are ready to be the new you! Ambil peluang ini untuk awak memperbaiki diri awak, untuk menggembirakan diri awak, seterusnya untuk mengubati luka di hati. Sudah terlalu lama hati itu disakiti kan. Jika ada peluang, manjakan diri ke SPA atau salon rambut. Cuba style rambut terbaru yang pernah awak inginkan.

Tipulah kalau perasaan atau ingatan itu tak akan hadir. Jika tiba – tiba rasa itu menjengah, buang perasaan rindu tu jauh – jauh dengan cara sentiasa β€˜busy’kan diri. Luangkan masa bersama keluarga dan kawan – kawan. Cuba sertai aktiviti – aktiviti outdoor dengan kawan – kawan di samping wujudkan hobi – hobi baru. Bermarathon misalnya. Banyak event marathon yang boleh disertai yang turut menghadiahkan peserta pengalaman, kesihatan tubuh badan dan stamina, tak lupa juga medal dan t-shirt marathon comel untuk dijadikan koleksi. Menarik bukan? Mana tahu boleh terjumpa jodoh pula πŸ‘€

Ini ada lah tips yang paling saya suka (pernah juga saya praktikkan πŸ˜‰). Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah. Hanya Allah yang berkuasa membolak balikkan hati semua orang dengan sekelip mata sahaja. Hanya Dia yang mampu hadirkan dan buangkan rasa kasih tersebut. Belajar untuk redha dengan ketentuan yang diberi olehNya. Percaya bahawa ada perancangan terbaik daripadaNya. Sekiranya masih panjang jodoh, berpisah berpuluh tahun dan berpuluh batu pun masih boleh bersatu. Jika sebaliknya, bercinta sampai 10 tahun pun tak kesampaian. Trust me, bila awak redha dan tak letak apa – apa harapan lagi pada si dia, hati awak akan lebih tenang.

Jangan trauma untuk bercinta lagi. Cinta tu satu perasaan indah yang hadir atas kekuasaanNya. Jika berjumpa cinta baru, Jangan lupa untuk mohon petunjuk daripadaNya. Semoga awak dikurniakan jodoh yang terbaik untuk awak. 😊

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.