9 July 2020

Dari Game Online Hingga Ke Cinta Siber Namun Akhirnya Aku Dibohongi.

Nama: Thomyris Queen

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum.

Maaf saya ingin bertanyakan beberapa soalan. Tapi sebelum tu biarlah saya menceritakan serba sedikit ttg saya. Saya ada mengenali seorang lelaki ni sewaktu bermain game online. Hari-hari kami online bersama sehinggalah terbit perasaan sayang. Tapi pada masa itu saya mmg tidak memberitahu umur saya yang sebenar iaitu 38 tahun kerana tak mahu dia pergi tinggalkn saya. Makin hari kami makin rapat dan saya beritahu semua hal peribadi saya kerana tak sanggup nak bohong. Dipendekkan cerita dia masih menerima saya walaupun selepas mengetahui siapa saya. Dan hubungan kami makin rapat dan dia merancang untuk menjadikan sya isterinya pada tahun hadapan. Dalam hubungan kami ini, dia menyekat semua kegiatan saya, tak bagi saya menyertai semua majlis dalam waktu pejabat dan sukan yg sememangnya saya aktif sukan dan semua aktiviti dan majlis waktu pejabat dan di luar bersama-sama kawan sekerja saya. Ini semua atas alasan dia tak mahu ade lalaki yang rapat dgn saya. Masa tu saya turutkan semua walaupun hati saya memberontak. Tapi kerana takut kehilangan dia saya sanggup ikutkn jua.

Dia juga pernah suruh saya bersumpah kerana ingin kan kebenaran adakah saya benar2 menyayangi dia. Jujur saya akui saya memang sayang sungguh-sungguh pada dia dan saya bersumpah dgn nama Allah bahawa saya tidak akan cari org lain. Andai dia bukan jodoh saya pun, saya takkan cari lelaki lain dan dia adalah lelaki terakhir dalam hidup dan hati saya. Tapi yang tidak disangka rupa-rupanya dia telah berbohong dengan saya selama ni dan mengaku semua itu bohong bila saya banyak kali ajak berjumpa. Semua tentang dirinya bohong belaka. Rupa-rupanya dia adalah lelaki yang baru berumur 18 tahun dan belum pun habis sekolah. Sangat berbeza dengan yang dia cerita bahawa dia berumur 25 tahun dan telah bekerja dan dari keluarga yg agak senang.

Persoalan saya ialah, apakah tindakan yang harus saya lakukan apabila saya telah menyatakan sumpah dengan nama Allah bahawa saya xkan mencari lain sedangkan sekarang ini saya rasa tertipu sangat? Dan, sejak saya mengetahui siapa dia, ada perkara yang dia sekat dulu saya langgar dan salah satunya dia tak mengizinkan saya terlibat dengan instagram tapi saya masih simpan instagram saya dan saya tipu dia cakap saya dah uninstall dan disuruh bersumpah. Sekali lagi saya telah bersumpah kerana nak mengelak daripada bergaduh. Tetapi dari kecuaian saya juga dia dapat tau instagram saya masih ada.

Sebenarnya saya stress dan rimas. Rasa tak sanggup nak teruskan hubungan ini tetapi disebabkan sumpah saya atas nama Allah itu menghalang saya daripada pergi.

Apakah yg harus saya lakukan?

Terima kasih DoktorCinta.

Sumber: Email Doktor Cinta

Waalaikumsalam Thomyris Queen.

Berkenaan sumpah dan kewajipan menunaikannya memang dituntut dari segi agama, namun begitu saya bukanlah seorang yang ahli atau pakar agama untuk menasihati bab sumpah ini.

Pertama, ingin saya tanyakan kepada awak, adakah awak serius mahu menunggu teman lelaki awak yang masih belum habis study, sedangkan awak seorang wanita bekerjaya? Sumpah bukan boleh dibuat mainan kerna sesungguhnya seorang yg bersumpah perlu tahu akan setiap balasan jika beliau gagal dalam menunaikan sumpah. Tetapi kita adalah manusia yang banyak melakukan kesalahan dan kekhilafan tersebut adalah datang dari kita sendiri. Mohon lah keampunan dari Allah dan kembali kepada ajarannya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Tiada sekelumit dosa pon yang Allah tidak ampunkan jika hambanya bersungguh dalam melakukan taubat nasuha iaitu secara total rohani dan jasmani.

Berbalik pada lelaki yang saudari itu, lebih baik saudari pandang ke hadapan dan mulakan hidup yang baru. Tiada gunanya hidup bercinta jika tiada persefahaman tolak ansur sesama pasangan. Tolak ansur dalam menerima kehendak, keperluan pasangan harus ada. Jika saudari rasa kehidupan banyak berselindungan dan tidak tulus tiada guna nya untuk terus akan perhubungan itu.

Dan yang terakhir, carilah pasangan yang memahami isi hati kita, kerna perkahwinan itu sesuatu ibadah yang amat Allah anjurkan kepada umat manusia. Tetapi biarlah ibadah itu dijalankan dengan penuh tawaduq dan beristiqamah. InsyaAllah permulaan satu ibadah (perkahwinan) yang dengan niat yang baik, pengakhiran nya ke jannah. InsyaAllah.

Wallahualam.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *