Nama: MA
Jantina: Lelaki
Assalamualaikum. Sy ada masalah dalam memilih pasangan. Saya seorang yg playboy, tapi sy tau yg perangai ni xbole bawak sampai dah kawen. Jadinya sy punya masalah adalah sy punya seorang gf yg dah kenal 3 tahun tapi end up putus sbb kan sy ada gf kedua. Gf kedua pun xtau sy ade gf pertama. Bila kantoi, gf pertama tinggalkan sy dan sy xnk perkara ini berulang pd gf kedua (sy takut mainkan dia pulak). So sy tinggalkan dia jugak dan sy kenal dgn org bru. Tp gf kedua ni nk sy tp sy dah ade org baru. Sy kesian dengan gf kedua ni dlm masa yg sama syg dia dan yg bru.
Mcm mne saya nk pilih?
Patut ke sy get back dgn yg kedua atau teruskan dengan yg bru?
Sumber: Website Online Form
Waalaikumsalam MA. Sihatkah anda? Saya berharap semasa awak membaca coretan saya ini, awak dalam keadaan yang sihat-sihat aja.
Wow nampaknya awak ni agak “hot” ya. Macam lagu KRU- Adam dulu-dulu “terhangat di pasaran”. Alhamdulillah tak payah nak mandi bunga kalau-kalau takut takde orang nak. Haha just kidding!
Pertama sekali, maafkan saya jika coretan ini agak menghakimi awak. Namun, bagi saya cinta awak untuk yang pertama dan kedua itu tidak cukup kukuh apabila mampu terbitnya yang ketiga pula. Mungkinkah kita mencintai seorang yang lain apabila kita sudah pun menjumpai cinta di hadapan mata? Ibaratnya, cinta awak itu untuk yang pertama hanya separuh gelas, untuk yang kedua pula suku gelas, yang ketiga pula suku gelas lagi. Sekarang, hanya cinta awak yang penuh tetapi dibahagi-bahagi pula terhadap insan yang berlainan. Agak kurang adil sebenarnya. Namun, pada pandangan saya, cinta yang tak cukup penuh untuk satu insan itulah yang menerbitkan satu lagi insan. Jadi, mungkin lebih baik memenuhkan cinta hanya untuk satu insan sahaja. Supaya tidak ramai yang tercedera hatinya oleh kerana sikap awak yang tidak mampu memenuhi cinta terhadap yang satu itu.
Mari kita pandang ke hadapan, mungkin dalam 5-6 tahun ke hadapan. Pada masa itu awak akhirnya telah pun berumah tangga setelah berfikir dengan mendalam tentang pilihan hati awak. Meriahnya majlis perkahwinan awak. Senyuman awak dan pasangan sangat manis ya, tak lekang-lekang pulak tu senyuman dari bibir. Tetamu enak menjamu selera lauk nasi hujan panas, ayam masak merah, ada pulak jelatah nenas beserta air sirap. Kecur pulak liur menaip macamni. Ok kita lajukan masa. Awak pun dikurniakan cahaya mata, seorang bayi perempuan. Amboi cantiknya mata dia, lentik alis matanya pun. Kulit putih melepak macam Emma Watson. Fast forward lagi, dia pun berusia 21 tahun. Ramai pula kumbang memerhati. Alamak! Suatu hari anak gadis menangis-nangis pulak dalam bilik. Isteri awak masuk, merisik khabar. Apeni kena tinggal dengan boyfriend. Boyfriend ade girlfriend lain. Ala… Sedih dik. Merambu air mata keluar. Ha, anak awak la tu. Jangan buat-buat tak tahu pulak!
Sama tak situasi itu agaknya dengan gadis-gadis yang awak cintai dan tinggalkan? Awak tak mungkin dapat membayangkan bagaimana kesan perbuatan awak terhadap emosi mereka. Mungkin, mereka akan kurang percaya dengan lelaki, dengan melabelkan semua lelaki sama. Semua lelaki sampah. Atau, mereka pula turut menjadi tidak setia kepada pasangan. Mereka tidak lagi percaya pada cinta. Tak dapat bayangkan, bukan?
Sebagai seorang lelaki, yang bakal menjadi pemimpin serta khalifah dalam keluarga, pembuatan keputusan yang tepat sangatlah perlu. Ya, awak perlu jadi lebih tegas, dan tetap pendirian! Tidak mudah menjadi seorang lelaki sebenarnya. Besar tanggungjawabnya, ianya bukanlah sekadar bijak dalam mengatur percintaan, bijak mengatur ayat-ayat cinta. Namun ianya lebih dari itu.
Berbalik kepada soalan awak di awal tadi, bagi saya pilihan yang terkini adalah lebih baik. Tak mungkin awak mencintai yang kedua jika awak mampu pula bercinta dengan yang ketiga. Fikir-fikirkan.