3 September 2025

Dia Mudah Cemburu Dan Sudah Tawar Hati. Tapi Aku Masih Sayang.

Nama: Hamba Allah

Jantina: Lelaki

Macam ni…kami selalu gaduh disebabkan si dia(perempuan) kuat jeles dan perangai dia yang tak matang. Kalau si dia salah, saya selalu nasihatkan tapi dia suka sangat memberontak. Saya rapat sangat² dengan mak dia tapi si dia sekarang ni dah tawar hati. Tapi saya tak putus asa nak pujuk dia sebab dia pernah janji nak harungi hidup bersama-sama. Sekarang ni dia layan saya macam sampah and buat saya sakit hati. Tapi saya tak mengalah nak pujuk dia disebbkan saya sayang sangat dekat dia.

Saya tahu si dia still sayang saya tpi ego dia tinggi.

Dia cakap yang saya ni serabutkan dia hmm patutkah saya undur diri?

Sumber: Website Online Form

Hai Hamba Allah.

Memang normal untuk seseorang perempuan berperasaan cemburu. Cuma tahap cemburu itu berbeza – beza. Sedangkan seorang emak pun boleh berasa cemburu kepada menantu perempuannya sendiri, apatah lagi seorang isteri kepada suami ataupun hanya pasangan kekasih.

Benar, mungkin sikap si dia tidak matang, tapi bagaimana pula cara awak handle sikap tak matang dia itu? Adakah dengan terus menasihati beliau walaupun dah tahu si dia akan melenting dan memberontak ? Adakah dengan terus membuat sesuatu yang tetap membuat si dia cemburu?

Ada individu yang sukar menerima nasihat dan teguran, sentiasa merasa diri sendiri betul, lantas memberontak apabila ditegur. Individu seperti ini perlu ditegur dan dinasihati dengan penuh berhemah, mungkin melalui analogi, atau pun melalui teladan untuk membuatkan mereka berfikir, “Oh, betul juga kata dia”, akan tetapi, jangan expect si dia akan terus menerima nasihat atau teguran awak. Beri dia masa untuk “hadam” teguran tersebut. Elakkan kata – kata yang seolah-olah menyalahkan perbuatan si dia, mungkin boleh tambah ayat seperti, “Kalau saya, saya akan lakukan begini dan begitu…”, atau pun, “Jom, kita buat macam ni..”.

Sekiranya benar telahan awak berkenaan si dia masih sayang pada awak, beri dia masa untuk bertenang. Manakala berkenaan ego si dia yang tinggi pula, pada pendapat saya, itu cuma andaian awak sahaja. Mungkin dia masih belum tawar hati dan serabut hanya kerana cara awak bercakap dengannya seperti meletakkan kesalahan pada dirinya.

Jika masih kuat rasa sayang awak pada si dia, dan awak mahu membina hidup bersamanya, maka awak perlu sanggup untuk bersabar dan cuba untuk memahami beliau. Tapi jika sekarang pun awak tak sanggup hadapi perangai beliau, saya nasihatkan lebih baik awak putuskan sampai di sini sahaja.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.