26 April 2024

Aku Cuba Isi Kekosongan Hatinya. Tapi Dia Menolak.

Nama: Azrul Hanafi

Jantina: Lelaki

Assalam. Saya suka kpd seorg perempuan ni dan kami mmg sdg berkawan. Namun dalam persahabatan kami tu kami selalu take care each other. Walaupun kami berdua tak meluahkan rasa suka antara satu sama lain, namun saya dpt baca hint2 drpd cara dia Whatsapp saya n care pasal saya yg dia juga ada perasaan yg sama mcm saya. Cuma masalahnya skrg ni, dia pernah alami penyakit dispresi dan anxiety. Dia pernah broken teruk dgn ex dia si “penunggang agama” yg nak amik kesempatan atas kehormatan diri dia.

Atas dasar itu, dia sekarang susah nak buka hati dia dkt mana2 lelaki. Tapi cara dia Whatsapp saya, saya dpt rasa dia ada perasaan dkt saya. Dan nak di jadikan masalah, saya buat satu kesilapan. Saya ada hantar Whatsapp yg mendesak dia. Sbb saya mula rasa dia macam cuba menjauhkan diri drpd saya. Dia dah tak Whatsapp saya sekerap dulu. Kalau dulu, dia akan selalu call saya bila saya bagitahu yg saya dh balik kerja. Bila saya tanya kenapa kau mcm lain skrg, knp itu knp ini, dan secara tak langsung saya dh meluahkan perasaan saya dn Whatsapp saya seolah mendesak dia.

Sejak tu saya dh x dpt balasan Whatsapp drpd dia n saya dgr cerita drpd kwn dia yg dia tgh alami anxiety. Saya tk tahu adakah sbb saya. Saya Whatsapp dia dan cuba memohon maaf atas kesilapan saya mendesak dia. Dia ada bagitahu kawan laki saya. Yg dia tk selesa bilamana saya meluahkan perasaan dkt dia. Dia cuba ambil masa utk buang rasa tk selesa itu dgn saya.

Skrg saya bingung. Whatsapp yg dia pernah hantar dkt saya dulu pernah kata rindu saya. Whatsapp yg menunjukkan dia sayang sya.

Apa itu semua hanya perkara biasa bagi dia? Sbb saya ikhlas betul2 sukakan dia.

Sumber: Website Online Form

Hai Azrul Hanafi,

Perempuan memang seorang makhluk yang complicated. Tidak dapat dinafikan. Kadang dia Nak A, tapi dia sebut B. Apabila dah beri B, dia pulak marah – marah kenapa tak beri dia A πŸ˜…. Begitulah Lebih kurang sikap seorang perempuan. Bila berbicara tu kadang berlapik – lapik. Tak straight to the point seperti seorang lelaki. Awak kene maafkan sikap perempuan yang memang dilahirkan sebegitu.

Menurut apa yang awak ceritakan ini, saya rasa memang dia ada menaruh hati pada awak. tapi trauma dengan kisah cinta terdahulu masih kuat. Mungkin juga boleh membuatkan dia terlalu berhati – hati dalam memilih pasangan. Walaupun hati nya ada rasa suka, tapi dia cuba menolak kuat – kuat rasa itu. Akan tetapi, tidak dinafikan wujudnya perempuan yang confuse dengan perasaannya sendiri. Kena hati – hati dengan perempuan sebegini. Sebabnya ialah, dia rasa dia sukakan seseorang hanya kerana dia ada teman untuk meluahkan rasa, untuk rasa dikasihi, untuk isi masa lapang. Atau term ni lebih dikenali sebagai β€˜friend zone’. Pernah terfikir tak dia letak awak dalam friend zone dia sahaja? Apabila awak meluahkan rasa cinta, terus dia menjauh dan macam benci pulak pada awak. Padahal sebelum itu, baik – baik sahaja?

Anxiety attack atau tidak saya tak dapat nak beri diagnose tentang itu. Saya cuma doktor cinta, bukan doktor perubatan πŸ˜‰. Tapi mungkin ada benarnya dia menganggap awak sebagai sahabatnya yang paling rapat sahaja. Sahabat baiknya yang boleh dia berkongsi rasa dan masalah. Sahabat rapatnya yang boleh dia rindu dan sayang. Bukan rindu dan sayang sebagai seseorang kekasih.

Tapi awak jangan putus asa, kerana selalunya kes – kes sebegini, berakhir dengan sahabat bertukar menjadi pasangan kekasih. Cuma mungkin akan ambil sedikit masa. Mungkin dia rasa tak selesa kerana terkejut awak ada simpan perasaan pada dirinya. Berhenti desak dia lagi. Cuba mulakan semula persahabatan dengan minta dia lupakan dahulu luahan hati awak. Katakan padanya, β€œAku gurau je, Takkan kau tak kenal aku lagi..”. Tak salah mencuba kan?

Sekiranya dia telah menerima semula tali persahabatan ini, awak jangan pula kekok apabila berbicara dengannya. Ambil berat lah seperti biasa. Mungkin sesekali boleh beri hint, tapi jangan terlalu mendesak. Berkenalan dengan keluarganya, dan ajak juga dia berkenalan dengan keluarga awak. Biar kemesraan itu hadir sendiri. Biar dia kenali keluarga awak. Apabila dia tahu latar belakang awak yang baik, mungkin hatinya terbuka menerima awak. Mungkin juga rasa trauma itu boleh hilang setelah mengetahui lebih lanjut tentang keluarga awak.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.