Nama: Wan
Jantina: Lelaki
Assalamualaikum Dr Cinta.
Saya ada masalah dalam hubungan saya dengan kekasih sekarang. Sebelum ni saya mengaku saya banyak abaikan dia. Dia faham saya tapi saya x faham dia. Dia snggup tunggu saya selama 7 tahun. Tapi sejak kebelakangan ini dia berubah sedikit dari segi text dan layanan. Kemudian dia mengaku yang kawan sekerja dia ingin melamar dia. Tetapi dia brkata yang dia telah memilih saya. Saya lega sekitika. Kemudian sikapnya terus berubah.
Dan satu hari saya brtanya sama ada dia masih sayangkan saya, dia mengaku ya. Akan tetapi apabila saya bertanya berkenaan adakah hati dia masih untuk saya dia cakap x tahu. Saya bertanya adakah dia sudah tawar hati dengan saya, dia cakap ya tapi masih sayang. Dia sendiri keliru dengan hati dia. Saya pernah bertanya adakah dia lebih memilih org ketiga itu atau saya, dia cakap 50% 50%. Dia cakap dia sendiri x faham dengan hati dia sekarang. Adakah dia sayang atau kesiankan kawan sekerja dia itu katanya.
Saya belum give up. Dia sentiasa berkata kepada saya supaya jangan risau, dia akan settle benda ini dengan segera. Dia sendiri mengaku masih berhubung melalui whatsapp dengan org ketiga itu disebabkan teman sekerja. Tetapi dia berkata hanya chat biasa2 sahaja.
Apa patut saya lakukan untuk mendapatkan balik hati si dia yg mula tawar untuk saya Dr?
Waalaikumsalam Wan.
Pernahkah Wan mendengar perkataan insecure? Kalau di-google maksudnya adalah tidak selamat. 7 tahun bukanlah suatu tempoh yang singkat. Alhamdulillah panjang jodoh pertemuan Wan dan si dia. Berbalik kepada perkataan insecure yakni tidak selamat tadi, Wan mungkin berada dalam fasa insecurity. Bukanlah sesuatu yang asing apabila kita merasakan insecure dengan pasangan kita. Kita mahukan sesuatu yang pasti, bukan? Mungkin Wan boleh memberi si dia dan Wan sendiri ruang dan peluang untuk kembali berfikir tentang hala tuju dan ketakpastian yang Wan dan si dia sedang lalui. Memberi ruang kadang kala akan membuahkan hasil yang manis, kerana keputusan yang baik datangnya dari minda yang tenang.
Inilah masanya Wan dan si dia mengambil ruang masing-masing! Wanita ibarat ombak, apabila dia mempunyai cinta dan tenaga, ombaknya stabil. Apabila tidak, ombaknya memukul. Wan, Jika kita punya kari, kita boleh beri kari kepada orang lain. Begitu juga cinta, kita hanya mampu memberi cinta, hanya apabila kita mempunyai cinta. Berilah masa dan ruang, berdoalah sepanjang tempoh itu. Insha-Allah moga ada sinar baru buat Wan dan si dia!