26 June 2025

No Message, Is Also A Message.

Nama: Amira Sobri

Jantina: Perempuan

Saya ada ex bf . Kami baru couple tak sampai 2 bulan, end up dia minta putus sebab tak tahan dengan perangai saya yang asyik nak kena ikut apa yang saya nak. Tapi yang saya perasan dia tak block ig, and masih simpan no contact saya . Selepas 4 hari lps break up, saya pujuk dia kembali utk kami getback. Tapi dia cakap dia tak mahu dan saya diblock. Tapi keesokan harinya, saya sudah diunblock kembali.

Adakah masih ada peluang untuk saya perbaiki hubungan ini? Sebab kami baru 2 bulan nak kenal hati budi masing -masing. Saya ikhlas nak cuba perbaiki balik hubungan dan perangai saya kembali.

Hi, Amira!

Semoga apabila awak dapat reply daripada saya, awak dalam keadaan yang selamat dan sihat. Amira, pendapat awak, apakah perangai awak yang kurang digemari oleh bekas kekasih awak itu dan bagaimanakah ia boleh diperbaiki? Mungkin, mesej saya yang seterusnya akan sedikit pahit didengar, tarik nafas, baiklah teruskan pembacaan.

Pada pendapat saya bekas kekasih awak sudah tawar hati dan tidak mahu meneruskan perhubungan ini. Mengikut pandangan saya, awak di-unblock bukan kerana dia mahu awak menggandakan usaha, tetapi kerana mahu menjaga hati dan air muka awak. Saya rasa, sekiranya awak benar mahu berubah, tanpa cinta pun awak mampu berubah. Jangan jadikan seorang insan lain motivasi untuk awak perbaiki diri, disebaliknya, niatkanlah demi kebaikkan diri dan juga masa hadapan. Ingatlah, hati manusia mudah berubah dan sukar untuk kita jangka, tapi apa yang kita boleh jangka dan merancang ialah cara kita respond terhadap perubahan ini.

Adakah awak akan kekal mahu terikat dengan masa lampau dan berpotensi untuk merencatkan perkembangan diri atau maju berjalan mengejar pengalaman, cinta dan kehidupan yang baru?

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.