Nama: Aisyah
Jantina: Perempuan
Assalamualaikum doc. Masalah saya sebenarnya, mungkin lah bukan masalah cinta kot. Tapi masalah memilih calon suami. Saya adalah seorang yang simple. Tapi mak saya sedikit cerewet. Agak memilih la dalam memilih calon menantu. Pilihan saya, senang je. Apa yang mak ayah pilih, suka, itulah pilihan saya.
Tapi nak boleh ke jumpa pilihan mak tu, dah beberapa orang saya tolak. Ramai la jugak mungkin. Yang jaga solat, beriman, pandai mengaji tu, pasti lah itu pilihan utama. Saya pun akan pastikan calon suami saya ada ciri2 utama ni dulu, yang lain saya tak kisah. Tapi pilihan mak, paling utama satu negeri, atau negeri berdekatan atau bekerja di negeri2 tersebut. Masalahnya yang nak jadikan saya isteri sebelum2 ni, yang asalnya satu negeri, mak tak berkenan. Sebab pemakaiannya mungkin, pergaulannya, agamanya, tak cukup inci, dan cikgu. Kalau boleh mak taknak dah cikgu. Sebab dalam family saya, dah berapa keturunan cikgu. Jadi mak taknak da.
Dan tak kurang juga, ramai juga yang mintak saya tu, berasal dari utara. Yang ni, awal2 lagi mak tak nak. Sebab jauh. Tapi ciri2 yang lain semua boleh lah dikatakan lulus. Tapi disebabkan jauh la, sampai mak nangis2. Padahal bukannya terima pun lagi. Saya pun dah pening, stress, sampai nak botak dah asyik gugur je rambut. Dalam hati “mak nak yang macam mana sebenarnya” payah la nk jumpa yang betol2 ikut ciri yang mak nak. Huhu.
Sekarang stress yg teramat rasanya, umur makin naik, risau nt dah tolak2, last2, takde siapa dah nak. Tetiba saya yg bernaluri nak kahwin ni, rasa mcam malas dah nak kahwin. Tapi pertanyaan orang2 keliling pasal kahwin, mmg sangat2 buat saya stress, dan adalah suara2 yg mengatakan sy terlalu memilih. Saya hanya inginkan yg terbaik untuk mak ayh. Ap yg diorg suka, saya suka laa. Tapi lagi stress bila mk sdri yg tnya, takde ke org tnya2. Ya Allah..Mak… Bukan takde.. Tapi sume dah kena reject. Ohh, peningnyaa..
Maaf doc, terpnjang plk. Kalau ikutkan, boleh pnjang lagi ni, tapi sampai sini je la dlu, tq.
Salam Aisyah.
Terima kasih kerana sudi berkongsi. Pertamanya alhamdulillah dan tahniah sebab Aisyah sendiri hanya tinggal beberapa langkah saja lagi untuk masuk ke alam rumah tangga. Cuma sekarang ni yang jadi masalahnya ialah si suami.
Pemilihan calon suami sebenarnya bagi saya amatlah mudah kalau ditetapkan konsepnya dengan betul dari awal lagi. Apa yang akan dihadap oleh si suami sepanjang hidupnya kelak tentulah si isterinya sendiri dan perkara sama juga tentunya akan dihadap oleh si isteri sebaliknya.
Pemilihan pasangan, sama ada calon suami mahupun isteri sebenarnya terletak sepenuhnya kepada pasangan tersebut. Biar apa syarat, peraturan, pandangan dan juga cerita sekalipun, pemilihan pasangan adalah hak istimewa seseorang yang akan berkahwin. Bukan hak mak, ayah, sepupu sepapat mahupun adik beradik. Walaupun pastinya akan ada pengaruh dari luar yang lain yang akan mempengaruhi pemilihan calon, contohnya seperti kriteria, hak isitimewa, pangkat, ekonomi dan lain-lain, boleh saya katakan disini majoritinya akan tetap ditentukan oleh bakal pengantin itu sendiri.
Kalau boleh diberikan dari segi peratusan, boleh saya katakan yang hak dan pilihan mutlak bagi bakal pengantin adalah 80% dan 20% selebihnya boleh dikatakan pilihan selain bakal pengantin tu sendiri contohnya seperti pilihan keluarga dan lain-lain. Pilihan keluarga bukannya tidak boleh diambil kira cuma apa yang saya ingin tekankan ialah pilihan orang lain boleh diambil kira sebagai cadangan dan panduan tetapi pilihan mutlak dan keputusan masih dan akan tetap berada di tangan bakal pengantin tu sendiri.
Walaupun kita berusaha untuk memberikan yang terbaik buat kedua ibu bapa kita dan ingin membahagiakan mereka, keputusan bagi hal yang akan menentukan kebahagiaan kita sendiri pada masa depan kelak seharusnya difikirkan lebih berat kearah kita sendiri. Lagipun mak dan ayah mana yang tak nak tengok anak diorang sendiri bahagia. Selalunya mak dan ayah juga akan bahagia apabila tengok anak diorang sendiri bahagia. Jadi tak perlu nak difikirkan sangat kebimbangan pasal ni kerana selalunya akan berakhir dengan mak dan ayah serta keluarga yang bahagia InsyaAllah.
Yakinkan mak Aisyah tentang hak dan pilihan Aisyah dalam hal dan tentang mencari jodoh ni supaya mak Aisyah boleh faham dengan betul akan kehendak dan pilihan anaknya. Bawak berbincang dan kalau boleh bawak bersama adik-beradik dan juga ayah sebolehnya sebagai sokongan dan backup. Bawa berbincang tentang pendirian Aisyah dalam hal ni dan kebimbangan Aisyah sendiri kalau perkara seperti ini berterusan tanpa sebarang perubahan.
Yakinkan ahli keluarga Aisyah, tetapkan perndirian, berani meluahkan kebimbangan dan yakin akan kuasa Allah. Ini yang terbaik. Apapun saya doakan yang terbaik untuk Aisyah. Sebarang perkembangan email kami ok 🙂