Nama: Il
Jantina: Lelaki
Salam. Sy ade mengenali seorang perempuan ni. Mula2 tu kiteorg agak rapat juga lah tp lme kelamaan dye makin menjauhi sy. Kdg2 sy pon heran ape salah sy sbnarnya. Kdg2 chat xnk read langsung. Bile sy tnya dgn mngunakan ayt deep, alasan dye hnya xde mood. Sy byk bercakap dgn nya melalui live apps je. Sbb dye xbg nmbr phone n just bg telegram. Tp yg masalhnya makin sy kenal makin sy jatuh cinta kepadanya, makin sy syg kat dye.
Sekarang ni kalau dye live dye anggap sy mcm ade x ada je. Dgn kwn yg lain rancak dye borak tp dgn sy x seperti dlu. Makin hari makin byk perubahan. Adakah ini kesalahan sy? Sy xsuka kalau org x suka sy tp x trus terang. Sy xsuka org pendam sesuatu mengenai sy. Sy lebih suka kan kejujuran dr hanya tipu daya. Tp perkenalan sy dgn dye buatkan sy berubah lebih dekat dgn tuhan. Tp kenapa tuhan gerakan hati sy kenal dgn dyr sebelum ni dgn lg rapat.
Ade satu ketika tu sy bermimpi sy jumpa dgn keluarganya n dye jumpa keluarga sy. Ape niat dye pada sy pada awalnya? Adakah untuk melepaskan geram sbb broken kene tinggal dgn bf? Kenapa perlu buat smpai sy syg n jatuh cinta kepadanya? Kdg2 sebelum tido n masa berdoa sy menangis kerananya. Sy dah minta dye explain segalanya termaksud sy luahkan ape yg di dalam hati sy ni tp masih belum ade jawapan.
Mohon pencerahan agak hati ini tidak lg sakit seperti dlu. Terima kasih.
Sumber: Website Online Form
Waalaikumussalam Il. Lama saya tenung nama awak ni. Unik sangat.
Hmmm.. Il, hati kita sebagai manusia ni memang sifatnya berbolak-balik. Sebab tu Nabi Muhammad SAW doa pada Allah SWT bunyinya begini: “Wahai Zat yang membolak-balikkan hati,” haa tu permulaan doa Nabi untuk minta ketetapan hati pada agama Islam. Siapa yang bolak-balikkan hati kita kalau bukan Allah SWT. It’s human nature. Il cuba duduk fikir sejenak. Pernah tak Il berada dalam situasi perempuan yang Il kenal ni? Pernah tak Il berkawan dengan seseorang, mungkin tersuka dia, tapi lepas tu hati Il beralih. Mesti pernah, kan? Cuba Il tanya diri sendiri, ada sebab yang spesifik tak? Kebanyakan masanya, takde sebab. Kita tersuka sebab hati dah suka, nak buat macam mana. Dan kita tak suka pun, sebab hati dah tak suka. Guane tu. Hati ni memang mengada-ada sikit. Sebab tu tak boleh membabi buta ikut hati! Bahaya.
Sekarang Il dah tahu sifat hati tu macam mana, saya konfiden bagitau dekat Il, kadang tu takde sebab pun seseorang itu menjauh. The heart wants what it wants. Sedih, perit? Ya… memang sakit. Kadang-kadang Il, no answer is an answer. Anggaplah diam dia itu jawapan bagi Il. Jawapan yang mengatakan; nope, I am not interested anymore. Il cuba tengok situasi Il ni dari pandangan orang luar. Bayangkan Il sedang memerhati gelagat Il sendiri dengan perempuan ini. Nombor telefon pun dia tak bagi dekat Il. Buat Il macam Il takde. Kalau benda ni jadi dekat orang lain, apa Il cakap dekat orang tu? ‘Sudah-sudahla tu! Carik yang lain.’ Betul tak? Saya tahu Il dah terjatuh sayang sangat dekat perempuan ni. Tapi cuba lihat dari perspektif berbeza. Mungkin dengan cara ni dapat melunturkan sedikit perasaan sayang tu. Orang tua-tua kata: pinggan tak retak, nasi tak dingin. Haaa sambung.
Assumptions will get you nowhere. Kalau nak cakap pasal soal kenapa jadi begini, kenapa jadi begitu – sampai tahun depan pun takkan habis Il. Hati dan perasaan kita akan datangkan macam-macam sebab. Siapa yang termakan? Il jugak… dia? tak tahu pun Il sedang berperang dengan dahsyat dengan diri sendiri. So please, love yourself and stop this madness. Il nak demand jawapan dengan dia sampai bila? Bukannya Il tak cuba kan? Ya, saya personally pun tak suka bila orang tak communicate kenapa mereka tiba-tiba berubah layanan dengan kita. Tapi makin dah tua ni, dah jumpa macam-macam jenis manusia, saya belajar menerima benda tu sebagai lumrah kehidupan. Setengah orang memang fail sikit bab komunikasi ni. Kalau ikutkan hati nak je jumpa face-to-face and tanya ‘Weh apa masalah kau cuba cerita kat aku,’ kan? Haha… tapi dunia ni takkan pernah jadi macam apa yang kita mahukan. Tapi hikmah dia kat sini, kita akan lagi appreciate orang yang gheti nak berkomunikasi.
Setiap sesuatu pertemuan itu pasti ada sebabnya. Il beruntung sebab dah jumpa satu sebab, which is Il makin dekat dengan Tuhan. Bukan semua orang Tuhan pertemukan itu are meant to stay in our lives forever. Kebanyakannya supaya kita boleh belajar daripada mereka. Kan bagus Il lebih dkt dengan Tuhan sebab benda ni. Mungkin inilah hikmah terbesar. Alhamdulillah.
Tentang mimpi Il tu, anggaplah tak lain hanyalah mainan tidur… kita akan bermimpi tentang perkara yang kita banyak fikirkan. Sisi separa sedar dan sisi sedar kita berkait sangat rapat. Il mimpikan dia kerana Il terlalu sayang dan banyak berfikir tentang dia. Il ambiklah kesempatan kalau terjaga malam tu, banyakkan solat sunat dan berdoa. Doa agar Il diberikan kekuatan dan ketetapan hati to graciously move on daripada mengingati dia. Nasihat saya, Il berhentilah daripada terus menagih atau mengharapkan jawapan daripada dia. Anggaplah dingin dia itu closure atau kata putus dari dia. Dalam hal ni Il selamatkanlah ego Il. Di sini ego kita memainkan peranan.
Saya percaya Il boleh bangkit dan teruskan kehidupan tanpa dia. Proses untuk melupakan seseorang itu tidak senang. But you will get there. Trust me.
All the best Il.