Kali Pertama Berjumpa Terus Masuk Rumah. Adakah Ini Cinta?

Nama: Mizza

Jantina: Perempuan

Assalam doktor cinta. Saya harap doc blh balas kekeliruan sy ni.

Begini, baru2 ni semasa raya puasa, kwn lelaki sy (dah kenal selama 2 thn setengah tp kami berhubung secara online shj dan tak pernah jumpa bersua muka), dtg pertama kali ke rumah sy utk beraya tp sambil tu dia dtg utk menyerahkan dokumen penting tentang hartanah. Sy mmg ada tanya dia, blh tak nk jumpa utk dia serahkan dokumen tu (tp sy tak mention pun suruh dia jmpa kat rumah sy). Tp esoknya dia cakap dah on the way dan tanya blh ke dia nk dth rumah sy? Sy pun jwb boleh saje ( tak kan tak bagi dia dtg plk kan, lagipun hari raya). Dia dtg dgn kwn rapat dia (lelaki, pangkat adik). Jadi sy sebenarnya keliru. Adakah itu first step dia utk kenal sy dgn lebih rapat? (termasuk family sy).

Semasa di rumah sy, dia bersembang dgn mak sy juga. Agak rancak juga lebih2 lagi mak sy mmg suka bersembang. Jd, apa pandangan doc akan perkara ni? Adakah biasa bagi seorang lelaki utk dtg ke rumah perempuan utk pertama kali? Mmg lah org blh cakap “alah raya kan apa nak pelik, just dtg raya”. Tp diaorang tak tahu tu first time kami jumpa dan terus jumpa kat rumah saya. Tu yg sy keliru. Sy mula2 igtkan nk ajak dia jumpa kat luar je tp dia terlebih dahulu tanya blh ke nak dtg ke rumah sy (dia x cakap utk beraya). Kalau ikut logik, org luar (agen hartanah, insurans or etc) tak kan lah nk dtg mudah2 rumah org perempuan kan hehehehe. Selama ni kami mmg berkawan secara wassap je tu pun jarang2 saja sbb dia pun sibuk kerja. Dia tak pernah meluahkan isi hati dia tp sy dapat rasa dia pun mcm sukakan sy tp sy tak berani nak yakin sgt sbb kami pun jarang berhubung.

Ok lah itu saja kekeliruan sy. Harap doc tak penat baca ayat panjang lebar sy ni. Terima kasih doc.

Salam Mizza.

Adalah biasa bagi seorang lelaki untuk datang ke rumah dan bersembang terutamanya dengan ahli keluarga apatah lagi apabila masa tu pula adalah hari raya dan dia juga sedang menyelesaikan tugasnya yang lain. Tiada yang pelik, tiada yang nampak special dan juga tiada yang nampak luar biasa dan perlu difikirkan sangat. Kalau datangnya dia tanpa sebab, ya mungkin adanya agenda tersendiri yang wajib diragui, tetapi ini bersebab dan logik. Sejujurnya datang melawat dan memenuhi jemputan rumah terbuka adalah sesuatu perkara yang baik dan menggalakkan hubungan silaturrahim.

Pandangan kami, usahlah difikirkan sangat tentang kehadiran dan tujuannya datang. Lebih baik berfikir mengenai bagaimana untuk kekalkan hubungan yang sihat dan jikalau mendapat kerestuan dan redha, insyaAllah boleh ke jinjang pelamin. Mizza sendiri boleh merasakan yang dia juga meminati Mizza kan, jadi nasihat kami, teruskanlah berhubung, cuba jadi yang terbaik dan terus berusaha untuk memastikan hubungan ini berkekalan.

Paling penting, berhenti fikirkan perkara yang remeh temeh terlalu panjang lebar. Make it simple and dont over complicate things. Fokus pada perkara yang lebih penting ok!

Aug 8, 2019 | Posted by in Keliru | 0 comments

Add Your Comment

Your email address will not be published.