Nama: Ahmad
Jantina: Lelaki
Hai doktor. Saya ada masalah berkaitan dengan gf saya.Saya muda 10 tahun dari dia. Saya dah berkawan dengan dia hampir 4 tahun dan hubungan kami mula dingin sekitar setahun lebih. Dia dah tak cari saya macam dulu. Saya je yang akan call dan mesej dia. Kami masih berjumpa dan tak putus lagi. Saya ada ajak dia berkahwin dalam tahun lepas tetapi dia cakap bagi dia masa untuk pikirkan. Saya pon ikut la, tak nak push sangat. Dia seperti dah tawar hati dengan saya. Saya saja yang mencarinya, dia tak pernah.
Saya memang sangat terasa hati dengan perangai dia. Saya masih tak berputus asa dengan dia. Saya cuba untuk bertahan. Saya betul sayangkan dia dan memang berniat untuk mengahwininya. Saya pernah tanya kenapa kita jadi dingin tak macam dulu, tapi dia tak pernah nak bagitau kenapa. Pada bulan lepas saya ada meluahkan perasaan kecewa tentang perangai dia dan lusa baru dia meluahkan apa yang dia rasa. Dia cakap ade perangai saya yang dia tak suka. Saya mengaku salah silap saya. Dia cakap nak putus tapi saya pujuk dia untuk bagi saya peluang kedua untuk cuba memperbaiki hubungan ini. Dia bagi peluang kedua tapi dia cakap dia tak tau bila masa hati dia akan terbuka untuk nak berkahwin dengan saya. Saya memang takde orang ketiga dan saya rasa dia juga macamtu.
Saya memang serius dengan hubungan ini. Saya betul-betul sayangkan dia dan nak kahwin dengan dia. Bagi pandangan doktor, bolehkah atau bagaimana saya ingin menawan kembali hati dia yang dah tawar itu? Adakah hubungan ini masih boleh diperbaiki? Bagaimana caranya?
Sumber: Website Online Form
Hi Ahmad.
Percintaan antara Ahmad dan teman wanita boleh tahan lama, jadi adalah wajar jika Ahmad terlalu sayang dan merasakan satu kerugian jika terpaksa melepaskan teman wanita. Sebab itu Ahmad ingin berusaha menawan semula hatinya. Dan saya lihat Ahmad dan teman wanita telahpun rectify ataupun mengenalpasti apakah punca teman wanita Ahmad tawar hati, menurutnya disebabkan perangai Ahmad sendiri di mana Ahmad mengaku kesalahan Ahmad. You got the first step done, which is to communicate. Dalam apa-apa permasalahan hubungan sekalipun, itulah kunci kejayaan – communication.
Tetapi masalahnya di sini, hati yang telah tawar mengambil masa untuk pulih semula. Itu pun kalau pulih! And Ahmad, suka untuk saya ingatkan bahawa hati kita Tuhan yang pegang, bukan manusia. Kalau kita boleh pulihkan hati, dah lama kita dapat siapa yang kita nak. Betul tak? Ahmad harus ingat fakta ini. Ahmad usaha macam mana sekalipun, jadi version Ahmad yang terbaik sekalipun, the heart wants what it wants. Tak kisahla usia percintaan 10, 20 tahun sekalipun. Maksudnya jodoh atau pinjaman Tuhan itu telahpun luput. Hatinya sudah berubah.
Takdir boleh diubah dengan doa yang bersungguh-sungguh. Sebelum dan semasa Ahmad melakukan usaha untuk memenangi semula hati teman wanita, Ahmad haruslah banyakkan berdoa pada Allah SWT untuk bukakan hatinya semula untuk menerima Ahmad sebagai suami. Bangun malam bertahajud dan solat istikharah.
Antara usaha lain yang Ahmad boleh cuba, teruskan whatsapp atau call dia macam biasa, tapi tak perlula sampai spam. Beri ruang. Jika dia tidak layan, you can try another day. Tak perlu sehingga dia rimas, kerana saya pasti dia pun sedang banyak berfikir. Berkahwin dengan seseorang bukanlah satu keputusan yang mudah. Jika Ahmad rapat dengan ahli keluarganya, Ahmad boleh cuba menilik keadaanya dari adik-beradik atau ibu bapanya. Ambil hati mereka juga. Mungkin Ahmad boleh menziarahi mereka dan menyatakan hasrat Ahmad untuk berkahwin dengan anak mereka. Dari situ boleh nampak keseriusan Ahmad. Mana tahu, ahli keluarganya akan memujuk teman wanita untuk menerima Ahmad? To a lot of girls, effort means the world.
Dalam pada itu Ahmad juga banyakkan refleksi diri dan bermuhasabah. Menjadi ketua keluarga bukanlah satu tugas yang mudah. Saya sarankan Ahmad banyak hadirkan diri ke seminar atau ceramah pengurusan rumahtangga dan kewangan. Sambil santai-santai tu bukakla youtube, cari ceramah Mufti Menk on marriage. Banyak juga yang menarik. Persiapkan diri Ahmad dahulu, not just as a future husband but to be a better man. Percayalah, Allah SWT akan balas dengan penuh hikmah.
Hi Doctor. Saya ada masalah dengan wanita yang saya kenali dari laman cari jodoh. Diawal perkenalan semua ok… tempoh perkenalan baru 4 bulan… tapi saya baru jumpa dengan dia sekali baru2 ini… tapi dia kata sudah tawar hati dengan saya sebab sebelum ni saya jarang untuk bermesej dengan dia. Saya akui kesilapan saya. Sekarang kami dah buat keputusan untuk tida meneruskan hubungan ini. Sebab dia sudah malas untuk berfikir tentang jodoh dan suruh saya mencari orang lain yang ada effort untuk berkahwin.Saya juga telah meminta persetujuan dengan dia untuk bertemu dengan keluarga dia , tetapi dia tidak bersetuju , dia kata hati x boleh nak dipaksa. Walaupun kami dah buat keputusan ini, saya masih memikirkan dan sayangkan dia. Adakah cara untuk saya kembali dengan dia yang sudah tawar hati. Harap doktor boleh bantu saya.