26 June 2025

Siapa Di Hatimu: Aku Atau Ego?

Nama: Diana

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum. Saya ada masalah dgn bf sy. Dia sakit hati sebab ternampak gambar dgn ex tunang. Sy cuba explain tapi dia still ego dgn diri dia. Saya dah puas pujuk dia tp dy tetap dgn pendirian dia. Dia cakap ambil masa lama untuk hilangkan sakit hati. Dia langsung xnk contact saya. Hari2 saya sedih dan menangis puas saya cuba pujuk dia.

Apa saya harus buat? Saya sayang dia sgt2.

Sumber: Website Online Form

Wa’alaikumussalam, Diana.

Cemburu ini lumrah manusia sejak azali lagi. Tetapi, kita harus pandai menilai atas dasar apa cemburu ini terjadi adakah kerana “insecure” atau atas dasar mahu “control” awak. Semestinya ada pelbagai motif lain yang menyebabkan cemburu ini terjadi, ini terpulang untuk Diana menilai kerana saya tidak berdiri di tempat awak.

Komunikasi ini penting, jelaskan lah pada dia perasaan sebenar awak dan berikanlah kata-kata jaminan atau “reassurance” tentang dia didalam kehidupan dan hati awak. Selain daripada komunikasi, cara pasangan kita menangani masalah juga penting. Ego, walaupun normal, akan jadi bermasalah jika tiada usaha untuk membendungnya sama sekali. Iya, hidup bercinta haruslah ada tolak ansur tetapi sejauh mana harus kita bertolak ansur demi cinta?

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.