Nama: Syirag
Jantina: Perempuan
Assalamualikum. Saya dan bf ni macam tidak bercinta, contohnya sampai tidak berchat. Dia pernah menanyakan saya kalau mahu break, tapi kedua2 tidak mahu tetapi dia menganggap saya seperti bukan pasangannya.
Hari2 saya makan hati dengan perangai dia. Patutkah saya lepaskan dia atau bertahan?
Sumber: Website Online Form
Salam.
Apa yang Syirag kena lakukan sekarang ni ialah mintak kata putus dari dia. Mintak jawapan dari dia; sama ada putus atau teruskan. Jikalau dia pilih untuk teruskan, mintak dia berubah dan mula tunjukkan effort dan kasih sayang yang Syirag berhak dapat. Kalau dia nak teruskan tapi perangainya masih sama, saranan kami, angkat kaki dan cari yang lain. Kalau dia pilih putus sekalipun, mungkin itulah yng terbaik intuk Syirag.
Saya yakin Syirag masih muda. Jangan sia-siakan masa muda dengan hubungan yang bersifat kebudak-budakkan. Sangat tak berbaloi.
Nama: Eri
Jantina: Lelaki
Hai doktor cinta. Saya ada masalah dengan kekasih saya. Dia telah tawar hati dengan saya. Kisahnya berpunca silap saya, saya seorang yang susah mengawal emosi suatu hari kami bergaduh dan saya tanpa sedar mintak break. Hati dia hancur katanya, dia sedih orang yang dia sayang sanggup buat begitu sekali. Tapi saya pernah tanya dia sayang saya lagi tak dan dia kata sayang. Dia kata saya yang terakhir.
Boleh bagi tips apa harus saya buat untuk menang hati dia kembali?
Sumber: Website Online Form
Hai Eri.
Emosi ni sebenarnya memang susah nak dikawal lagi2 apabila kita dalam keadaan yang genting apatah lagi bergaduh. Banyak yang boleh jadi kalau tak dikawal dengan baik. Apa yang kami faham, mungkin Eri terlepas cakap dan tak langsung berniat untuk sakitkan hati si dia. Mulakan dengan mintak maaf, jadi jujur dan hormati pilihannya.
Jangan mendesak, baginya peluang dan dalam masa yang sama cuba ingatkan semula memorinya dengan kenangan terindah yang korang pernah layari bersama. Dari apa yang kami faham, masih ada peluang untuk menangi hatinya semula. Kalau kena gaya insyaAllah boleh dipulihkan kembali hubungan ini. Jangan mendesak dan take it slow and steady ok!
Nama: Abdul
Jantina: Lelaki
Saya dengan ex saya ni dah break 6bulan yg lepas, lepastu saya ni nak getback balik sebabkan saya perlukan dia dalam hidup saya. Break sebelum ni pun sebab saya ego masatu. So saya nak getback dgn dia and dapat tahu dia dah pernah tidur dgn laki lain. Dalam masa yg sama saya tak give up sampai sekarang nak sama-sama berubah dgn dia sebb dulu pun kami dah pernah bersama so sekarang ni dia dah tawar hati dgn saya.
Saya niat baik untuk Allah nak bertanggungjawab atas semua benda yang dah jadi. Saya ikhlas sangat tapi dia tolak and dia kata kalau nak getback balik pun bukan sekarang masanya.
So apa yang saya nak kena buat? Saya terlalu care sangat dgn dia and saya takut dia berubah jadi buruk buat perkara yg tak baik dgn orang lain. Saya perlu kan pandangan dari orang yg berpengalaman.
Sumber: Website Online Form
Ego. Semua orang mesti ada ego mereka yang tersendiri. Apa yang membezakan setiap orang ialah bagaimana mereka mengawal ego mereka. Jelas disini Abdul gagal mengawal ego sendiri yang akhirnya memakan diri.
Apa yang lepas biarlah lepas, janganlah diungkit, janganlah dijadikan faktor pergaduhan dan janganlah mencari salah satu sama lain. Mungkin si dia perlukan masa dan betul, dia memang berhak diberikan masa setelah apa yang Abdul telah lakukan kepadanya. Sentiasa ada bila diperlukan dan cuba bimbing satu sama lain dalam mendekatkan diri kepada Allah. Harapnya dengan perubahan ini dapatlah menawan hatinya semula. Harapnya si dia dapat, rahmat ilahi juga dapat.
All the best and jangan give up!
Nama: Ika
Jantina: Perempuan
Hai .ni cerita saya. Dulu waktu bercinta saya d kejar2. Bila dah 6 tahun jalani hubungan dia dah mulai bosan asyik marah.
Sumber: Website Online Form
Makin lama melayari bahtera makin banyak salah silap pasangan akan nampak dalam diri satu sama lain. Ini sebenarnya boleh mematangkan sesuatu hubungan juga boleh memecahbelahkan. Cuba terima baik buruk satu sama lain dan bersama-sama usaha untuk berubah ke arah lebih baik. Ingat, ini usaha kedua-duanya sekali, bukan one sided punya effort ok!