Dia Hanya Sukakan Kecantikan Diriku. Adakah Ini Cinta?

Nama: Anne

Jantina: Perempuan

Hi. Saya tidak pernah merasakan begini dengan orang lain pun. Setiap kali terjumpa atau dia ada berdekatan, jantung saya akan berdebar-debar dan kaku walaupun hanya gambarnya lewat di laman sosial. Apakah ini cinta? Sudah 12 tahun jadi begini. Setiap kali saya cuba mengelak dari bertemu si dia kerna saya pernah terdengar yang dia cuma suka pada kecantikkan rupa saya sahaja.

Hi.

Cinta can be a lot of things dan cinta juga boleh dizahirkan melalui pelbagai cara, medium, tingkah-laku, tindak-balas dan macam-macam lagi. Kalau hanya jantung yang bergerak laju dan berdebar-debar serta kaku tingkah laku, susah untuk kami sahkan yang ini adalah cinta. Boleh jadi ini cinta, boleh jadi hanyalah perasaan semata-mata. Tetapi kalau perasaan yang sama masih lagi bertahan selama 12 tahun lamanya seperti yang Anne alami sekarang, kami rasa ini adalah sesuatu yang serius dan perlu dizahirkan dan diluahkan secepat mungkin.

Kecantikan boleh menjadi satu faktor yang kukuh dalam percintaan. Tak salah untuk seseorang menyukai sesuatu perkara yang cantik dan juga agak tak adil untuk menyifatkan seseorang hanya sukakan paras rupa jika belum mengenali hati budinya dengan lebih mendalam. Mungkin dia sukakan sifat dan personaliti Anne sendiri lebih daripada rupa paras Anne? Mungkin?

Apa pun, kami disini amatlah mengharapkan agar Anne sendiri cuba mengenali hati budi si dia dengan lebih mendalam, mengenalinya luar dan dalam sebelum membuat sebarang kata putus. Kami tak mahu derita menunggu dan menanti yang sekarang sudah mencecah 12 tahun bertambah lagi dari tahun ke tahun.

Aug 30, 2019 | Posted by in Keliru | 0 comments

Bercinta Dan Berkasih Sayang Nak, Kahwin Tak Nak.

Nama: Amira

Jantina: Perempuan

Kami berkawan dah lama tapi pasangan saya tak ada perasaan untuk menghalalkan saya, dan dia cakap dia bercinta saja nak menghalalkan belum ada niat.

Apa guna bercinta kalau bukan nak sampai ke jinjang pelamin? Kalau just sekadar untuk suka-suka isi masa lapang so tak bosan baik tak payah. Baik bela kucing je sama jugak konsepnya. Tak paham sungguh pemikiran orang zaman sekarang.

Aug 26, 2019 | Posted by in Keliru | 0 comments

Crush Aku Adalah Junior Aku Sendiri. Boleh Ke?

Nama: Cuniey

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum. Saya hanya nak pendapat sahaja. Ini adalah kali pertama saya tercrush dengan junior dekat junior tempat saya belajar. Btw sekarang kami berkawan dan ada satu ketika kami pernah keluar bersama dan semenjak itu saya terasa lain macam dengan dia. Selepas kejadian kami keluar bersama perasaan suka dekat dia semakin menjadi jadi. Sampai sekarang saya tak tahu macam mana nak luahkan perasaan ini dekat dia.

Saya rasa blur nak bagi ayat apa permulaan untuk luahkan dekat dia. Ada satu ketika dia demam pastu saya macam rasa saya ni menyerlah sangat caring tentang dia bagi ubat bagai kat dia. Yang bermain dalam pemikiran sekarang patut ke saya luahkan perasaan saya dekat dia atau sebaliknya. Saya nak tips daripada doktor cinta untuk mulakan perbualan untuk menyatakan saya suka dia.

Salam Cuniey.

Percintaan sebenarnya tak complicated. And takda sekalipun kami faham yang cinta ni semestinya dan seharusnya dan sewajibnya terdiri daripada lelaki yang lebih tua daripada perempuan. Cuma apa yang terjadi sekarang ni, ramai yang menggunakan konsep ini untuk justify pilihan pasangan masing-masing dan juga menganggap perempuan yang memilih lelaki yang lebih muda adalah salah. This is wrong. Setiap orang berhak untuk memilih pasangan sendiri. Tua, muda, gelap, cerah, tinggi, rendah, hensem, tak hensem everything is actually a personal preference dan harus diingat pilihan peribadi adalah berbeza bagi setiap orang dan takkan pernah sama 100%.

Pandangan kami, Cuniey dah mula tanam perasaan kasih dan sayang kat crush Cuniey sendiri tu. Junior atau tidak ini bukan masalah. Ramai yang ke jinjang pelamin berlainan umur dimana perempuan lebih tua daripada lelaki dan trust us ini bukannya masalah langsung. Ini lumrah. Take your time and make sure crush Cuniey tu betul-betul bersedia fizikal dan mental untuk terima berita mengenai perasaan Cuniey sendiri. Terkadang faktor umur mempengaruhi pemikiran dan kebolehan berfikir dengan matang sesorang, jadi Cuniey perlu make sure dia betul-berul bersedia sebelum meluahkan perasaan. Jangan takut untuk luahkan perasaan kerana hakikatnya kita cuba meringankan beban diri kita sendiri di samping mencari kata putus untuk masa depan kita sendiri.

Perlu diingat dalam hal sebegini, kematangan seseorang memainkan peranan yang penting. When the time comes you will know.

Aug 9, 2019 | Posted by in Percintaan | 0 comments

Aku Biadap, Cemburu Dan Kuat Merajuk. Patutkah Aku Diberi Peluang Kedua?

Nama: Shifaa

Jantina: Perempuan

Hi doktor cinta. Saya baru je putus dengan partner sebab sikap saya yang kadang kadang biadap, cemburu, merajuk. Dulu dia selalu sabar dengan saya. Kalau saya minta putus, he will try to refuse and hold onto me. Tapi malam tadi, semua dah berakhir. Dah tiga hari dia ignore ws saya. Saya cuba untuk minta maaf dan explain this and that, tapi dia tak respond to any of my chats. He remove his dp ws yang ada dengan saya and my photos dekat his soc med semua habis dia remove. Because once i said to him, bagi kata putus by giving me any hint, nak atau taknak, perlukan saya lagi ataupun tidak, give me a hint. By removing my photos on your ig, removing our photo together on your dp ws, bukan dengan leave me hanging mcm ni dengan satu chat dari dia pun saya tak terima. Saya sayang dia. Saya nak ubah balik keadaan kami. Tapi sebab dia dah fedup dengan saya, dia dah tak perlukan saya. I dont think what im going to do is gonna workout, kan? But still, I need your help. Please.

Hai!

Terkadang kita lupa dengan apa yang ada depan mata dan terima seseorang seadanya. Kalau dulu dia sabar, memahami dan selalu berusaha dan terima keadaan Shifaa seadanya, kami tak rasa perlu untuk buat dirinya tidak selesa dengan perangai Shifaa tu.

Lelaki juga insan yang boleh merajuk dan tawar hati. Kalau merajuk, masih lagi ada peluang untuk dipujuk dan dipikat semula hatinya. Tetapi kalau betul-betul sudah tawar hati dan sudah muktamad dengan pilihan hati, inilah keadaan yang paling sukar untuk diperbaiki. Sukar mungkin, tak masuk akal jugak mungkin. Lelaki, juga seperti perempuan, punyai hati dan perasaan. Inilah bahagian yang jarang perempuan ambil berat kerana asyik fokus kepada dirinya sendiri berbanding orang lain di sekeliling.

As of now, mungkin perlu bagi dirinya peluang untuk cool down dan cuba slow talk balik bila nampak macam dia dah tenang sikit. Kalau kena dengan caranya mungkin ada peluang. Tapi kalau betul dah sampai tahap yang parah, well sorry to say maybe Shifaa just have to move on.

Kami doakan yang terbaik and again, jadilah matang and stop with all this childish behavior, such as sikap biadap, cemburu and merajuk dalam perhubungan. It is not healthy.

Aug 6, 2019 | Posted by in Percintaan | 0 comments

Kompilasi Luahan Dan Masalah Cinta Serta Pendapat – Bahagian 1

Nama: Nasrul

Jantina: Lelaki

Saya mahu tackle crush saya tapi tidak tahu bagaimana nak bagi dia interesting dekat saya

Ini bukan main ragbi nak tackle bagai.

Sebagai permulaan apa kata ajak keluar makan or lepak sama2 dulu tengok ngam ke tak. Orite?

Nama: Nadzirah Ali

Jantina: Perempuan

Salam doktor cinta. Sy harap doktor bole balas mesej sy. Sy nak tanya. Kenapa sy rse sedih lepas menolak ex pakwe sy utk berbaik. Dia nak berbaik ng sy tp sy bgtahu sy takut utk bercinta semula sbb takut kecewa. Selama dia wasap sy, sy selalu buat endah x endah sbb sy takut kecewa mcm sebelum ni. Tp sy x tahu knp skrg sy rse sedih lps tolak dia. Apa perlu sy buat?

Salam. Apa yang kami tahu, masalah ini lebih kepada kecelaruan perasaan dan keinginan. Keadaan sekarang seperti Nadzirah sendiri yang tak tahu apa yang Nadzirah nak sebenarnya. Sejujurnya tanya diri sendiri, nak kat si dia ataupun tidak. Kecewa atau tak tu benda yang akan datang seterusnya. Memang betul takkan ada kekecewaan kalau tak mencuba, tetapi Nadzirah juga perlu sedar yang tanpa mencuba cinta dan kasih takkan hadir. And btw, jangan sedih-sedih selalu ok!

Nama: Awin

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum, saya ada seorang pensyarah yang masih bujang yang turut mengajar kelas saya, tetapi setiap kali kelas, dia selalu mengusik saya. Sekejap kata saya lawa, sekejap kata saya hitam. Walhal saya bukannya rapat sangat dengannya. Saya seorang yang pendiam. Ini juga sangat kerap berlaku, dan yang terbaru adalah pagi tadi. Rakan-rakan saya mula syak yang bukan-bukan seperti pensyarah itu sukakan saya la, saya ada hubungan dengan dia la. Saya tidak berpengalaman dalam bab perasaan. Pada pendapat doktor cinta, adakah pensyarah saya menaruh harapan terhadap saya, atau dia hanya ingin mendekatkan diri dengan saya sebagai pensyarah dan pelajar sahaja?

Waalaikumsalam. Pertama Awin perlu sedar yang setiap manusia ada perasaan dan berhak menaruh hati kepada insan yang lain. Pensyarah, doktor, malah tukang sapu sampah sekalipun mempunyai fitrah yang sama dimana kita tak boleh lari daripada kasih dan perasaan. Kedua, Awin juga perlu tahu yang hubungan antara pelajar dan guru/pensyarah bukanlah sesuatu yang salah selagi adanya batas profesional dan tidak melanggar mana-mana undang-undang dan peraturan.

Nasihat kami, make sure semua perkara yang berlaku berada di dalam batas profesionalisma dan seharusnya terus bertanya kepada pensyarah tersebut untuk pengesahan. Tak salah untuk bertanya straight to the point demi mendapatkan penjelasan. Ada baiknya mendapatkan jawapan dan pengesahan secepat mungkin sebelum perkara ini berlarutan dan menjadi makin sukar untuk dikawal. Tanya untuk dapatkan pengesahan ok!

Jul 23, 2019 | Posted by in Jiwa Kacau, Percintaan | 0 comments

Patutkah Aku Memilih Doktor Gigi Sebagai Pengganti?

Nama: Maria

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum. Saya Maria, saya bercinta dengan seorang lelaki sebaya dengan saya. Dah hampir 6 tahun dan sekarang dalam proses perkahwinan. Dia sangat baik dan jujur menyayangi saya. Saya juga begitu.

Saya ada masalah gigi dan telah pergi ke klinik gigi. Saya mencari doktor perempuan untuk merawat gigi saya. Setelah sampai di klinik ternyata doktor lelaki. Saya tak tahu kenapa pikiran saya dekat doktor tu sahaja. Kali pertama pergi tak rasa apa. Setelah treatment ke 2 semakin ingat pula dekat doktor tu. Adakah perasaan ni nak menguji hubungan saya dan teman lelaki saya sahaja?

Salam. Sekarang ni saya sendiri tak faham mana yang lebih penting. Sama ada doktor gigi yang baru sekali dua berjumpa ataupun pasangan yang tak lama lagi akan berkahwin setelah 6 tahun mengenali hati budi.

Tak perlulah saya menipu dan berdalih lagi sebab ternyata apa yang Maria sedang hadapi sekarang ini merupakan satu ujian. Jadi janganlah mudah terpedaya dan termakan dengan pujukan rayu ataupun keinginan diri yang membara sekarang tu. Itu bukannya cinta, bukannya sayang, tetapi hanyalah ujian. Ingat Maria, ujian.

Melainkan memang Maria sendiri yang nak berpisah dan sedang mencari alasan. Kalau inilah niat sebenar, jadi kami sendiri tak dapat nak tolong. Maria oh maria.

Jul 18, 2019 | Posted by in Jiwa Kacau | 0 comments

Lembutkan Hati Si Dia Dengan Usaha Dan Tak Putus Asa!

Nama: Riy

Jantina: Lelaki

Ex gf saya ni jenis keras kepala tapi saya dgn dia baru je lps break tapi saya nk pikat hati dia lgi. Dia break dgn saya sbb dia dah tawar hati dgn saya. Bt masa skrg kami tak bertegur sapa dan saya prnh chat dia jgk tpi dia mcm tak nak layan saya tpi saya still tdk putus asa nk pikat hati dia blik. Saya tdk psti dia boleh menerima saya kembali atau tak tpi saya akan cuba sedaya upaya saya utk pikat hti dia kembali. Saya dgn ex saya tu 1 kelas so bila saya ckp dgn dia mcm mrah2 ja bila org lain ckp dgn ex saya tu dia layan oky ja. Doktor cinta ada tak tips utk lembutkan hti ex saya kmbali?

Cara lembutkan hati ni susah sikit. Tak ada satu cara yang betul2 berkesan melainkan kita cuba semua kemungkinan satu persatu. Tapi satu perkara yang kami pasti dan yakin boleh menjadi faktor keberjayaan proses pujuk memujuk ini ialah usaha.

Yes, usaha tu teramatlah penting. Ada pasangan yang lebih pandang pada usaha seseorang daripada apa yang dia cuba buat. Contohnya macam nak pujuk dengan coklat. Selalunya nak pujuk nak nampak grand orang akan bagi ferrero rocher, coklat mahal berjambak berkotak and all. Tapi kalau kita mampu beli cadbury satu papan kecik pun kadang2 si dia tu da happy sangat. Usaha. Yes ini yang selalunya si dia akan pandang.

Cakap kasar, marah2 tak bagi muka time merajuk tu lumrah. Lagipun baru lepas break kan, what do you expect? Bagi dia masa and jangan berhenti berusaha. Lembutkan hati dia dengan usaha dan percubaan untuk baiki balik hubungan. Kalau kena cara konfem menjadi. Semoga berjaya!

Jul 18, 2019 | Posted by in Percintaan | 0 comments

Dapatkan Semula Si Dia Yang Tawar Hati.

Nama: Azri Anuar

Jantina: Lelaki

Hi saya ada msalah tentang percintaan. Sebenarnya saya baru lps break dgn girlfriend saya disebabkan tawar hati. Saya perlukan tips utk dapatkan girlfriend saya balik yg sudah tawar hati. Bnyk cara sdh saya lakukan utk dptkan dia kembali tpi tk berhasil. Ex-girlfriend saya ni jenis klau dia kata A tu A la tiada pilihan lain dah. Tpi saya masih sayang dkt dia saya hnya mampu berharap utk dptkan dia blik dan tidk putus asa. Saya merancang utk berkawan dgn ex-girlfriend saya kembali dan pikat hati dia kembali. Adakah doktor cinta rasa saya boleh dapatkan dia kembali? Klau boleh tolong beri tips utk saya pikat kembali bekas kekasih saya itu. Saya harap doktor cinta balas dgn cpt.

Salam. Benda tawar hati ni susah sikit. Kalau betul dah tawar hati level yang paling tawar, kadangnya buat apa sekalipun susah sangat untuk kembali terpaut. Tapi ini tak bermaksud yang kita patut give up dan tak mencuba langsung. Cinta tak boleh give up. Kena cuba habis baik.

Pertamanya, cuba ingatkan balik tentang segala kenangan diantara korang berdua. Semua kenagan manis, pahit, sedih semua tu cuba ingatkan balik. Biar memori dia yang lakukan kerja supaya dia sendiri sedar semua effort yang dia dah letak untuk hubungan tu selama ni bukanlah satu benda yang patut dipersiakan.

Kedua, cuba pikat dan flirt balik si dia seperti awal di perhubungan dulu. Kalau dulunya masa mula berkenalan bagi hadiah teddy bear, maka kali ni cubalah buat semula benda yang sama. Memori kadangnya boleh jadi faktor yang sangat kuat.

Harap cukuplah dahulu 2 tips. Moga dipermudahkan!

Jul 12, 2019 | Posted by in Percintaan | 0 comments

Kekal Setia Walau Dah Terlanjur.

Nama: Sofia

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum. Saya benar-benar keliru dan ragu. Tolong bantu saya begini ceritanya. Saya dan teman lelaki sy En.M sudah menjalinkan hubungan selama 9bulan. Sejak mengenali dia saya akui saya jatuh cinta dan semakin hari rasa sayang itu tidak dapat dibendung lagi. Seawal hubungan kami. En M tidak pernah menunjukkan satu perasaan sayang seperti mana rasa sayang saya pada dia. Sehingga hari ini, kami tak pernah bertanya khabar melalui panggilan telefon. Kami sekadar bersms sahaja.

Dia seorang yang sangat sibuk bekerja dan seorang yang pentingkan family dan ramai kawan. Saya akui hubungan kami sejak 8 bulan lepas tidak mesra. Sehingga masuk bulan ini. Awal bulan ini. Dia menyatakan bahawa sebelum ini dia sukar untuk menerima saya dalam hidupnya kerana masih sayangkan bekas kekasihnya. Betapa hancur hati saya ketika itu sedangkan untuk pengetahuan dr.cinta kami pernah melakukan kesilapan yang cukup besar dalam hidup kami. Tetapi kami berdua telah berjanji agar tidak mengulanginya lagi kami sudah bertaubat. Sehingga hari ini dia masih bersama saya.

Kami bercadang untuk berkahwin. Tetapi permasalahan yang saya hadapi adalah adakah dia sudah benar2 menerima diri saya dalam hidupnya? Sebelum ini, saya tahu dia ada layan beberapa perempuan lain. Tetapi disebabkan saya sudah sayang dan kami pun pernah bersama sukar untuk saya berpisah dengannya. Saya maafkan walau saya sering terasa hati dengannya. Sebelum ini juga dia kata pada saya bahawa saya seorang yang membosankan tetapi akhirnya dia memujuk saya. Saya menerima dia dan saya maafkan dia. Dia juga bagi semua password account fb, insta dan wechat kepada saya. Sy benar2 ragu adakah dia benar2 sayang saya menerima diri saya.

Walaupun dia tidak mahu berpisah dengan saya sering memujuk saya memeberi janji akan berkahwin dan akan datang berjumpa family saya pada raya nanti. Layanan dia pada saya masih sama seperti sebelum ni. Sms sering lambat balas tidak pernah call. Sering tak sms kalau bersama family dan kawan2. Tetapi bila dia sedar sy terasa hati dan merajuk dia akan memujuk saya kembali. Sy ragu2 saya sayangkan dia lebih dari segala2 nya. Saya takut untuk berpisah dengannya dan hidup saya sangat bergantung kepadanya. Saya tak boleh hidup dan tak ada semangat bila dia tiada bersama saya. Saya sering jadi pemarah kerana memendam rasa terhadap layanan dia kepada saya. Dia mengatakan dia sayang dan rindu saya tetapi perbuatannya sering kali membuat saya rasa tersinggung seolah2 saya tidak wujud. Saya cuma ingin dihargai.

Tidak pernah ke dia nampak keikhlasan saya menyanyangi dia. Walau banyak kesilapan dia pada saya. Saya tetap menerima dia segala keburukan dia, walau hati saya sering terluka sehingga ke hari ini. Bantulah saya. Saya sangat buntu. Saya benar2 tidak tahu apa yang dia mahukan apa yang saya patut lakukan agar saya tidak terasa hati lagi dengannya.

Salam.

Masalah yang jelas dan nyata yang saya boleh cakap ialah Sofia amatlah mudah termakan dengan janji manis seorang yang bernama lelaki. Tapi saya tak salahkan Sofia sepenuhnya sebab saya tahu lelaki memang boleh jadi semanis yang mungkin apabila berdepan dengan perempuan.

Keterlanjuran yang dah lepas tu biarkanlah lepas. Tak perlu diungkitkan lagi dan tak perlue menyesali lagi. Apa yang dah berlaku biarkanlah berlaku. Cukup dengan Sofia teruskan hidup ke arah yang lebih baik dan berusaha untuk perbaiki diri untuk jadi yang lebih baik. Apa yang perlu Sofia buat ialah bertaubat dan usaha tanpa henti untuk dapatkan keredhaan Allah seterusnya peroleh hidayah dan tabah hadapi dugaan yang mendatang kelak.

Teman Sofia, Encik M bagi kami hanyalah lelaki bujang biasa yang ternyata masih belum bersedia untuk ke tahap seterusnya. Biasa bagi lelaki muda untuk kerap menghabiskan masa dengan rakan dan aktiviti lain sehingga mengendahkan temannya sendirian. Tambahan pula Encik M tu sendiri masih dalam proses untuk cuba menerima Sofia. Proses penerimaan ni mengambil masa dan tentunya penantian sebegini rupa pastinya terselit perasaan dengki, cemburu, sakit hati, tertekan, stress dan sebagainya.

Bagi saya, ini hanyalah proses penerimaan yang memakan masa yang panjang. Lelaki juga ada proses penerimaannya sendiri dan ada kalanya mengambil masa yang amat lama, malah ada yang sampai bertahun lamanya. Dari apa yang saya baca mengenai Encik M yang Sofia ceritakan, dia tidaklah seteruk kisah lain yang pernah saya baca. Dia masih lagi kekal setia walau sudah terlanjur dan juga masih mencari masa untuk memujuk dan berhubung dengan Sofia walau hubungan diantara Sofia dengannya tidaklah seperti kisah cinta luar biasa.

Bercakap mengenai kecurangan, dari apa yang Sofia ceritakan, boleh saya anggap yang Encik M tidak curang atau mempunyai perempuan simpanan lain. Tetapi, saya takkan menolak kemungkinan ini kerana sepertimana lelaki mempunya sifat yang bermacam perangai dan jenis, mereka juga licik dan pandai mambuat helah. Sifat lelaki yang macam ni, kalau tak diselidik dengan terperinci tentunya akan bawa kepada masalah yang lebih besar kelak.

Nasihat saya untuk Sofia, berikan Encik M masa untuknya membuat keputusan tetapi berikanlah had masa yang sesuai untuknya berfikir. Jangan kerana terlampau memberi ruang, Sofia terpaksa tunggu bertahun lama lagi semata-mata untuk merasai kebahagiaan seperti pasangan bahagia yang lain. Ingat pesanan saya, ruang dan masa itu perlu, tetapi seharusnya sesuai dan memadai.

Jun 24, 2015 | Posted by in Keliru | 2 comments

Kisah Adik Angkat Dan Cemburu Buta.

Nama: Sweet

Jantina: Perempuan

Emm saya ada seorang adik angkat lelaki. Dulu dia layan saya baik je jaga hati saya tak pernah bagi saya terluka. Tapi semenjak dia ada adik angkat knape dia layan adik angkat lebih dari saya? Setiap hari saya tunggu dia chat saya tpi saya slalu dgar adik angkat dia cerita kat saya yang mereka selalu chat. Kenape dia buat camtu kat saya, saya tak pahamlah.

Adik angkat kakak angkat abang angkat semua nak angkat, apa yang bestnya?

Kalau nak dikira hubungan adik angkat kakak angkat ni sebenarnya kawan je. Tak lebih, tak kurang. Takde istilah cinta takde istilah sayang. Jadi kenapa perlu ada cemburu? Kalau betul dah jatuh hati kenapa still pakai istilah angkat ni semua?

Ni semua kes cemburu la ni. Kalau dia tu just adik angkat semata-mata kenapa perlu cemburu kalau dia ada hubungan lain. Sedangkan korang pun tak ada hubungan istimewa, kenapa nak berlagak macam pasangan suami isteri pulak?

Grow up and please be matang. Kalau diri sendiri tak boleh jadi matang jangan berangan nak ada hubungan yang serius.

Peace.

Jun 23, 2015 | Posted by in Jiwa Kacau | 2 comments