Nama: Afiq
Jantina: Lelaki
Assalamualaikum. Sya dah break dgn ex gf sya dalam 4-5 bulan yg lepas. Sya masih sayangkan dia sama seperti dulu. Lepas break kami tak pernah contact langsung. Sya nk hbungi dia tapi sya rasa takut. Sya tekad nak dapatkan semula hati dia tapi sya tak tahu mcm mana caranya.
Boleh sya dpatkan tips dan adakah jika sya tunjuk effort, dia akan nampak dan terima saya balik?
Sumber: Website Online Form
Hai Afiq.
Pertama sekali, saya amat bersimpati dengan hubungan cinta awak dan si dia yang telah pun terputus di pertengahan jalan. Saya juga tidak pasti atas alasan apa awak dan si dia berpisah. Tapi saya mengagumi sikap awak yang masih setia menyayangi si dia walaupun sudah tidak berhubungan lagi dengannya.
Pada pendapat saya, mungkin ini lah masa yang sesuai untuk awak kaji semula apa yang awak telah lakukan dalam hubungan ini. Improve semula diri awak. Mungkin dahulu awak jarang tunjukkan sayang pada dia, mungkin juga dahulu awak seorang panas baran. Senaraikan semua perkara negatif dalam perhubungan lalu, dan cuba tambah baik daripada situ.
Saya faham, sudah 4 ke 5 bulan kalian tidak berhubungan. Mungkin awak pun agak kekok kalau awak nak mulakannya semula. Mungkin juga dia rasa begitu. Sekiranya awak bertekad untuk memenangi hatinya semula, boleh cuba tips ini. Selepas awak dah tambah baik semua perkara negatif tu, awak boleh mula berkawan semula dengan si dia. Mulakan daripada kawan seperti mana awak mula – mula berkenalan dengan si dia, semasa mula – mula ingin mengambil hatinya. Tapi kali ni awak dapat advantage , awak dah tahu kelemahan dia, awak dah tahu dos and don’ts dalam hubungan awak dan dia.
Tak salah pun jika awak cuba berkawan semula dengannya. Mana tahu awak bakal perolehi peluang kedua bersama si dia. Sekiranya tidak pun, awak dah jadi orang yang lebih baik daripada dulu. Good luck!