20 April 2024

Dia Bukan Kawan Biasa. Namun Bukan Aku Pilihannya.

Nama: Nurul Syazwani

Jantina: Perempuan

Assalammualaikum.

Saya Nurul. Saya nak kongsi, minta pendapat dan pandangan daripada doktor cinta. Saya ada berkawan dengan seorang lelaki yang bernama Adam berusia 27 tahun. Masa mula mula kami berkawan Adam mempunyai gf yang bernama Amira. Pada mulanya saya dan Adam hanya berkawan biasa, tetapi lama kelamaan kami menjadi semakin rapat sehinggal timbul perasaan sayang antara satu sama lain. Saya dan Adam berjumpa dan contact hampir setiap hari tanpa pengetahuan Amira. Dalam kami berkawan rapat kami selalu bercakap berkenaan dengan perasaan sayang yang hadir antara saya dan Adam. Lepas setahun Amira dapat tahu yang kami berkawan rapat dan Amira meminta saya untuk menjauhi Adam tp saya memberi tahu Amira yang saya dan Adam hanya berkawan biasa.

Selepas setahun lebih apabila adam ingin berjumpa gf nya Amira saya sentiasa memarahinya kerana sifat cemburu yang hadir dalam diri saya dan saya membuat keputusan untuk berjumpa dengan Amira. Seminggu kemudiaan saya pun berjumpa dengan Amira tanpa pengetahuan Adam. Semasa saya bertemu dengan amira saya memberitahunya yang saya mencintai Adam lebih dari seorang kawan dan kami kerap jumpa dan contact. Dan Amira pula memberi tahu saya yang dia telah pun putus dengan Adam dan Adam telah pun getback semula dengan ex-nya iaitu Hanim. Amira memberi tahu saya yang dia putus dengan Adam bukan kerana saya tapi kerana mereka tidak memahami satu sama lain tp Amira sangat kecewa apabila mengetahui yang kami kerap jumpa, dating dan contact sepanjang mereka masih mempunyai hubungan.

Selepas selesai berjumpa dengan Amira saya berjumpa dengan Adam dan bertanya benarkah dia dah getback dengan ex-nya Hanim and penjelasan Adam terhadap saya ialah ‘Ya betul I dh getback semula dengan ex I Hanim, I bukan tak nak bagitahu you I just rahsiakan daripada you I tak nak you terasa’. Selepas dua minggu saya dan Adam berbaik semula dan Adam memberitahu saya yang kita berkawan biasa. Tp sehingga sekarang kami masih keluar dating dan contact hampir setiap hari.

Bagi pendapat doctor cinta apa yang perlu saya lakukan? Tinggalkan Adam? Adam seorang yang sangat jujur terhadap saya semasa dia bercinta dengan Amira saya tahu segalanya. Mereka putus pun saya tahu cuma saya tidak tahu yang dia getback semula dengan bekas kekasihnya Hanim atas alasan Adam untuk menjaga hati saya.

Waalaikumsalam Syazwani. Awak sihat? Saya harap awak sihat-sihat lah ya semasa membaca perutusan ni. Ewah perutusan pulak!

Semasa saya membaca luahan awak ni, saya mendapati lingkungan cinta yang awak hadapi ni sangat bersegi-segi. Bukan biasa-biasa ya, selalu 3 segi je tau. Tapi tak apa. Ini pengalaman. Ujian. Cabaran. Serta memberi kekuatan buat awak untuk mengharungi hari-hari yang mendatang. Beruntung tahu? Sebab tiba-tiba je jadi makin kuat. Alhamdulillah di atas setiap ujian yang mendatang.

Saya faham keluhan hati awak. Mengharap pada yang tak pasti, tiba-tiba tak menjadi. Saya melihat Adam ni (daripada penceritaan awak) adalah seorang yang tidak mampu untuk setia. Lemah! Ya, lelaki yang kuat adalah lelaki yang setia okay. Mahu ke awak nanti dipimpin oleh seorang lelaki yang lemah? Lelaki yang terlalu meletakkan banyak pilihan (wanita) dalam hidupnya iaitu awak, Amira, dan Ex yang sekarang jadi girlfriend pula, wah-wah banyaknya pilihan. Inikah pemimpin yang kita mahu?

Mungkin dia jujur dengan awak. Benarkah jujur? Ya, husnudzonlah. Dia memang jujur. Namun, jujur sahaja bukanlah isunya. Dia sudah pun getback dengan Hanim namun masih berhubung dengan awak macamlah awak ni tak ada perasaan. Hello?

Saya faham, kalau dah sayang ni memang kita cuma nampak seorang dalam hidup. Dialah cahaya, dialah bintang, dia jugalah payung. Sayang tapi sayu tak guna, awak. Masa itu emas. Semakin lama awak dalam lingkungan hubungan yang tak pasti dan toksik ni, semakin sengsara, kan? Awak, tak nak bahagia ke?

Move on, lupakan dan tinggalkan Adam, mungkin nasihat yang paling baik yang mampu saya berikan. Sebab? Ya, sebab saya taknak awak sengsara lagi. Awak seorang yang cantik, berharga, disayangi ramai orang. Apa kata awak lihat sekeliling awak sekarang ni? Mana tahu jodoh pun tengah pandang awak selama ni? Siapa tahu?

Walau macam mana sekalipun, awaklah yang perlu menghadapi segalanya. Perit hari ini, bahagia nanti-nanti. Insha-Allah. Mohon juga petunjuk dari Allah. Dia maha mendengar keluhan hambanya.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.