26 June 2025

Buntu Nak Memujuk Si Dia Yang Merajuk Kerana Salah Faham.

Nama: Ika

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum.

Saya nak minta pendapat doktor. Saya ada seorang kekasih, kami baru bercinta lebih kurang 3 bulan. Kami memang jarang sangat chat atas sebab faktor perbezaan waktu bekerja. Saya Whatsapp dia macam biasa, saya tak mengharap dia balas sebab saya tahu keadaan dia. Tapi semuanya berubah bila saya update status Whatsapp minta pendapat macam mana buang ‘call limit’ pada telefon saya. Lepastu dia mesej kata yg sya nk buang ‘call limit’ sebab nak call org lain. Saya dah cuba explain dkt dia tapi masih xprcaya. Saya agak terkejut sebab, pada hari tu kami mesej seperti biasa. Tetapi, lepas drpd itu dia terus blok saya. Bukan sahaja Whatsapp, tetapi termasuklah call dan semua jenis app yg sya tahu dia ada.

Saya search utk bolehkn sya mesej semula dgn dia. Disebabkan itu, saya minta tolong adik saya. Tapi masih belum ada tanda2 yg positif. Jadi saya nak minta pendapat doktor, apa perlu saya buat? Saya tak mahu kehilangan dia, tapi pada masa yg sama saya tak tahu macam mana cara lagi nak hubungi dia untuk pulihkan hubungan kami.

Harap doktor dapat membantu.

Sumber: Website Online Form

Waalaikumussalam Ika,

3 bulan adalah tempoh yang sangat singkat dan masih awal untuk sesebuah pasangan mengenali satu sama lain.

Pasangan Ika mungkin masih mempunyai isu untuk mempercayai seseorang berkemungkinan kesan dari kisah lampaunya. Jadi, adalah normal untuk pasangan Ika bertindak sedemikian. Dia diselubungi oleh pelbagai sangkaan, syakwasangka dan emosi. Cuba bayangkan Ika ditempatnya. Pasti ada rasa terkilan, kecewa dan sedih.

Adalah lebih baik jika Ika biarkan dahulu untuk dia mendapatkan tempoh bertenang. Ika sudah pun melakukan yang terbaik dengan memberi penjelasan. Buat masa ini, biarkan dia dahulu dan apabila dia sudah bertenang dan sudah semakin memahami penjelasan Ika, dia akan hubungi Ika semula. Sambutlah mesejnya dengan baik dan dengarkan apa yang dia mahu katakan.

Tindakannya itu hanyalah reaksi untuk melindungi dirinya dari rasa terluka lagi. Elakkan memaksanya untuk mendengar penjelasan Ika berkali-kali. Lelaki tidak seperti perempuan yang perlukan pujukan berkali-kali. Mereka memerlukan masa untuk cool down dan mereka akan kembali kepada situasi yang lebih rasional.

Di samping itu, Ika teruskan berdoa semoga Tuhan bantu pulihkan situasi ini kerana hati manusia berada di dalam kuasa Tuhan. Hanya Tuhan yang mampu mengubah dan memberi kefahaman kepada seseorang.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.