15 December 2019

Aku Selesa Ketika Bersamanya Dan Aku Pilih Perkahwinan

Nama: Amira

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum wbt

Nama saya Amira. Saya perlukan nasihat dan pandangan yg ikhlas tentang permasalahan saya.

Saya mempunyai seorang kawan baik lelaki sejak dari berumur 18 tahun. Kami rakan sekelas semasa di matrikulasi. Kemudian kami seuniversiti pula. Semasa menunggu konvokesyen (umur kami 22 tahun), dia meluahkan perasaan ingin memperisterikan saya. Beberapa kali dia mencuba. Antaranya dengan membawa ibu bapanya ke rumah. Ada yang dia sendiri menelefon saya dan bertanya sendiri. Banyak lah cara yang menunjukkan dia ingin memiliki saya. Tetapi saya tidak pernah sekalipun melayannya lebih dari sekadar kawan. Ini kerana pada waktu itu saya sangat mentah dan anti lelaki.

Selepas putus cinta kali pertama semasa berumur 24 tahun baru lah saya mula berfikir untuk berkahwin namun disebabkan saya menyambung pengajian di peringkat master yang mana kehidupan sangat sibuk, saya pendamkan hasrat saya. Pada waktu ini saya mula berfikir untuk mengajaknya berkawan semula. Tetapi belum sempat saya meluahkan cadangan saya, dia memberitahu dia akan bertunang. Saya berasa lega kerana saya sudah boleh berhenti memikirkan cadangan saya itu.

Saya mula berkenalan dengan ramai lelaki lain dengan tujuan untuk berkahwin. Semasa fikiran saya kacau disebabkan baru putus cinta, saya call dia dan bertanya boleh lagikah dia pertimbangkan semula hasrat nya dulu iaitu untuk memperisterikan saya. Tapi dia tidak memberikan apa-apa jawapan. Saya menganggap saya telah ditolak. Pada waktu ini dia telah putus tunang. Sebab itu saya berani hubungi dia semula.

Sejak itu ingatan saya terhadapnya semakin kuat. Bebrapa kali saya cuba berkawan semula dengan dia tapi terputus.

Sekarang saya mencuba semula sebab dia ada minta pertolongan saya berkaitan kerja. Dia juga banyak bantu saya untuk mendapatkan kerja yang bagus sepertinya. Sekarang kami tolong-menolong dengan agak bagus. Pada 3 dan 4 hari lepas kami luangkan masa berbincang tentang kerja dan juga keluar bersama. Pada waktu itu birthday saya. Tapi tiada yang istimewa dia tunjukkan kepada saya.

Sebelum ni saya pernah beritahu sebab saya menolaknya dahulu. Saya luahkan segala-galanya berkenaan saya tidak berfikiran matang dan soal sibuk belajar. Dia langsung tidak balas apa-apa. Kini pun saya ada bertanya jika dia ada kecil hati dengan say. Dia kata tiada.

Saya sangat berharap untu memiliki dia sebab dia sangat memikat hati saya. Dia seorang yang biasa sahaja. Dai satu-satunya lelaki yang buat saya rasa selesa bersama dengannya.

Saya sudah istikharah dan berdoa.

Soalan saya apa yang patut saya lakukan lagi?

Bilakah patut saya berterus-terang atau tunggu sahaja?

Saya risau dia sudah berpunya. Mohon pandangan tuan/puan yg lebih arif.

Semoga urusan tuan/puan dipermudahkan oleh Allah asbab dari bantuan yg diberikan kepada saya.

Sekian, terima kasih.

Salam.

Dari pemahaman saya, ternyata perjalanan kisah liku percintaan Amira sendiri agak panjang dan penuh dengan dugaan. Apapun, tahniah kami ucapkan kerana masih kekal setia dan berpegang teguh kepada kehendak dan kemahuan hati.

Si dia yang Amira inginkan boleh saya katakan sekarang single dan belum mempunyai sebarang hubungan yang serius. Dari cara layanan dan respons dia sendiri terhadap Amira boleh dikatakan yang dia sendiri sebenarnya berada di dalam fasa mencari dan mengenali. Tetapi berdasarkan kepada pengalaman dirinya yang baru sahaja putus tunang, ada baiknya jikalau Amira sendiri take it slow. Jangan terburu-buru dan jangan terlampau mendesak. Adakalanya si dia masih cuba untuk menerima hakikat dan realiti sebenar tentang apa yang sudah berlaku dan bimbang jikalau tidak kena caranya boleh menjejaskan perancangan asal Amira.

Sedangkan dia sendiri boleh luangkan masa untuk sambutan birthday dan keluar makan bersama Amira, bolehlah saya simpulkan disini yang peluang Amira sebenarnya masih terbuka luas. Mungkin respon si dia semenjak dua menjak ni agak hambar, tetapi sepatutnya Amira lebih memahami keadaannya yang baru melalui pengalaman putus tunang yang bagi kami adalah satu pengalaman yang amat menyedihkan.

Seharusnya apa yang Amira harus lakukan sekarang adalah memberinya ruang untuk dia memujuk dirinya sendiri, jangan letakkan sebarang tekanan atau perkara yang mendalam untuk si dia hadapi. Tunggu sehingga dirinya sendiri mula membuka hatinya kepada Amira. Apabila masanya tiba, Amira sendiri akan sedar yang masanya telah pun tiba dan itulah sebenarnya masa yang paling sesuai untuk Amira luahkan segala yang terbuku di hati. Luahkan kasih sayang, kisah benar, pengakuan, perasaan sedih, perasaan gembira dan segalanya. Dengan cara ini si dia sebenarnya akan lebih menghargai segala penat lelah dan usaha Amira sendiri selama ini. Ini sebenarnya bagus sebagai satu titik permulaan di dalam melayari bahtera perkahwinan kelak insyaAllah.

Moga dipermudahkan dan harapnya niat ini direstui.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *