Nama: Miss N
Jantina: Perempuan
Salam and hi doktor. Kami baru sahaja menjalani hubungan. Kira-kira 2 tahun. Saya dan bf dah lama tidak contact dan tak mesra spt dulu. Sudah masuk bulan ke-4 kami begitu. Dia banyak bersabar dgn perangai sy yg cemburu buta. Sehingga akhirnya dia berkata dia tak rasa utk mencintai dan menyayangi. Mungkin dia sudah tawar hati. Sehingga dia berkata dia perlukan masa yg agk lama utk dia perbetulkan semula prinsip hidupnya yg telah musnah angkara saya.
Saya ingin bantuan dan pencerahan doktor. Apa yg sy boleh lakukan utk dptkn semula hatinya, kepercayaannya dan cinta nya?
Kerana hati ini masih kuat menyayangi dan mencintai dirinya.
Sumber: Website Online Form
Hai N.
Memang normal untuk seorang perempuan untuk ada perasaan cemburu. Kadang – kadang sesama adik beradik pun kita cemburu kan? Cemburukan kasih sayang ibu ayah pada adik beradik yang lain. Cemburu juga bukti yang kita sangat sayangkan seseorang. Sebab kita nak dia menjadi milik kita seorang. Kita taknak dia terlepas ke tangan orang lain. Seolah kita nak kunci je dia di hati kita. Tapi cemburu buta yang tak berasas ni memang membawa banyak keburukkan daripada kebaikan. Mungkin tak ada baiknya langsung sikap cemburu buta ini. Syukur awak dah menyedari akan sikap cemburu buta awak.
Malang sekali perkara ini telah membawa kepada perpisahan awak dan dia. Sebenarnya dia dah banyak bersabar. Tapi sabar dia pun dah sampai level tertinggi. Dah tiada sabar lagi selepas level tersebut. Maka terus dia mula berhenti contact awak. Saya kurang mengerti berkenaan prinsip si dia yang telah musnah, mungkin awak lebih memahami. Sekiranya prinsip si dia sebelum ini tidak mahu bercinta sebelum kahwin, tetapi selepas berkenalan dengan awak dia bercinta, bagi saya itu salahnya juga. Kenapa tidak approach terus orang tua awak? atau jika prinsipnya sebelum ini ialah tidak mahu berpegangan tangan dengan kekasih, tapi kini sejak bertemu awak, dia melanggar prinsip itu, masih salah dia juga, sebab dia yang mengawal tindak tanduknya sendiri. Mungkin ada sedikit salah awak pun sebab tak menegur si dia. Walau apa pun prinsip dia, dia tak boleh menyalahkan awak yang menyebabkan prinsip hidupnya musnah.
Sekiranya masa yang dia perlukan, berilah sebanyaknya masa yang dia nak. Saya tahu awak masih sayangkan dia. Masih rindukan dia. Cuba isi masa lapang awak dengan perkara berfaedah. Menonton movie di Netflix, keluar bersama kawan perempuan awak, habiskan masa di rumah mak ayah bersama adik – adik atau mungkin cuba hobi baru yang awak tak pernah sangka awak akan lakukan. Ambil kesempatan masa tanpa si dia ini untuk awak ubah diri awak. Buang sikap cemburu buta dan cemburulah berpada – pada.
Kalau awak rasa susah untuk memenangi semula hatinya, cuba buang ke tepi dulu perasaan itu. Berkawan semula dengannnya. Jika panjang jodoh, mungkin dia boleh menerima awak semula. Tapi satu saya nak ingatkan, tentang sikapnya yang menyalahkan kehadiran awak sebagai punca prinsip hidupnya musnah adalah unacceptable! Jika awak boleh hidup dengan pernyataan itu, teruskan. Jika tidak, mulakan hidup baru.