22 October 2025

Dalam Diam, Ada Rindu.

Nama: Mustafa

Jantina: Lelaki

Saya minat dekat seseorang, dia ex saya. Saya tahu dia masih ada perasaan dekat saya, namun dia sudah ada pakwe lain. Saya sgt introvert dan in membuatkan dia bosan dgn saya. Tapi pada setiap malam hari hati saya akan pedih rindu sgt dekat dia. Saya ada masalah tak boleh move on yang serious walaupun dia cuba ignore saya.

Sumber: Website Online Form

Hi, Mustafa. Perasaan memang tak boleh dipaksa, kan? Tapi kita kena faham dan redha tidak semua yang kita mahu kita akan dapat apa yang kita mahu. Jikalau dia masih menyimpan perasaan pada awak, mengapa dia beralih ke yang lain? Adakah awak betul sayangkan dia atau awak masih berpegang pada hubungan ini kerana dia adalah “safe space” awak dan awak tidak mahu meninggalkan “comfort zone” awak? Semestinya bukan silap awak sahaja yang menyebabkan perhubungan ini tidak kemana, tetapi baik jugalah awak mengambil kesempatan untuk memperbaiki diri dan meninggalkan “comfort zone” awak.

Move on memang susah, tapi sampai bila awak mahu terikat dengan orang yang sudah pun menjalinkan hubungan baru? Awak perlu jadikan azam untuk jadi lebih baik dan bukan sekadar berpaut pada cinta lama kerana itu adalah pilihan yang paling “selamat”. Mulakan perubahan dengan perlahan dan konsisten. Hidup ini tidak terbatas pada cinta sahaja, mungkin awak boleh mencari minat dan pengalaman baru? Luas pemandangan lagi luas pengetahuan maka lagi banyak boleh awak jadikan modal berbual dengan orang lain. Tambahan pula, bila awak beriadah dan mencuba aktivit-aktiviti baru, ia boleh membina keyakinan awak untuk bersosial.

Fikir-fikirkanlah, Mustafa, dan jangan terlampau stress memikirkan fasal cinta.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.