Nama: Siti
Jantina: Perempuan
Hi,saya nak tanya sikit ni,ex bf saya dh break ngan saya lebih kurang 2 tahun lalu,tapi tahun ni kitaorang sama kelas,dan saya perasan yang dia mcm nak dekat2 ngan saya dan tadi dia try duduk sebelah saya (tp sekejap je),saya mcm terkejut pastu buat x tahu je and try berlakon tengah ckp dengan kawan saya,profile insta saya pun ada jugak gambar yg dia like,maksudnya apa ya
Boleh tolong terangkan?
Terima kasih, 🙂
Hi.
Perkara yang lepas jangan dikenang. Situasi yang Siti hadapi ni amatlah sesuai untuk kami gunakan ayat ni. Dah 2 tahun berlalu tapi masih menaruh harapan. Jelas kat sini yang Siti sendiri masih menyimpan sedikit perasaan kat ex Siti tu. Kalau benar dan yakin dan pasti yang dia dah jadi ex, takkan ada sikit pun perasaan yang macam Siti gambarkan tu. Kalau betul Siti dah move on, takkanlah Siti boleh terperasan dengan tingkah lakunya yang semakin mendekati dan jugak perbuatannya di laman sosial? Jelas sekali Siti sendiri belum move on.
Tapi beware dan tolong berjaga-jaga. Ada kalanya lelaki ni hanya nak bersikap normal dan baik terhadap semua orang. Mungkin apa yang dilakukannya tu hanyalah sikapnya yang sebenar terhadap semua orang dan Siti sendiri yang perasan?
Tanya diri Siti sendiri, masihkah Siti memendam perasaan lama? Atau Siti hanya syok sendiri?
Hanya Siti yang boleh bagi jawapan.
Assalamualaikum…Saya sebenarnya dah pasrah sangat selama beberapa minggu ni sejak bf saya bagitau saya bahawa pada hari jadi ayahnya..Seperti biasa mereka dinner bertiga dan pada saat itu juga mak dia bawa seoarang perempuan entah dari mana kata bf saya…Mak nya nak bf saya kahwin dengan perempuan itu…Hati saya rasa macam dah tak berjalan…Saya tak tahu lah nak explain macam mana…Kejadian itu terjadi pada 5hb march, Sehingga lah harini 15hb march…Saya menangis2 tak henti2…Hubungan saya dengan bf saya jadi makin senyap…Tapi kiteorang masih contact cuma tak semesra seperti sebelum ni…Kerana kita dah putus pada 10hb march…Hati saya benar2 hancur…Umur saya baru nak masuk 18 tahun ni dan dia pula nak masuk 31 tahun ni…Saya kenal dia sejak umur saya 15 dan dia pula 28 semasa tu…Macam2 dah kitaorang lalui, Kitaorang bahagia sangat walaupun jarang jumpa…Tapi dia ada juga datang jumpa saya dekat tempat kerja mak saya di salun and masa di rumah…Cita rasa kiteorang semua pun sama…Saya dah pernah bagitau dia yang saya masih muda, Banyak lagi yang kena lalui…Dia akan tetap menunggu saya hingga umur saya 20/21…Sebab saya dah bagitau saya bakal bersedia pada umur 20/21…Parent saya tak tau yang saya bercinta dengan dia…Parent dia pun tak pernah jumpa saya sebab saya terlalu muda lagi…Saya perlu teruskan karier saya dan juga saya sentiasa memperjuangkan cinta saya bersama dia…Tapi kini dia nak dijodohkan…Dia terpaksa terima, Tapi belum jadi gf kepada perempuan itu pun…Apa patut saya buat sekarang? Saya sangat2 mencintai dia…Saya memang nak hidup bersama dia pada suatu saat nanti…Saya tak sanggup lepaskan dia….Tolong lah…Saya dah tak boleh cakap apa2…Saya hanya inginkan dia…Apa patut saya buat sekarang?
Hi Saya sangat ingin pertolongan anda. Ex saya break dengan saya sebab dia terkenang balik dengan ex lama Dan dia minta masa untuk melupakan ada kah saya masih mempunyai peluang?