Nama: Mimie
Jantina: Perempuan
Hi doktor cinta .
Saya mimie dan sekarang saya ada masalah dalam percintaan saya. 3 hari yang lepas bf saya membuat keputusan untuk memutuskan hubungan kami dengan alasan dia stress dan saya menambahkan stress dia. Dan dia kata bahawa dia telah tawar hati.
Saya masih sayangkan dia dan saya masih inginkan hubungan kami. Apa yang saya perlu lakukan untuk mengambil hatinya semula?
Sumber: Website Online Form
Hi Mimie.
Nampaknya stress sangat boyfriend awak tu. Tapi, kenapa pula dia berkata awak menambah stress dia? Adakah sikap awak yang membuatkan dia bertambah stress dan tak mahu lagi meneruskan hubungan ini? Tapi, apa pula punca utama stress dia tu?
Apa yang boleh saya nasihatkan adalah awak cari punca salah diri awak terlebih dahulu. Adakah dia mengatakan bahawa dia sedang mengalami masalah, dan tidak mahu berkongsi dengan awak? Tetapi awak pula mendesak ingin tahu. Yalah, dengan harapan awak boleh mengurangkan stress dia, tapi yang sebaliknya pula terjadi. Apa yang saya perhatikan, rata-rata lelaki suka mempunya kuasa terhadap diri mereka termasuklah masalah mereka. Kerana mereka lelaki. Bakal menjadi ketua, ketua keluarga, imam solat dan sebagainya. Oleh sebab itu, mereka lebih gemar menyelesaikan masalah mereka sendiri. Mereka memerlukan ruang ketika mereka stress atau menghadapi masalah.
Apa yang perempuan boleh buat ketika lelaki memasuki ruang mereka? Perempuan tidak perlu berbuat apa-apa. Tak perlu juga menunggu si lelaki itu. Cukuplah perempuan menjaga diri mereka sendiri, memberi ruang, dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Kan ada kawan-kawan dan keluarga? Masa inilah yang terbaik untuk meluangkan masa bersama mereka.
Itu adalah serba sedikit tentang lelaki yang wajar Mimi fahami. Jadi sekarang, awak sudah tahu apa kesalahan awak, bukan? Move on from there. Mintalah maaf dengan dia kerana menambah stressnya. Dan berjanji tak akan mengulangi lagi sikap begitu. Minta maaflah dengan ikhlas dan berjanji akan memberikan dia ruang yang secukupnya sehingga dia dapat menyelesaikan masalah dia. Jangan risau, dia akan kembali apabila hatinya merasa lebih lapang. Sikap awak yang memberi ruang kepadanya akan dihargai, kerana dia akan merasakan betapa awak memahaminya dan tak mungkin ada wanita lain yang mampu memahami dia sepertimana awak.
Saya berharap awak menemui jawapan yang awak cari dari coretan saya ini. Senyum senyumlah selalu ya!