16 June 2021

Berikan Aku Peluang Kedua.

Nama: Nurul

Jantina: Perempuan

Hi.

Saya dengan boyfriend saya baru berpisah minggu lepas. Kami bergaduh kerana salah saya sendiri, saya dah berjumpa dan pujuk dia untuk bagi peluang kedua tetapi dia minta kami menjadi kawan shj. Kami still contact each other sampai harini. Dia ckp kami masih boleh berjumpa. Tetapi saya nak hubungan kami baik mcm dulu lagi. Saya tak dpt jumpa dia selalu kerana kami long distance.

Harap doktor cinta boleh bagi saya pendapat apa harus saya buat untuk pujuk dia kembali?

Sumber: Website Online Form

Hai Nurul.

Long Distance Relationship (LDR) sememangnya sebuah perhubungan yang menguji kesabaran. Peluang untuk berjumpa tidak sekerap pasangan bercinta yang lain. Paling penting dalam sesebuah hubungan ini ialah saling percaya dan jujur dengan pasangan masing-masing. Hanya mereka yang benar-benar sabar dan tabah sahaja yang selalunya berjaya dalam hubungan jenis LDR ini.

Pertama sekali yang perlu awak lakukan ialah, fikir semula apa punca awak dan si dia bergaduh dan putus. Bukan menyalahkan siapa punca perpisahan, akan tetapi lebih kepada untuk reflect diri sendiri, untuk kaji semula apa yang baik dan buruk dalam perhubungan ini.

Apabila awak berjumpa denganya untuk memujuk dan dapatkan peluang kedua, si dia seperti sudah tawar hati dan tidak mahu meneruskan perhubungan ini lagi. Mungkin ada sebab mengapa si dia tidak mahu get back together. Tak salah rasanya awak cuba bertanya dan dapatkan kepastian daripada si dia tentang masalah yang menyebabkan awak dan dia tak boleh bersama lagi.

Sekiranya masalah itu datangnya dari diri awak sendiri, awak bernasib baik kerana inilah masanya untuk awak improve diri menjadi yang lebih baik. Bukan lah satu kesalahan untuk mengaku kesilapan dan berjanji untuk menjadi yang lebih baik kan?. Sekiranya setelah berbincang dengan si dia, tapi si dia masih lagi tidak mahu meneruskan perhubungan, it is okay. Think from the bright side, you have become a better person 😊. Tapi sekiranya si dia mahu kembali, bukan kah itu satu khabar gembira? Berusahalah menjaga peluang kedua ini okay

Kongsikan!

One thought on “Berikan Aku Peluang Kedua.

  1. Hai, minggu lepas saya bergaduh dengan bf saya. Selama 9 bulan saya duduk dekat dengan dia. Boleh kata hari hari jumpa sebab rumah satu taman. Sebelum ni bf saya adalah someone yang penyabar, penyanyang, tak mudah giveup. Punca pergaduhan ni adalah dari saya. Saya selalu cari kesalahan dia dan marah-marah dia. Sebelum ni saya tak macam ni, lepas duduk dekat hari hari ktaorang gaduh. Sekarang dia dh tawar hati, dia kata dia dah taknak kawen. Dia kata saya lah last dia. Kalau break jugak dia dah taknak kawen ke ape. Dia bagi saya peluang terakhir utk ubah diri, perbetulkan relationship ni. Buat masa sekarang kami still contact, facetime macam biasa just dia layan saya dingin sikit. Saya confius dia betul sayang saya atau tak. Sbb setiap kali txt dia saya happy dan sedih sbb dia layan saya macam tu. Saya selalu minta pandangan kawan saya utk berikan semangat, saya bersemangat lepas tu. Tapi bila chat dia saya jadi down terus. So far skrng dia tak la cakap kasar ke ape just dingin layanan dia. Boleh bantu tak macam mana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *