7 October 2025

Kebisuan Seorang Kekasih.

Nama: Bulan

Jantina: Perempuan

Hi 🙂 Saya kenal dengan si dia pada awalnya sekadar kawan sahaja. Tapi akhirnya mengambil keputusan untuk bercinta dan mempunyai masa depan bersama. Apa yang saya perasan si dia, jarang mesej atau call. Dan hanya minta saya memahami dan percaya akan dia sahaja. Oleh kerana, dah terbiasa hampir 5 tahun akan sentiasa call dan mesej, bila tiada khabar dari si dia, saya rasa sesuatu.

Sahabat saya mengatakan, bahawa ini menunjukkan saya matang atau tidak. Pada pendapat saya, bagaimana saya nak tahu hubungan kami akan elok saja tanpa call dan mesej?

Adakah saya patut biarkan saja dan belajar untuk menjadi matang. Sebab kami tahu apa yang kami nak. Masing masing ade komitmen sendiri. Saya kena memahami dia atau bagamaina?

Thank you.

Sumber: Website Online Form

Hi Bulan 🙂

Pernah tak awak tengok lelaki yang fanatik kelab bola, apabila kelab bolanya kalah pertandingan, dia akan ”masuk gua”? Ok itu hanyalah perumpamaan. Jangan ambil serius pula ya. Namun, perumpamaan lelaki masuk gua tu ada benarnya. Lelaki memang sifatnya begitu. Mereka suka melangkah kebelakang sedikit dari titik asal supaya mereka dapat berfikir dengan lebih tenang. Mereka perlukan ruang bersendirian untuk membuat keputusan yang lebih baik. Namun, mereka juga seperti getah. Sifatnya, bila ditarik, akan pergi jauh, bila dilepaskan, akan datang mendekat kembali. Berbeza pula dengan wanita yang sifatnya akan terus menerus ingin bercakap atau berbincang sekiranya ada kecelaruan.

Dalam situasi ini, pada pandangan saya, lelaki awak itu adalah lelaki jenis itu. Yang perlukan ruangnya sendiri. Well, saya rasa semua lelaki perlukan ruang mereka sendiri. Itu bukanlah bermakna dia ada perhubungan lain di belakang awak pulak. Jangan fikir macamtu ok. Tak semua lelaki itu sampah. Bila dia katakan supaya percayakan dia, maka lebih baik kita terus percayakan dia saja. Itu lebih baik. Tak perlu kusutkan fikiran awak ya. Ingat tak lelaki seperti getah? Dia akan kembali pada awak bila dia OK. Just belive in him.

Atau, just hit a message to him that you miss him. Ya, mulakan saja mesej dengan menyuarakan rasa hati, tapi tak perlu mendesak. Mungkin dengan sikap sebegini, dia akan lebih menghargai kerana terasa dirinya lebih difahami awak. Saya faham, takkan lah hanya diri dia saja yang nak difahami kan? Awak pun manusia biasa juga.

Dalam perhubungan, kita perlu memberi dan menerima. Tapi, yang memberi selalunya lebih baik, sebab dia cuma akan memberi apa yang dia ada, bukan? Contohnya, kalau tak ada cinta, mampukah memberi cinta? Yes, tak mampu kalau tak ada. Namun begitu awak, cuba awak fikirkan kembali. Orang yang memberi ni adalah orang yang bahagia, sebab tu dia mampu memberi. Tak salah menjadi seorang pemberi. Itu semua pilihan kita.

Carilah hobi yang menggembirakan awak. Tak semestinya hanya fokus menunggu SMS dan panggilan dari dia saja! Hobi mampu mengalihkan perhatian awak dari fikiran yang negatif, dan menetapkan emosi awak pada tahap positif. Mungkin boleh cuba pergi kelas memasak?

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.