26 June 2025

Kekasih Yang Ingin Menguji Cinta.

Nama: IqahIsa

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum. Doktor, saya nak minta pendapat.

Saya dan kekasih baru sahaja bercinta, tapi sebab saya jenis yang tak suka tunjuk kasih sayang saya pada dia, sampai dia uji saya nak tengok reaksi saya. Masa itu, dia tuduh saya macam2 dan blok saya dr semua cara(whatsapp, call, telegram). Saya tak ada cara lain, nasib baik app yg mula kenal masih ada. Saya mesej dia melalui itu. Tapi dia masih tak nak layan saya, sehinggalah saya bagitahu dia yg dia lelaki pertama yg buat saya menangis. Barulah dia bagitahu saya yg dia sedang uji saya.

Sebabkan marah, saya tak layan dia tapi sebabkan sayang saya mengalah dan maafkan dia. Sekarang hubungan kami kembali seperti dahulu. Sekarang saya pula yang sedang memikir cara untuk balas semuanya. Saya nak dia rasa apa yang saya rasa masa itu. Saya nak tanya pendapat doktor, betul ke apa yang dia buat tu hanya nak uji perasaan saya sebab atau dia memang ada agenda lain?

Serta betul ke tindakan saya?

Tolong bantu saya.

Sumber: Facebook Doktor Cinta

Waalaikumsalam, IqahIsa.

Apa yang perlu awak fahami mengenai lelaki adalah mereka suka straight to the point. Memang wujud lelaki yang suka menguji cinta, mereka ingin tahu adakah benar mereka dicintai, adakah benar mereka disayangi. Mungkin masa silam mereka yang menuntut mereka bersikap sebegini. Awak boleh mendalami masa silam mereka jika awak inginkan, supaya awak lebih memahami sikapnya terhadap awak. Kadang-kala, ada insan yang kehilangan insan tersayang di waktu mereka remaja atau kecil, yang menyebabkan mereka tandus kasih sayang dan tak pandai mengekspresikan perasaan. Jadi, dengan cara menguji cinta yang agak kebudakan bagi sesetengah orang ini lah satu-satunya cara untuk mereka rasa disayangi.

Pada pandangan saya, tidak perlulah untuk membalas kembali perbuatannya. Lebih baik awak besarkan hati awak dan memaafkan dia. Jika awak tidak menyukai perbuatannya itu, berterus terang dengannya. Ingat, lelaki tidak pandai membaca minda kita. Mereka hanya faham apabila kita berterus terang dan straight to the point.

Daripada sikapnya ini, awak mungkin boleh membaca serba sedikit bahasa cinta yang dia tunjukkan. Sebenarnya terdapat lima jenis bahasa cinta yang perlu kita ketahui, namun daripada pemerhatian saya, teman lelaki awak suka jika awak lebih mempamerkan rasa cinta awak terhadapnya. Text I love you, I miss you, menyatakan perasaan sayang kepadanya, memberi hadiah atau kejutan, dan puji-pujian terhadapnya adalah contoh-contoh bahasa cinta yang mungkin dia perlukan. Bahasa cinta pasangan ini perlu difahami supaya pasangan akan merasa cukup dengan cinta kita, lalu boleh mengelakkan lebih konflik dan pergaduhan. Mudah-mudahan.

Semoga coretan saya ni menjawab persoalan di dalam hati awak.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.