26 June 2025

Siapa Aku Di Sisinya? Si Dia Masih Berhubung Dengan Bekas Kekasih.

Nama: Ina

Jantina: Perempuan

Kami berdua sudah bercinta selama 2 tahun. Tapi dia masih contact dengan bekas kekasihnya sedangkan bila ditanya, dijawapnya tidak ada apa apa dan tidak lagi bercontact. Yes at 1st memang betul tiada lagi contact, tapi lately dia ada simpan number bekas kekasih dia. Bila ditanya dari mana dapat, dia tidak menjawap. Malah ingin segera balik dari perjumpaan kami berdua. Saya mulai curiga saat kami sudah 2 bulan menjalankan hubungan jarak jauh.

Sejak kami berjauhan, dia jarang-jarang ada masa untuk saya dgengan alasan busy kerja. Okay, saya terima dan saya faham. Tapi makin hari makin menjadi dia tidak menghiraukan saya. Even kami bergaduh pun dia buat tak endah even sudah terang-terang salah dia. Apa lagi kalau saya yang salah, lagi lah tidak dicarinya saya sampai seminggu tiada berita dari dia. Dimohon kemaafan banyak kali, masih tidak diendahkan sampai tahap saya menanyakan apakah masih sayang saya atau dia? Dia jawap kalau saya sayang dia, saya tidak akan bercinta dengan kamu. Tapi bila ditanya dari mana dapat contact bekas kekasih, dia tidak menjawap.

Adakah mungkin perasaan dia untuk bekas kekasihnya masih kuat? Macam mana nak tahu isi hati dia yang sebenar? Apakah hal biasa melayan kawan perempuan dan bekas kekasih lebih mesra berbanding kekasih? Bagaimana cara nak mengatasi bila dia masih berhubungan dengan bekas kekasih dia?

Sumber: Website Online Form

Hai Ina.

Pernah dengar tentang ‘rebound love’? Menurut penceritaan awak, saya rasa macam awak dah termasuk dalam hubungan ‘rebound love’ ini. Seolah olah si dia masih tak move on dengan cinta lamanya. Bahaya ni. Tambahan pula awak dan si dia sedang berhubungan jarak jauh sekarang ini, makin ‘jauh’ hubungan awak dan dia.

Bukan lah niat saya nak buat awak rasa ‘down’, atau lagi sedih dengan apa yang dah berlaku. Tapi saya nak bagi awak nampak dan lihat siapa awak dalam perhubungan ini. Bagi saya, tiada alasan untuk saja – saja menghubungi bekas kekasih atas apa jua alasan sekalipun walaupun untuk membantu. Banyak lagi orang lain boleh membantu bekas kekasihnya itu.

Awak ada bertanya adakah normal melayan kawan perempuan dan bekas kekasih melebihi kekasih sendiri. Nope. It is not normal. At least, si dia perlu jaga hati awak. tak lukakan hati awak dengan cara beri penjelasan terhadap perkara yang si dia lakukan.

Mungkin si dia malas menjawab tentang bagaimana dapat number bekas kekasihnya sebab malas nak bergaduh dan malas nak memanjangkan hal tersebut dengan awak. Manakala awak pula jenis yang tidak terlalu mendesak. Perasan tak? Dia semakin busy dengan kerja, dia jarang meluangkan masa dengan awak, kalau bergaduh pula tak dipujuk. Saya dapat bayangkan awak terlalu baik untuk dia, you are too soft.

Tentang jawapan dia pulak kan, saya rasa agak fishy dengan jawapan tersebut, “…kalau saya sayang dia, saya tidak akan bercinta dengan kamu…”. Tidak ke awak rasa, awak masih boleh sayang seseorang tanpa perlu bercinta pun dengannya? Mungkin masih ada rasa sayang pada bekas kekasihnya Itu.

Pada pendapat saya, cari masa untuk cuba berbincang dan minta si dia beritahu perancangan dia untuk masa depan awak berdua. Sekiranya dia benar – benar mahukan hubungan ini ke gerbang perkahwinan, dan awak boleh terus bersabar, ya, teruskan. Tapi sekiranya saya di tempat awak, saya tidak akan membenarkan si dia berhubung dengan bekas kekasihnya lagi sekiranya dia benar – benar ingin jadikan awak suri hatinya. Akan tetapi, awak harus bersedia secara mental tau kalau si dia putuskan untuk tidak bersama awak? Ada jodoh yang lebih baik, jujur dan ikhlas mencintai awak di luar sana. Jangan bersedih okay?

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.