Nama: Krul
Jantina: Lelaki
Assalamualaikum. Sy telah mendirikan rumah tangga pada 2008 dengan seorang janda anak 2 dan kami telah dikurniakan anak perempuan 5 orang. Kami telah bercerai pada bulan 8 2019. Sya telah jaga anak dia start dari berkahwin sampai lah sekarang. Sepanjang perkahwinan dia tidak pernah bekerja sehingga la sekarang. Anak2 semua dgn saya termasuk lah anak tiri seorng. Pada 2011 sy telah membuat 1 perkara yang bodoh iaitu telah berkawan dengan permpuan lain dan kantoi dengan dia. Selepas itu saya tidak lagi berkwan dengan mana2 permpuan dan menyesal dengan perbuatan saya. Akhirnya dia dpat memaafkan sy sehinggalah pada bulan 3, 2019 ex-wife sy join satu NGO dan berkawan dengan suami org. Pada masa itu juga lah ex-wife sy meminta cerai sehingalah pda bln 6 dia lari rumah dan lelaki sondol itu sewakan rumah berikan kereta dan duit untuknya.
Dalam kes ini, lelaki sondol tu dh pujuk rayu ex-wife sy untuk tggalkan sy. Hubungan mereka sebenarnya telah habis pada bulan 10, 2019 setelah sy kantoikan mereka dengan bini laki sondol tu. Masalahnya sekarang, sy telah pujuk ex-wife sy untuk rujuk semula demi anak2 dan lgipun sy masih sygkannya walaupun atas apa yg dia lakukan sy telah maafkannya dan tiada sikit pun perasaan dendam sy padanya. Tetapi dia menolak dan ckap dia buat ini semua atas balas dendam dan akan ingat sampai bila2 peristiwa yg sy telah lakukan padanya.
Selepas dia tidak berhubung lagi dengan laki sondol tu, kami berjumpa setiap hari kerana sy telah beri kereta kepada ex-wife sy dan dia la yg mnghantar dan mnjemput sy kerja. Hubungan kami skrg pulak, kadang baik dan kadang gaduh. Bila gaduh sy cuba untuk tidak bercakap tntang apa yg dia dh buat, tapi kdg2 trkeluar juga.
Maaf kalau cerita sy berterabur tpi sy x pernah bercerita pada sesiapa kerana hendak menutup aibnya. Harap saudara ada tips mcm mn nak pulihkan hubungan sy kembali.
Sumber: Website Online Form
Waalaikumsalam Krul. Saya telah baca luahan awak secara berkali-kali dan mendapati bahawa awak memang masih menyayangi hubungan dengan ex-wife, dan awak juga seorang pemaaf. Alhamdulillah dan tahniah dengan sikap positif yang awak ada tu. Tak semua orang mampu diberi kekuatan untuk membuang segala dendam amarah terhadap orang lain tahu?
Pasangan ni, cerminan diri kita sebenarnya. Di dalam dunia ni, tak banyak perkara kita mampu kawal. Namun, apa yang kita pasti mampu adalah mengawal diri kita sendiri. Yes, awak betul. Kita tak perlu jauh untuk melihat keributan dan keserabutan di sekeliling kita. Lihatlah terlebih dahulu ke dalam diri kita. Kalau jiwa kita tenang, semua di sekeliling kita nampak tenang. Kalau kita serabut, kusut, dunia akan jadi macamtu jugak. Dunia dari pandangan kita mengikut apa yang ada dalam diri kita. Kalau kita bunga, wangi, dunia jadi wangi. Oleh itu Krul, mari sama-sama kita ubah diri kita dulu. Ubah mindset kita. Ubah fokus kita.
Macamana nak ubah fokus? Ok ni saya belajar dari beberapa theraphis tentang cara mengubah fokus. Tapi saya nak kongsikan yang basic sahaja lah, ok?
Begini, pertamanya awak mahukan ex-wife awak terima awak balik, tapi dia tetap berdendam dengan perbuatan awak dan pada pandangan saya, dia tak mahu mengakui kecurangan dia terhadap awak, bukan? Dia mengatakan itu sebagai balasan dendam terhadap perbuatan lama awak.
Awak mungkin boleh fokuskan fikiran awak untuk awak menjadi orang yang disayangi orang. Awak juga boleh fokuskan fikiran awak supaya menjadi tenang dan menenangkan. Orang yang tenang sentiasa menang. Yes, ini memang terbukti.
Jadi caranya, awak boleh ucapkan pada diri awak di hadapan cermin setiap pagi: saya seorang yang tenang dan menenangkan. Saya disayangi oleh orang sekeliling saya. INGAT, kita tak mampu mengubah orang lain, namun kita mampu ubah diri kita sendiri. Diri kita yang sebegitu akan menarik orang yang sebegitu ke dalam kehidupan kita. Insha-Allah, dengan cara awak mengubah diri awak terlebih dahulu, ex-wife awak akan nampak keikhlasan awak dan insha-Allah akan menerima awak kembali menjadi suaminya.
Wanita ni diciptakan dari tulang rusuk lelaki, kuat dan rapuh juga. Perlu berlemah lembut mengawal mereka. Kalau kasar, patah. Kalau dibiarkan, bengkok terus-terusan.
Terus tunjukkan usaha awak memenangi hati dia. Kadang-kala, perempuan suka lelaki yang tunjukkan banyak usaha, dan kata-kata yang memberi jaminan, yang bukan sekadar pick-up line. Yes, memang mereka kata tak mahu bersama kembali, tapi selalunya, apa yang dikata tu bukanlah apa yang dia mahu. Pastinya dia mahu dipujuk oleh awak. Ya, gandakan usaha, tunjukkan kesungguhan. Mungkin boleh cuba perkara-perkara klise yang selalu pasangan-pasangan romantis buat iaitu beri kejutan sejambak bunga dengan ucapan cinta, beri hadiah istimewa di hari-hari yang biasa. Mungkin perkara ini nampak remeh bagi lelaki, namun ianya sangat disukai wanita. Tak perlu barang yang mahal pun, cukup lah perbuatan itu berterusan. Cuba ingat kembali perkara-perkara yang ex-wife awak sukai. Beri barang yang dia sukai juga mungkin boleh menyentuh hati dia. Dia mungkin berfikir awak tersangatlah mengambil tahu perihal tentang diri dia. Ya, wanita sangat teruja apabila lelakinya mengingati apa yang disukainya. Pastinya dia rasa dihargai.
Peluang adalah apa yang awak perlukan sekarang ni. Peluang untuk membetulkan kembali segala kekusutan. Mintalah peluang dengan cara yang paling baik. Tak perlu mengungkit kisah-kisah lama. Untuk memulai sesuatu yang baru, kita perlu pandang terus ke hadapan. mengenang kisah-kisah lama yang merobek hati hanya akan membunuh kegembiraan. Tak mahu kan macamtu? Pilihan di tangan kita sendiri.
Akhir sekali, berdoalah pada yang satu. Istikharahlah. Moga dengan istikharah, hati akan menjadi lebih tenang, dan urusan awak akan menjadi lebih mudah, walau apa pun keputusannya. Yakin sahaja pada yang satu kerana dialah yang maha berkuasa ke atas segala sesuatu, bahkan terhadap hati ex wife awak juga. inshaa- Allah.