15 December 2019

Isteri Desak Cerai Dan Sukar Dipujuk.

Nama: Azlan

Jantina: Lelaki

Assalamualaikum.

Saya telah berkahwin selama 10 tahun. Dan kami baru telah berpisah, istri mendesak untuk berpisah. Puncanya adalah istri telah tawar hati pada saya dan tidak lagi rasa sayang dan cinta lagi. Kami mempunyai 2 org anak. Saya tidak banyak membuat masalah pada dia sebenarnye. Cuma kami pernah bergaduh dan dia terasa hati. Istri jenis pendendam dan jenis sukar memaafkan. Hatinya sangat keras.

Istri tidak mempunyai pekerjaan dan tempat tinggal tetapi dia nekad untuk bercerai. Sikapnye sekarang memang btl2 berubah tidak seperti dahulu lagi. Sekarang saya cuba untuk memujuk untuk rujuk kembali pada saya tetapi masih gagal. Istri cakap dia tidak tahu mahu buat keputusan apa. Harap boleh bagi pandangan.

T. Kasih.

Salam.

Di dalam rumah tangga semestinya akan ada cabaran, ujian dan halangan. Tidak kiralah rumah tangga yang baru berusia sebulan malah puluhan tahun sekalipun mesti tidak boleh lari daripada lumrah ini.

Perkahwinan Azlan sendiri sudah berusia 10 tahun. Bukan mudah untuk berada di dalam hubungan kekeluargaan hingga ke 10 tahun. Bagi kami, dengan keadaan Azlan sendiri yang menyara keluarga bersendirian dan mempunyai 2 orang anak, adalah bagus jikalau mereka dicurahkan perasaan kasih dan sayang dari ibu bapa mereka sendiri. Penceraian selalunya akan memberi impak yang besar kepada anak kecil terutamanya yang sedang membesar walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar sekarang.

Dari fahaman kami juga, kami dapat rasakan ada yang Azlan sendiri sorok dan tidak kongsikan. Azlan sendiri lebih bercerita mengenai isteri dan sifatnya, tapi tidak sedikit pun menceritakan kesalahan dan kekurangan diri Azlan sendiri sehingga boleh menyebabkan mulanya kisah penceraian semua ini. Penceraian selalunya melibatkan dua belah pihak dan kami percaya perkongsian Azlan sendiri lebih memihak kepada sebelah pihak dan agak tidak adil.

Isteri yang kuat memendam dan sukar memaafkan ialah biasa. Setiap manusia ada sikap dan perangai tersendiri, jadi kita sebagai insan yang bersama dengannya haruslah memahami. Inilah yang dipanggil saling melengkapi. Daripada hanya fokus mengenai kekurangan isteri, apa kata alihkan fokus Azlan sendiri kepada usaha bagi melengkapi satu sama lain, ini lebih baik.

Kami nasihatkan agar pertahankan dan perbaiki rumah tangga Azlan selagi boleh. Kami tidak menyokong penceraian tetapi kami amatlah menyokong konsep kebahagiaan sesuatu keluarga. Moga Azlan juga dikurniakan keluarga yang sama. Amin.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *