26 June 2025

Menagih Cinta Isteri Orang dan Pengkid.

Nama: Budak KL

Jantina: Lelaki

Salam perkenalan. Hmm…tak tahu mana hendak dimulakan. Saya hanya ingin meminta pendapat. Pertamanya, saya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Perkahwinan saya tiada masalah langsung. Saya bahagia dengan keluarga saya. Tetapi, pada masa yang sama saya sedang mengenali seseorang dan telah berhubung selama hampir 6 bulan. Perempuan ini adalah isteri orang tetapi dia tak bahagia bersama suaminya dan acap kali hampir mahu berpisah tetapi dia masih bertahan kerana mempunyai anak. Dia selalu meluahkan masalahnya pada saya dan selalu memerlukan perhatian dari saya. Saya akui saya berasa selesa bersamanya. Perasaan sayang tu datang setelah mengenalinya.

Saya sayang dia dan dia pun sayang saya. Masalahnya, masa yang sama dia juga menjalinkan hubungan dengan kawan sejenisnya iaitu pengkid dan menjalinkan hubungan yang agak rapat dan intim. Saya mengetahui tentang itu kerana dia mengakuinya kepada saya. Untuk pengetahuan, dia jalin hubungan dengan pengkid itu dahulu sebelum dengan saya. Walaupun saya telah mengetahui akan hal itu tapi saya tetap mahukannya. Hati saya tak dapat menolak sayang saya padanya. Saya tak tahu kenapa. Saya berasa sangat sayang padanya. Masalahnya kadang2 nampak macam dia x sayangkan saya tapi pada sesetengah masa memang nampak sayangnya pada saya.

Saya penah meluahkan untuk berpisah dengannya kerana hubungannya itu tapi dia menangis kerana perlukan saya. Pada saya kalau kita memang sayang pada seseorang itu maka tiada rahsia antara kita tapi saya perasan banyak juga rahsia yang dia tak nak kongsikan bersama saya macam kalau pegi mana2 dia kdg2 dia taknak beritahu saya. Saya agak terasa kalau begitu. Adakah betul dia sayangkan saya? Saya tahu hubungan ini adalah salah kerana dia masih isteri orang tapi saya tak dapat melawan hakikat bahawa saya memang sayangkan dia. Saya selalu berfikir untuk lupakan hubungan ini tapi saya xmampu untuk melupakan dia.

Apa perlu saya buat ye? Betul ke tindakan saya ini? Patut ke saya meneruskan lagi hubungan ini? Acap kali fikiran saya terganggu akan hal ini. Sampai kdg2 mengganggu prestasi kerja saya. Dia memang akui akan sayangkan saya dan tak akan buang saya dari hidupnya. Saya pun kadang2 tak tahu ape yang dia hendak sebenarnye kerana dia masih bersama dengan suaminya dan juga masih bersama dengan pengkidnya dan juga menyayangi saya.

Apa benar dia seorang yang baik dan hanya menjadi mangsa keadaan?

Boleh saya minta pendapat atau sebarang nasihat atau teguran akan masalah saya ini?

Terima kasih.

Hai Budak KL,

Saya pun tak tahu hendak mulakan teguran ini dari mana. Terlalu complicated masalah yang anda utarakan dan masalah tersebut datang daripada kesilapan anda sendiri.

Pertama sekali, sekiranya anda katakan tiada masalah dalam rumah tangga, mengapa masih wujudkan ruang dan peluang untuk orang lain muncul? Cuba bayangkan sekiranya isteri anda ada hubungan dengan lelaki lain. Apakah perasaan anda?

Sepanjang saya membaca masalah anda, anda hanya bercerita tentang skandal anda dan sedikit pun tidak bercerita perihal isteri dan anak-anak. Adakah masih ada rasa sayang pada mereka? Adakah masih ada ruang untuk mereka di hati anda?

Sekiranya rasa cinta itu masih ada, berhentilah nak jadi hero menyelamatkan wanita lain yang bermasalah rumah tangga dan kurang perhatian serta kasih sayang sehingga mencari kasih sayang daripada jantina sejenis.

Tapi, sekiranya rasa sayang dan cinta anda dan telah padam, berhenti menipu isteri dan lepaskan lah dia untuk kehidupan dan lelaki yang lebih baik supaya anda boleh kejar cinta yang tak tentu lagi boleh jadi milik anda.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.