Nama: Sharil Hafis
Jantina: Lelaki
Assalamualaikum sis.
Saya ni ada masalah di mna psgn sy mula tawar hati dgn sy. Disbbkn ego, pentingkn kwn2 dia tak mghargai apa yg saya dah buat. Di sini sy ingin minta pendapat. Macam mna saya nk pujuk hati dia, supaya terima sy semula.
Sy terlalu sygkn dia sgt2 dan cinta sy dia sgt2 kerana Allah. Ikhlas dr hati.
Sumber: Website Online Form
Waalaikumussalam, Shahril.
Kadangkala, dalam percintaan memang memerlukan pengorbanan, tetapi kadangkala kita perlu menilai adakah ia berbaloi dan adakah pasangan kita akan menghargai pengorbanan tersebut. Seterusnya, dalam perhubungan mestilah ada komunikasi yang telus dan berjaya, jadi awak perlulah suarakan niat awak untuk perbaiki hubungan ini pada si dia dan nilai reaksinya. Adakah positif atau disebaliknya? Berikan ruang dan peluang untuk si dia juga menyuarakan pendapatnya dan fikirkan solusi untuk menyelesaikan masalah dengan adil.
Semoga berjaya ya.