Nama: Numie
Jantina: Perempuan
Bagaimana sy ingin berpisah dgn kekasih yang telah bercinta 6 tahun? Umur kami berbeza jarak sy 34 dan dia 26. Dia seorng yg panas baran, kaki pukul, suka maki dan pemalas. Sblm ini sy pernah minta berpisah dgn dia tapi dia tdk mahu dan dtg merayu2 menangis di rumah dan tempat kerja sy dan di sebabkan simpati dan kasihan saya beri dia peluang untuk berubah. Tapi hati sudah tidak boleh menerima dia semula.
Sy sudah tdk mampu berpura2 menyayangi dia. Kami pernah btengkar smpai di memukul saya dan saya telah report polis dan akhirnya dia berjanji tidak akan ulangi dan mohon maaf. Bila dia stress disbabkan masalah keluarga dan kewangan dia akan mgamuk dan maki saya. Selama ini sy btahan di sebabkan saya simpati dgn dia kerana ibu-bapa dia selalu berpesan supaya sy menjaga dia dan sabar. Tapi sampai bila harus sy bertahan sedangkan hati dan perasaan sudah tidak menyayangi dia.
Bagaimana cara untuk saya berpisah dgn dia agar dia tidak mganggu tempat kerja dan dtg kerumah sya? Untuk pengetahuan anda sya sudah bekali2 minta berpisah dgn cara baik dan elok tapi dia tak paham. Sampai saya rasa putus asa. Apa yg patut saya buat? Tolong bantu saya.
Sumber: Website Online Form
Hi Numie.
Saya amat bersimpati dengan situasi awak. Tentu besar cabaran menghadapi bofriend yang panas baran dan naik tangan. Awak juga seorang yang berani dan bijak dengan membuat report polis. Tahniah ya!
Apa yang saya boleh katakan adalah kombo perpisahan dan rayuan si dia memerlukan hati yang tekad dan keras. Jika awak masih belum melepaskan diri dari perhubungan yang toksik ini, maka hati awak belum cukup bulat, tekad dan keras untuk membuangnya dari hidup awak. Tanamkan dalam fikiran dan hati awak tentang apa yang telah dia buat terhadap awak. Kekasaran bahasa, kekasaran tangannya yang hinggap di badan awak. Pasti itu semua mengusik emosi awak. Jadi sampai bila lagi awak mahu memberi peluang? Apakah 6 tahun belum cukup lama bagi awak? Apakah awak tidak sayang pada diri sendiri? Fikir. Jika bukan diri awak sendiri, dah tak ada siapa yang betul-betul boleh diharapkan untuk menyayangi diri awak. Melepaskan diri dari hubungan yang toksik ini juga cara awak menyayangi diri awak. Atau adakah awak inginkan dia menjadi suami awak, sebenarnya? Tekadkan hati, OK?
Block segala contact dengan si dia. Kongsikan dengan rakan-rakan sekerja bahawa awak benar-benar tak mahu berhubung dengannya lagi. Minta sokongan daripada mereka. Kalau boleh, mintalah tolong dengan kawan-kawan sekerja lelaki yang boleh diharap. Jika dia datang ke tempat kerja, minta mereka back-up supaya awak dan dia tak perlu bertemu. Hal ini akan menunjukkan awak betul betul serius tak mahukan lagi perhubungan ini.
Akhir sekali, mohonlah pertolongan dengan tuhan. Selalulah berkomunikasi dengan Tuhan. Dia maha mendengar. Hanya Dia yang mampu menenangkan hati dan memudahkan urusan. Ujian-ujian yang mendatang ini bukti Dia mahu kita dekat dengan Dia, berkomunikasi padaNya dan kembali merayu padaNya. Cuma kita perlu hati yang bersih untuk melihat kebaikanNya yang sebegini.
Saya berharap coretan saya ini mampu merungkai sedikit kekusutan di fikiran Numie. Selamat berjaya mengatasi hubungan yang toksik ini ya!