9 July 2020

Dia Dah Tak Sayang Saya Macam Dulu.

Nama: Hamba Allah

Jantina: Perempuan

Saya putus dengan bf saya. Dia cakap dia tak syg saya macam dulu. Tak tahu punca apa tiba2. Dia kate saya takde salah. Pastu seminggu saya tak layan dia, tercontact dgn kawan baik dia. Rupanya punca saya. Serius saya tak nampak semua tu. Saya nak baiki nak ubah. Tapi dia ckp dia taknak lebih-lebih dah.

Saya tak tahu nak pujuk ke tak. Sbb dia dah tawar hati n dia ckp syg dia kat saya dh takde. Sekejapnya sekelip mata je hilang. Mcm tk percaya. Tapi hari-hari kitorang contact. Cuma dia jela nak taknak layan. Tapi dia akan reply walaupun lambat atau sepatah dua je.

Apa pendapat dr cinta? Patut ke saya pujuk hati dia balik? Atau buat tak tahu je even saya ni sakit sangat. Saya sygkan dia!

Saya nak baiki dan nak dia syg saya mcm dulu.

Sumber: Website Online Form

Hi Hamba Allah,

Pasti di saat ini awak merasa terkejut, sedih dan confused kerana kekasih ingin putus dengan semena-mena. Dan bertambah lagi sakit di hati apabila dia tidak memberitahu sebabnya dan awak mendapat tahu daripada kawan baiknya sendiri. Saya selalu berpesan dalam mana-mana perhubungan pun, communication is key and is a sign of maturity. Saya faham di saat ini you just want to get back with him, but do you think it is worth it?

Sukar untuk dipercayai, tapi itulah sifat hati manusia. Dia sudah terang memberitahu bahawa dia telah tawar hati dan tidak lagi sayang pada awak. Take it as it is, dan pada pendapat saya tidak perlulah awak cuba untuk merawat hati yang sudah jauh kerana bukan awak yang pegang hati itu, Tuhan yang pegang. Hati itu tidak boleh dipaksa, and you can’t ‘fix’ people. Itu bukan kerja kita. Yang kita boleh buat hanyalah mengubah diri kita sendiri.

Hamba Allah, sesakit mana pun hati awak, saya harap awak jumpa kekuatan untuk teruskan dengan hidup awak tanpa dia. If he really loved you, he would have told you what he liked and didn’t like about you. Percayalah di luar sana ada ramai lagi orang yang boleh melayan awak dengan lebih matang. Gunakan masa awak bersendirian ini untuk memperbanyakkan doa dan menyibukkan diri dengan perkara lain seperti pelajaran atau pekerjaan. Have some pride and chin up, ok!

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *