26 June 2025

Bekas Kekasih Cuba Untuk Kembali Atau Aku Hanya Berimaginasi.

Nama: Zura

Jantina: Perempuan

Hi doktor cinta. Please rahasiakn identity sye. I bingung skg, ape yg I perlu buat? I bercinta dngn seorg lelaki di tmpat kerja tapi kami dh putus dlm 4 bulan lepas tpi die cuba scandal dngn rakan sekerja sye. Jujur sye jealous. Sebab bila sye tnya die kenape awak suka cari psl dngn sye. Bila sye marah die suka smpai sye tnya die lps tu die tukar topic. Now sye pulak cuba jealous kn die dan berkawan dngn lelaki lain ditmpat kerja kami. Seolah2 kami sdg bercinta.

Sye binggung adakah die masih sygkn sye atau tidak? Adakah sye yg hnya menyangi die sbb ex bf sye bekerja di satu department dngn sye secara automatically kami akn bertemu setiap hari. Jujur sye masih sygkn die, tpi x blh jgak klau sye shja yg syg die. Die suka memancing emosi sye. Adakala cuba cari topic untuk berckp dngn sye sdgkn sye pura2 jual mahal. Sye bingung dengan perangai die yg setiap hari saya kna hadap dan kalau sye cuti die pon akn ambil cuti yg sma. Ape yang perlu sye buat skg?

Hai Zura,

Perpisahan memang sesuatu yang perit untuk dilalui. Lebih – lebih lagi sekiranya kita terpaksa berdepan dengan bekas kekasih setiap hari atas alasan kerja dan sebagainya. Benar, masih ada rasa kasih terhadap bekas kekasih dalam diri Zura menyebabkan Zura masih cemburu bila mana bekas kekasih cuba menjalin hubungan dengan gadis lain. Tetapi, adakah benar bekas kekasih hanya cuba mempunyai scandal baru atau benar – benar beliau telah move on?

Pada pendapat saya, tidak perlulah Zura cuba untuk membuat bekas keksih cemburu. Berkawan lah dengan lelaki lain dengan jujur dan ikhlas. Tak salah berkawan kan? Mana tahu jodoh dengan yang lain pula. Tidak perlu menyemakkan fikiran sehingga kerap tertanya – tanya, “Adakah si dia masih sayangkan aku?, Kenapa si dia suka mengganggu aku?, Kenapa si dia seolah cuba bermain dengan emosi aku?” Dan sebagainya. Percayalah, Zura akan lebih rasa tenang dan dapat move on dengan mudah.

Tidak rugi rasanya jika Zura berkawan dengan yang lain dan menganggap bekas kekasih sama seperti kawan lelaki yang lain. Sekiranya masih panjang jodoh dengan bekas kekasih, mana tahu, beliau sendiri yang akan luahkan pada Zura, sekiranya tidak, mungkin jodoh dengan lelaki lain yang dalam diam ada menyimpan perasaan pada Zura kan? ^_^

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.