Dia Hanya Sukakan Kecantikan Diriku. Adakah Ini Cinta?

Nama: Anne

Jantina: Perempuan

Hi. Saya tidak pernah merasakan begini dengan orang lain pun. Setiap kali terjumpa atau dia ada berdekatan, jantung saya akan berdebar-debar dan kaku walaupun hanya gambarnya lewat di laman sosial. Apakah ini cinta? Sudah 12 tahun jadi begini. Setiap kali saya cuba mengelak dari bertemu si dia kerna saya pernah terdengar yang dia cuma suka pada kecantikkan rupa saya sahaja.

Hi.

Cinta can be a lot of things dan cinta juga boleh dizahirkan melalui pelbagai cara, medium, tingkah-laku, tindak-balas dan macam-macam lagi. Kalau hanya jantung yang bergerak laju dan berdebar-debar serta kaku tingkah laku, susah untuk kami sahkan yang ini adalah cinta. Boleh jadi ini cinta, boleh jadi hanyalah perasaan semata-mata. Tetapi kalau perasaan yang sama masih lagi bertahan selama 12 tahun lamanya seperti yang Anne alami sekarang, kami rasa ini adalah sesuatu yang serius dan perlu dizahirkan dan diluahkan secepat mungkin.

Kecantikan boleh menjadi satu faktor yang kukuh dalam percintaan. Tak salah untuk seseorang menyukai sesuatu perkara yang cantik dan juga agak tak adil untuk menyifatkan seseorang hanya sukakan paras rupa jika belum mengenali hati budinya dengan lebih mendalam. Mungkin dia sukakan sifat dan personaliti Anne sendiri lebih daripada rupa paras Anne? Mungkin?

Apa pun, kami disini amatlah mengharapkan agar Anne sendiri cuba mengenali hati budi si dia dengan lebih mendalam, mengenalinya luar dan dalam sebelum membuat sebarang kata putus. Kami tak mahu derita menunggu dan menanti yang sekarang sudah mencecah 12 tahun bertambah lagi dari tahun ke tahun.

Aug 30, 2019 | Posted by in Keliru | 0 comments

Add Your Comment

Your email address will not be published.