Nama: Anna
Jantina: Perempuan
Masihkah ada peluang utk saya jika dia dah tawar hati? Tiada masalah orang ketiga, cuma perangai saya yg membuatkan si dia tawar hati. Dia sangat menyayangi saya kerana ini adalah pengalaman bercinta dia yg pertama. Dia sangat baik dan innocent, juga setia.
Perangai saya telah merubah segalanya. Masihkah ada peluang utk saya dapatkan hatinya semula? Bantu saya. Saya sangat sayang dia. Saya merayu dan terus merayu, tapi dia dah tak pandang. Akhirnya, dia dah tak membalas setiap chat saya. Hanya ‘bluetick’ saja yang diberikan. Tapi saya yakin kami boleh kembali semula. Tapi bagaimana? Saya menyesal. Bila dah pergi, baru nak menghargai.
Sumber: Website Online Form
Hi, Anna. Menyedari kesilapan diri sendiri ini bagus, ianya langkah pertama untuk menyelesaikan masalah. Tetapi, adakah awak benar-benar bersedia untuk berubah? Meminta maaf tanpa ada inisiatif untuk melakukan perubahan yang konsisten dan efektif adalah satu pengkhianatan kepada kepercayaan yang diberikan kepada awak sewaktu dia “menerima” maaf awak.
Memaafkan ini satu proses yang agak sukar, jadi berilah dia masa kerana kita tidak tahu kedalaman luka dihatinya. Ambillah peluang ini untuk tunjukkan kematangan awak. Anna, ingatlah kalau jodoh tidak kemana dan cinta tak boleh dipaksa. Sama ada dia sudah tawar hati atau tidak, jawapannya bukan pada saya dan hanya dia sahaja boleh menjawab. Namun, seandainya benar, dia sudah tawar hati dengan awak, terimalah keputusannya dengan hati yang terbuka dan ambil semua ini sebagai pengajaran.