26 June 2025

Jodoh Si Dia Diaturkan Keluarga. Apa Patut Aku Lakukan?

Nama: Ammar Iqbal

Jantina: Lelaki

Gf saya nie family dia atur jodoh untuk dia. Dia baru beritahu dekat saya, erm sebab berbulan jugak la kami bergaduh teruk. Hubungan saya ni dah masuk 5 tahun, tapi tu la, dia pun keliru. Mst dia pilih laki tu sebab dasar family right. Saya ada jugak nak pergi tapi dalam masa yang sama dia perlukan saya sebab dia takut hal tu tak berkekalan tapi pada dasarnya kami tak mcm dulu. Im not sure kami break or what.

Mcm saya cakap dia tak macam dulu lagi sebab dia beritahu dkt saya. Dia mcm perlukan saya tapi dia tak tunjuk effort utk kami brsama. Dia mcm serah kpd family tapi dalam masa yang sama dia perlukan saya sebab risau bnda nie tak kekal.

Apa yang patut saya lakukan?

Sumber: Facebook Doktor Cinta

Hai Ammar Iqbal.

Lama juga tempoh awak dan si dia menyulam kasih. Agak – agak dalam tempoh 5 tahun itu, ada tak awak beri – beri hint untuk masuk meminang beliau untuk dijadikan suri hidup awak? Paling tdak pun, ada tak awak pergi jumpa mak ayah dan keluarga beliau untuk menunjukkan yang awak benar – benar ikhlas dan benar – benar sayangkan anaknya? Sekiranya jawapannya ‘tidak’, saya rasa saya tahu apa masalah besar yang terjadi di antara hubungan awak dan si dia. Komitmen.

Mereka yang ikhlas bercinta pasti mengharapkan kesudahan yang berakhir ke jinjang pelamin. #tilljannah katanya. Tapi sekiranya tiada kesudahan hubungan cinta yang dibina, tanpa ada perancangan ke arah perkahwinan, ianya bukanlah cinta yang tulus. Hanya sekadar nafsu atau mengikut trend semata – mata. Manakala jika salah satu pihak sahaja yang beriya-iya bercinta, tapi sebelah lagi pihak buat endah tak endah, hubungan itu tidak akan ke mana. Betul tak? Boleh nampk tak point yang saya cuba sampaikan?

Begini, si dia seorang perempuan. Katakanlah semasa awak mula berkawan dengannya usianya adalah 20 tahun, 5 tahun kemudian, iaitu sekarang, usia nya kini telah pun mencapai 25 tahun. Pada usia 25 tahun, tentu sekali keluarganya telah mula bertanya – tanya tentang perancangan masa depan dan jodoh si dia. Disebabkan awak pula mungkin tak pernah menyuarakan hasrat awak untuk memperisterikan dia kepada family si dia, mungkin dia juga tak berani nak memberitahu akan kewujudan awak dalam hatinya. Apabila family mencadangkan jodoh untuknya, mungkin dia terus terima tambahan pula sedang bergaduh dengan awak berbulan lamanya. Tak ke begitu?

Saya tak rasa dia memilih lelaki itu atas dasar keluarga sangat pun. Dia memilih lelaki itu kerana kecewa dengan sikap awak. Tentu sekali dia keliru. Dia masih sayangkan awak, tapi awak pula tak tunjukkan pula apa apa effort untuk memperisterikan dia, datang pula family dia ‘bawa’ jodoh untuk si dia. Nak pulak mungkin jodoh tu dah stable dari segi kerja dan kehidupan. Bukan tujuan saya hendak ‘down’ kan awak. Tapi, saya nak beri peluang awak berfikir dan reflect semula apa yang telah awak lakukan. Bukan dia yang sepatutnya tunjukkan effort untuk awak dan dia bersama, tapi awak. Common, man up!

Saranan saya untuk kisah cinta awak dan dia ini, sekiranya jujur awak sayang dan cintakan dia setulus hati awak, win her back! Be a man! Beritahu dia perancangan awak untuk memperisterikan si dia. Mana tahu, sebenarnya, si dia hanya trick awak dengan mewujudkan cerita tentang ada family aturkan jodoh ke untuk awak bertindak ke.. who knows. Tapi ini telahan saya sahaja. Worst case scenario, memang betul apa yang dia khabarkan. Apa yang awak perlu tunjukkan pada family si dia ialah, yang awak ikhlas berkawan dengan anak mereka dan ingin memperisterikan si dia, tunjukkan perancangan awak dan sebagainya. Sekiranya family si dia, tahu dan faham niat awak, Tak mungkin mereka nak pertaruhkan masa depan anak mereka. Mesti mereka nak yang terbaik untuk si dia.

Orang kata, kalau jodoh, tak ke mana. Jangan putus asa. Good luck!

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.